FX Blue adalah tester Forex yang dibangunkan untuk platform MT4 untuk test strategi manual dalam sebarang jangka masa. Pemaju telah memberikan yang terbaik dalam usaha untuk membangunkan simulator Forex ini secara visual dan berfungsi dengan mudah. Dengan FX Blue, seseorang boleh test sesuatu strategi dalam jangka masa yang berbeza pada waktu yang sama, mengurus semua jenis order secara langsung terhadap carta, dan menetapkan tahap line. Mereka juga telah menambah limit dan pending One-Cancels-the-Other (OCO) untuk melaksanakan retracement dan penembusan. Kami telah menyemak susunan tetapan, fungsi, kaedah ujian, kebaikan, dan keburukan FX Blue.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
FX Blue Trading Simulator – fungsi tester MT4
Sebelum dilancarkan pada akaun sebenar, setiap sistem dagangan perlu diuji. Seorang pedagang harus memahami jika strategi perdagangannya menghasilkan keuntungan dan jika keuntungan tersebut dapat dibandingkan dengan risiko dan jangkaan.
Sesuatu strategi boleh diuji dalam 2 cara:
- pada data sejarah
- pada akaun demo.
Pengujian data sejarah tidak menjamin keuntungan masa depan, oleh itu ujian pada akaun demo kelihatan lebih logik. Tetapi pertama sekali, akaun demo tidak menghasilkan semula keadaan perdagangan sebenar (akaun cent adalah pilihan yang lebih baik). Kedua, ujian pada akaun demo juga tidak menjamin kejayaan masa depan. Ketiga, ia akan mengambil beberapa minggu tetapi tester membolehkan strategi manual dioptimumkan dalam beberapa hari atau jam.
Secara umum, strategi manual diuji dengan menggunakan tester dengan cara yang berikut: quote yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu untuk pasangan mata wang perlu dimuat turun dimuat turun ke dalam platform (contohnya MT4). Sebagai contoh, quote 10 tahun EUR/USD. Kemudian tester menganalisa keseluruhan tempoh dan membentuk carta pergerakan harga.
Ujian selanjutnya bergantung kepada fungsi tester:
- Seorang pedagang boleh mengaplikasikan mana-mana petunjuk, buka/tutup dagangan pada bila-bila masa, meletakkan pending order dan trail stop order secara manual.
- Seorang pedagang boleh kembali ke mana-mana tempoh yang dipilih, menggantikan order dan melancarkan tester sekali lagi
- Seorang pedagang boleh menggunakan sebarang kaedah ujian, dari pantas kepada kurang tepat atau tepat.
Keseluruhan tempoh tersebut dianalisis dan seorang pedagang disediakan dengan statistik perdagangan (pernyataan). Tugasnya terdiri daripada mencapai hasil terbaik pada akhir tempoh perdagangan dengan menukar perdagangan (iaitu menggunakan strategi algoritma).
Mengapa ujian manual?
- Ia menjimatkan masa. Sekiranya strategi anda tidak berkesan, adalah lebih baik untuk mencari alternatif tanpa penangguhan.
- Ia menyediakan kombinasi yang optimum oleh petunjuk bagi pasangan mata wang tertentu atau keadaan pasaran.
- Ia membolehkan untuk mengenal pasti kelemahan petunjuk, mempelajari dalam melihat isyarat secara langsung dan menentukan jika isyarat tersebut tepat atau sebaliknya.
- Ia mengajar anda untuk menganalisis statistik, menganggarkan risiko, meningkatkan disiplin diri dan mengawal emosi.
Pada akhirnya, analisis statistik tersebut menyediakan anda dengan maklumat terhadap purata keuntungan dan kekurangan maksimum dalam sistem perdagangan anda. Dalam akaun sebenar, pedagang memahami saiz lot yang diperlukan untuk mencapai hasil yang sama seperti dalam ujian dan perdagangan harus dihentikan apabila hasilnya tidak bersesuaiaan dengan statistik.
Kebanyakan simulator berbeza dalam fungsi dan visualisasi. MT4 dilengkapi dengan manual tester, di mana ia masih mempunyai kelemahan. FX Blue Trading Simulator adalah program berdedikasi yang dibangunkan sebagai tambahan kepada MT4 dan menyediakan peluang untuk menguji pelbagai jangka masa pada masa yang sama dan meletakkan order unik untuk perdagangan retracements dan penembusan. Program tersebut tidak sempurna tetapi secara tanggapan umumnya adalah positif.
