Ketahui cara untuk mendapatkan keuntungan di sebalik epidemik

Menggunakan pola bukan sahaja khusus kepada analisis teknikal, di mana kemunculan pola yang biasa dilihat pada carta membolehkan pedagang mengikuti algoritma tertentu, tetapi juga kepada kajian fundamental. Dalam usaha untuk cuba mengelakkan kemelesetan, Fed telah menurunkan kadar dana persekutuan sebanyak tiga kali pada tahun 2019, sama seperti yang dilakukan sebelum ini pada tahun 90-an. Tindak balas pasaran kepada wabak coronavirus baru-baru ini telah dibandingkan dengan tindak balas kepada wabak pneumonia atipikal pada tahun 2003. Hal ini juga benar untuk perang dagang, pemilihan parlimen dan presiden serta peristiwa-peristiwa lain.

Kita perlu akui bahawa 3-4 tahun yang lalu telah memberi peluang sempurna untuk mengkaji pola-pola ini dan menggunakannya secara rasional pada masa akan datang. Brexit, kemenangan Donald Trump pada pilihan raya 2016, kemenangan Tories pada tahun 2019, perang dagang dan akhir sekali, coronavirus adalah contoh-contoh terbaik untuk mengetahui cara aset-aset bertindak balas kepada peristiwa yang dijangka dan di luar jangkaan. Ia sudah jelas yang epidemik akan sentiasa berlaku, jadi mengapa kita tidak mencari satu pola pada hari ini untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan pada hari esok? 

Situasi dengan pneumonia atipikal, coronavirus dan epidemik lain berkembang dalam cara yang sama. Pada peringkat pertama semasa virus sedang memuncak, wujud pengelakan risiko dan ekonomi global menjadi lembap disebabkan penurunan dalam aktiviti perniagaan dan jumlah penggunaan, serta pelanggaran dalam rantaian bekalan. Pasaran saham, kadar mata wang dan komoditi negara-negara membangun mengalami kejatuhan, sementara itu emas, yen dan aset selamat lain mendapat permintaan yang tinggi.

Tindak balas aset kepada coronavirus 

  LiteFinance: Ketahui cara untuk mendapatkan keuntungan di sebalik epidemik    

Sumber: Nordea Markets.

Segala-galanya akan berubah secara dramatik pada peringkat kedua. Sebaik sahaja epidemik sampai ke puncaknya, perhatian para pelabur akan kembali kepada aset utama dan ekonomi global akan menarik balik kerugian. Sebagai contoh, semasa epidemik demam Zika pada tahun 2016, Indeks Dunia MSCI jatuh sebanyak 5.5%, kemudian ia naik sebanyak 8.4% dalam masa 6 bulan berikutnya. Analisis 13 wabak yang berlaku sejak tahun 1981 menunjukkan bahawa indeks naik 7.1% secara purata dalam masa 6 bulan selepas kemuncak epidemik.

Tindak balas saham kepada virus

LiteFinance: Ketahui cara untuk mendapatkan keuntungan di sebalik epidemik

Sumber: Wall Street Journal.

Impak negatif epidemik terbaru ini kepada ekonomi global dianggap lebih serius berbanding tahun 2003, hal ini kerana peranan China adalah lebih penting pada waktu sekarang berbanding 17 tahun yang lalu, dan juga disebabkan oleh globalisasi dan keadaan semasa perdagangan global dan KDNK yang lemah.

Dinamik perdagangan global

LiteFinance: Ketahui cara untuk mendapatkan keuntungan di sebalik epidemik   

Sumber: Financial Times.

Walau bagaimanapun, epidemik tidak akan kekal selama-lamanya. Jadi, pelabur-pelabur boleh membentuk strategi yang membolehkan pendapatan terus dijana semasa epidemik mencapai kemuncaknya dan tidak lagi menarik perhatian wartawan. Ia sudah jelas yang kita perlu mempertaruhkan pemulihan aset-aset berisiko. Ia menjadi lebih murah dan bencana ekonomi, politik dan lain-lain memberi peluang terbaik untuk membeli aset yang murah. 

Idea membeli mata wang negara-negara yang terkesan disebabkan hubungan rapat dengan China adalah agak menarik. Sebagai contoh, beri perhatian kepada penurunan 5% rand Afrika Selatan, penurunan 4% Aussie dan Kiwi, penurunan 3% dolar Singapura dan penurunan 2% rouble Rusia sejak awal tahun 2010.  Bahagian China dalam eksport negara-negara ini agak besar, jadi pemulihan ekonomi China akan membantu mata wang-mata wang tersebut.

Eksport ke China dan KDNK

LiteFinance: Ketahui cara untuk mendapatkan keuntungan di sebalik epidemik     

Sumber: Nordea Markets.

Sehubungan itu, pelabur-pelabur tidak seharusnya panik disebabkan virus kerana dengan mengetahui tingkah laku pasaran kewangan, ia akan membantu membina strategi mahir dan juga menjana pendapatan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
   

 

Carta graf harga AUDUSD dalam mode real time

Bermain tag Forex dengan virus

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat