Pada musim panas 2015, halaman agensi baru, media sosial dan blog-blog dagangan matawang asing dihujani dengan mesej-mesej mengenai seorang pedagang misteri dari Jepun dengan gelaran CIS, yang memperoleh $34 juta dalam masa sehari.
CIS menjadi sangat popular, terima kasih kepada sebuah artikel Bloomberg. Wartawan berjumpa dengan pedagang luar biasa Jepun ini yang telah mendapat keuntungan tertinggi tanpa menggunakan teknik analisis asas dan petunjuk teknikal.
Hasil Temuramah Bloomberg
Pedagang CIS menarik perhatian ahli-ahli jurnal dengan laporan umumnya mengenai dagangannya yang menguntungkan yang diterbitkan di akaun Twitternya dengan 40 ribu pelanggan.
Atas alasan keselamatan, CIS menyemmbunyikan lokasinya, tetapi bersetuju untuk berjumpa dengan wakil penerbitan akhbar dan membongkarkan hasil laporan menurutnya dia memperoleh daripada pertukaran melebihi $150 juta dalam masa 10 tahun.
Pedagang jepun ini menjalani kehidupannya di twitter di mana dia menyimpan satu diari dagangannya untuk menunjukkan kejayaannya dalam pertukaran stok dan hasilnya dalam pelbagai permainan.
Dia tinggal berseorangan di sebuah apartmen sewa, dan minatnya dihadkan oleh pasaran kewangan, permainan video, poker, wain mahal dan makan angin.
CIS sangat meminati permainan. Dia menjadi ketagih kepada poker, CIS secara tidak sengaja menjumpai jalan lain untuk medapatkan keghairahan - pertukaran stock di mana di sana terdapat lebih banyak rakan niaga dan lebih tinggi taruhannya.
Wartawan tidak dapat membongkar apa-apa mengenai strateginya - pedagang itu berkata sedikit frasa-frasa biasa tentang pembukaan dagangan kepada orang ramai. Dia hanya memberitahu yang dia menggunakan sikap pelabur dunia kepada instrumen pasaran Jepun sebagai insurans.
Percubaan untuk menjelaskan pandangan CIS terhadap impak proses negatif dalam ekonomi China dalam ekonomi APR, juga untuk mendapatkan ramalan perkembangan trend stok pasaran Jepun dalam jangka masa sederhana dan panjang semasa perbualan itu, gagal.
CIS menjelaskan bahawa dia tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi-makro atau impak petunjuk asas dan teknikal, dan tidak mengikuti berita.
Walaupun memperoleh keuntungan yang memberansangkan, kerugiannay juga tidak kurang memberansangkan - dia membayar $6 juta kerana tidak menghiraukan berita, disebabkan terus menjual ketka krisis hutang Greece melanda. Rupanya, ini bukannya kerugian terbesarnya.
Kehidupan Selepeas Temuduga
Dua terbitan Bloomberg, dalam tahun 2013 dan 2015, tidak mendedahkan rahsia dagangan CIS tetapi membawa kepada pupularitinya. CIS telah menutup akaun twitternya untuk mencari akses kepada Grail pedagang, membuat strategi semula, mengira kehilangan dan kerugian.
Strategi
Instrumen dagangan pilihannya adalah niagaan Nikkei, yang membenarkan kemasukan posisi dengan laverage 1 hingga 10. Dia mula berdagang dengan lot kecil, beransur-ansur mensasarkan kedudukannya. Jumlah terkumpul kemasukan posisinya kadang-kadang melebihi $100 juta.
Jangka masa dagangannya adalah beberapa jam atau hari, kebiasaannya CIS bermain ketika sesi Jepun, menutup posisi pada jam pertama sesi Amerika.
Niagaan Nikkei didagangkan tanpa mengunakan petunjuk, berdasarkan pemerhatian pasangan matawang USD/JPY. kerana dia tahu bahawa peserta pasaran menghargai yen sebagai tempat selamat, insurans jatuh, dia menggunakannya sebagai satu ukuran ketidakstabilan pasaran.
Mari analisiskan tindakan CIS pada contoh dagangannya yang popular yang dibincangkan banyak di ruangan forum, media sosial dan terbitan berkala.
Beberapa hari sebelum perjanjian CIS, matawang Jepun jatuh menunjukkan risiko oleh pelabur - keluarkan semua aset untuk mengelakkan risiko yang tidak pasti.
Pada 12 Ogos, di tengah-tengah matawang rata, indeks Nikkei, bukannya berkembang malahan jatuh tanpa diduga sebanyak 2%. Jumlah sisihan matawang dan indeks adalah 3%. Dengan purata perubahan harga jarak harian sebanyak 1%, sisihan ini boleh dianggap anomali untuk pembolehubah rawak bedasarkan prinsip taburan Gaussian.
CIS memutuskan untuk menjual, terus menjual pada keesokan harinya mempuratakan posisi apabila pasaran tidak memihak. Ketika sesi tiga, dia membawa posisi kepada $240 juta - matawang kembali stabil dan kondidi kemasukan asas tidak berubah.
Jangkaannya membuahkan hasil pada 19 Ogos apabila Nikkei jatuh menjunam, yang disahkan oleh perkembangan yen (gambar menunjukkan pasangan terbalik JYP/USD).
Apabila perkembangan matawang berhenti dan indeks jatuh, para pedagang menambahkan jumlah penjualan kontrak, melaburkan semula keuntungan..
Jualannya tutup pada hari seterusnya memberi CIS keuntungan 13 juta yen. Posisi sebaliknya - belian - memberinya pendapatan sebanya 35 juta.
Selepas stok indeks Jepun sampai ke bawah, pemulihan berlaku, yen ketika itu terus kukuh dan CIS membuat belian ditengah-tengah ketidaksesuaian dalam arah pergerakan (yen dan nekkei) dengan sisihan sebanyak 3%.
Kerugian
Setelah memberitahu seluruh dunia tentang pendapatan CIS pada musim panas 2015, Bloomberg tidak menyatakan lansung yang duit itu mengalami kerugian.
CIS membuat banyak kesilapan - dia tidak mengambil rehat untuk emosinya setelah keuntungan besar, membuka posisi panjang pada penghujung Ogos dan membiarkannya seminggu. Pada hari terakhir Ogos, pasaran dibuka dengan jarak ke bawah. Dia memutuskan untuk memuratakan dan menunggu pemulihan tanpa meletakkan stop loss.
Apabila CIS memutuskan untuk menutup semua posisi, kerugiannya melebihi $30 juta. Dalam percubaannya untuk menyelamatkan posisi tersebut, dia membuat dagangan perlindungan bertentangan dalam indeks US S&P 500, tetapi malangnya, stok indeks US selalunya selari dengan pergerakan Nikkei, maningkat naik, dan menambah kerugian. Cubaannya untuk melindungi yen tidak berjaya, ia terus sekata dan tidak mengembalikan kerugiannya.
Setelah menatap monitor selama beberapa hari berterusan, Idola Pedagang Jepun itu menutup kesemua posisi tetapi tidak menyatakan kerugian yang sebenar. Dalam temuduga itu, CIS akui yang dia selalu menyembunyikan kerugiannya daripada pengikut Twitternya.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.