FX Blue Trading Simulator: fungsi, tetapi, operasi
FX Blue Trading Simulator adalah program yang dijalankan berdasarkan ujian visual MT4 dan tidak boleh digunakan dalam platform lain (selain dari MT). Tester melaksanakan perdagangan sebenar pada carta sejarah. Ia membolehkan perdagangan dengan penggunaan pasaran/pending order dan lot fixed/dinamik, dan ia menganalisis beberapa jangka masa pada waktu yang sama (dengan membuka beberapa window dalam MT4).
Pemasangan dan pelancaran
Pada fikiran saya, mod pemasangan terlalu rumit. Sesetengah pengguna cenderung untuk berpendapat bahawa ia adalah cara untuk membentuk asas pedagang. Saya bukanlah seorang peminat teori konspirasi. Malah, pemaju juga tidak menuntut terlalu banyak data peribadi.
Namun, anda tidak boleh memuat turun memuat turun archive dalam beberapa minit secara percuma. Archive yang terletak di sini mengandungi fail setup dan arahan bagi mereka yang ingin mempelajari tester tanpa perlu melalui peringkat pendaftaran yang lama. Arahannya agak terperinci dan disediakan dalam bahasa Inggeris dalam format pdf. Mereka yang masih ingin melancarkan FX Blue dalam akaun sebenar perlu mengambil tindakan berikut:
1. Daftar di www.fxblue.com dan sahkan akaun. Untuk mendaftar, masukkan alamat e-mel anda, login, dan kata laluan. Data ini diperlukan untuk melancarkan tester.
2. Anda akan dihantar mesej yang mengandungi pautan untuk mengesahkan pendaftaran anda. Benar, pemaju masih memerlukan nombor telefon kerana alamat e-mel tidak mencukupi.
Saya telah memasuki nama pertama dan terakhir saya dalam 2 window pertama menggunakan simbol Latin. Terdapat beberapa komen yang melaporkan segelintir masalah yang berkaitan dengan sistem abjad lain. Walau bagaimanapun, tiada masalah yang timbul apabila menaip nombor telefon kerana format tersebut disediakan dalam window. Satu sms akan dihantar ke alamat e-mel dalam format [email protected]. Ia adalah alamat yang anda perlukan untuk menghantar sebarang respon dari alamat e-mel anda. Sebagai contoh, "Saya sukakan Forex". Tidak mengira sebarang bahasa.
3. Jika kesemuanya telah dilakukan dengan betul, anda dapat melihat mesej berikut dalam salah satu pengesahan window:
Tahniah, pendaftaran telah selesai! Kemudian, muat turun archive percuma dari laman web pemaju. Seperti yang anda lihat, tiada syarat ketat diperlukan dalam proses pengesahan. Menurut penulis, pendaftaran tersebut bertujuan untuk seorang pedagang memuat naik hasil test ke laman FX Blue dan menganalisisnya kemudian.
Apabila MT4 dilancarkan semula, tester akan muncul di window kiri "Navigator". Window tersebut juga boleh diaktifkan melalui menu "View". Prosedur untuk memuat turun quote melalui MT4 telah diterangkan dengan terperinci dalam kajian saya sebelum ini, Forex Simulator, oleh itu saya tidak akan memberikan penerangan terperinci sekarang. Namun, terdapat satu perbezaan untuk diketengahkan: jika Forex Simulator dilancarkan dengan klik tetikus dua kali atau mengalihkannya dari Navigator ke carta (dan tidak dapat berfungsi melalui Tester), FX Blue, ia hanya boleh dilancarkan menggunakan Tester sahaja. Tindakan berikut perlu dilakukan:
- Klik pada "View" - "Tester strategi".
- Dalam window di bawah, masukkan tajuk "Expert Advisor" dan pilih tester kami dalam window baru.
Jika pada satu ketika anda mendapati bahawa tester tidak berfungsi dengan betul (tidak boleh membuka order, test tidak boleh diguna pakai, dll), lancarkan semula MT4. Ia telah membantu saya untuk beberapa kali. Saya tidak tahu mengapa kegagalan tersebut boleh berlaku tetapi tiada yang sempurna. Oleh itu, adalah lebih baik menyesuaikan diri.
Masukkan pasangan mata wang yang akan anda uji dalam line "Symbol" dan jenis ujian - dalam line "Model". Ujian akan mengambil lebih banyak masa sekiranya anda memilih pilihan yang lebih terperinci. Tetapkan tarikh anda dan klik "Start". Masukkan data pendaftaran anda dalam window yang muncul pada carta.
- Terdapat saat-saat yang menarik di sini. Di bawah line Date, anda perlu menandakan Visual mode line (wajib). Saya tidak mempunyainya. Setelah membaca forum, saya telah menyelesaikan masalah tersebut dalam beberapa saat: ternyata bahawa window tester harus diperbesarkan. Visual Mode memaparkan proses ujian pada carta dan slider pula mengendalikan kelajuannya. Sekiranya kelajuannya terlalu tinggi, carta akan berjalan dengan lebih pantas. Tetapi ianya bergantung kepada individu tersebut.
Perletakan order
Sebaik sahaja tester dilancarkan, window untuk pembukaan perdagangan yang cepat akan muncul pada carta. Saiz lot, stop dan trailing stop, atau take profit boleh ditetapkan di sini.
Untuk menghitungnya, anda perlu mengaktifkan kalkulator tersebut. Untuk melakukannya, sasarkan kursor tetikus di salah satu window, Trailing Stop misalnya, sementara hold CTRL. Kemudian, klik pada window tersebut.
Window dagangan pantas juga membolehkan penetapan pending order dilaksanakan. Menu ini boleh diaktifkan dengan klik pada ikon oren di sudut kanan atas. Pilihan:
- Order type. Di samping pasaran klasik, pending dan limit order, terdapat juga order One-Cancels-the-Other (OCO) untuk berdagang di penembusan dan retracement. Seorang pedagang meletakkan 2 pending order: Stop order dalam kes pertama dan limit order dalam kes kedua. Apabila salah satu order dicetuskan, order yang lain turut dibatalkan.
- Trade Volume. Saiz lot tetap atau dinamik dengan peluang untuk menetapkan nilai risiko tetap dalam mata wang deposit atau peratusan baki/ekuiti boleh ditentukan di sini. Untuk menghitung lot dinamik, adalah perlu untuk ketahui kepanjangan stop - parameter asas yang diperlukan dalam pengiraan.
- Stop Level: tetap atau floating. Anda boleh menunjukkan % baki/ekuiti.
- Take Profit Level.
- Komen order dan penetapan nombor Magic.
Ikon biru yang berhampiran menyediakan akses secara langsung ke tetapan untuk pengesahan pantas oleh order atau mod no-hedging. Tambahan lagi, menu ini membolehkan pengaktifan maklumat pada akaun dilaksanakan.
Templat yang disimpan boleh diaktifkan pada bila-bila masa. Tajuk templat boleh didapati pada line pertama "Templates".
Order yang diletakkan muncul pada skrin. Proses kawalannya tidak begitu mudah, tetapi lambat laun seseorang dapat membiasakan diri. Salah satu kelebihannya ialah anda boleh menggerakkan order yang ditempatkan di carta dengan hold penanda di sebelah kanannya. Klik pada penanda tersebut, anda boleh mengaktifkan order window di mana nilainya akan dipaparkan dan juga boleh ditutup.
Simulator dilancarkan pada tarikh yang ditunjukkan dalam tester (di window bahagian bawah). Untuk memberhentikan simulator, anda perlu klik pada butang yang terletak berhampiran scroll visualization (kotak biru dalam screenshot seterusnya). Semasa pemberhentian tersebut, anda boleh menukar kelajuan ujian (kelajuan pembentukan candle), menambah petunjuk, menilai carta dari sudut analisis fundamental. Jika anda klik pada Stop, simulasi akan berhenti sepenuhnya dan profit/loss yang didaftarkan akan dipaparkan pada skrin. Hasil yang lebih terperinci akan diimport ke laman web pemaju. Anda tidak boleh melancarkan semula simulasi dari saat anda berhenti, anda hanya boleh memulakannya dalam window yang baru.
Untuk menutup order, anda perlu klik pada window yang memaparkan pasangan mata wang anda dan cadangan selanjutnya akan muncul di panel kawalan: Tutup pending order, semua yang menguntungkan, semua kerugian atau semua order. Untuk menutup order tertentu, klik kiri dua kali pada carta dan tekan "Close".
Gambar tersebut juga menunjukkan bagaimana pembukaan dan penutupan dagangan dilaksanakan. Anak panah Buy dan Sell masing-masing mempunyai warna yang berbeza. Anak panah songsang menunjukkan dagangan tertutup. Apabila menyasarkan kursor tetikus anda di mana-mana order, anda akan melihat harga pembukaan/penutupan, arah perdagangan dan siapa yang menutupnya. Dalam kes kami, dagangan ditutup secara automatik oleh tester melalui Stop Loss.
Smart-Lines. Ia merupakan satu fungsi menarik yang membolehkan untuk menguji strategi perdagangan dengan menggunakan line menegak, mendatar, dan trend. Window diaktifkan dengan cara yang berikut: melukis line pada carta (alat panel MT4), jalankan tester (window tidak akan diaktifkan dalam mod pemberhentian sementara), hold Alt dan klik kiri terhadap line tersebut. Anda akan mengaktifkan window untuk menetapkan Smart-Lines.
Saya tidak akan terlalu memberi perhatian terhadap alat ini kerana manual telah menyediakan kesemua butiran yang diperlukan. Tetapi saya ingin menyebut bahawa ia adalah sejenis perdagangan di mana perdagangan ditutup secara automatik. Line ini berfungsi sebagai stop loss dan mengambil keuntungan untuk perdagangan yang dibuka. Pending order juga boleh ditutup dengan line ini jika ia telah ditetapkan dalam tetapan.
Simulasi pada jangka masa yang berlainan. Satu lagi fungsi mudah yang disediakan termasuklah menganalisis beberapa jangka masa pada masa yang sama ketika simulasi sedang berlangsung. Pilih jangka masa utama anda di window di bawah. Nilai default semasa adalah H1.
Kemudian klik pada "Expert properties", pilih tab "Inputs" dan turun ke bawah. Pilih jangka masa tambahan.
Seterusnya, mula menguji jangka masa utama, berhentikan seketika simulator dan klik pada "File – Open Offline" di menu utama MetaTrader. Data yang dihasilkan sebagai "!SIM" akan dipaparkan di sini. Buka jangka masa yang diperlukan, letakkan carta dan jalankan tester yang akan berfungsi dalam 2 carta pada masa yang sama. Lebih banyak carta yang anda buka, semakin perlahan simulasi akan dijalankan.
Analisis perdagangan
Jika simulasi terganggu dengan klik butang "Stop" atau selesai, window terakhir akan muncul di mana ia memaparkan maklumat mengenai keuntungan atau kerugian dalam semua order. Tarikh yang dinyatakan dalam tester akan menjadi tarikh akhir simulasi.
Laporan akhir akan dipaparkan pada browser. Ia boleh diimport ke Excel. Jika dinilai oleh jumlah maklumat statistik, ia kelihatan sama seperti laporan MyFxBook. Bagaimana untuk menganalisis data statistik adalah subjek yang lain, lebih-lebih lagi kerana tiada pendekatan tunggal untuknya. Saya hanya mengesyorkan untuk menyesuaikan diri terhadap kesemua tab, menguji strategi pada pasangan mata wang yang berbeza, dan membandingkan keputusannya.
Kelemahan FX Blue
- Sesetengah ciri tidak berfungsi dengan betul. Platform tersebut kadang-kadang membeku. Saya tidak boleh mengatakan apa sebabnya, tetapi ia adalah tester yang sering menghadapi masalah ini dan saya perlu melukis carta dari awal selepas pelancaran semula.
- Terdapat masalah dengan scrollbar jangka masa. Bilangan maksima unit adalah 32. Secara logiknya, apabila runner dipindahkan dari 1 hingga 32, kelajuan scrolling carta perlu meningkat secara selaras dan seragam. Tetapi ia hanya berhenti sehingga nilai 31. Pada masa yang sama, kelajuan 31 juga tidak selari dengan kelajuan yang dikehendaki. Tetapi jika kita menetapkan kelajuan pada 32, carta keseluruhan akan terbentuk kurang dari 30 saat pada jangka masa 2 tahun.
- Tiada butang untuk memberhentikan sementara simulasi, berpatah balik dan letakkan order post factum. Saya tidak bercakap mengenai meningkatkan keputusan (terdapat beberapa kes apabila ujian dipalsukan), saya menyentuh mengenai kemudahan dan penjimatan masa. Pemaju berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak boleh dipalsukan adalah satu kelebihan.
- Fungsi ini disesuaikan dengan MT4 secara eksklusif. Terdapat versi FX Blue untuk MT5 juga, tetapi set fungsinya lebih lemah. Sebagai contoh, adalah mustahil untuk membuka posisi dalam beberapa alat atau strategi ujian pelbagai mata wang. Memandangkan MT5 tidak membantu dalam menghasilkan pedagang yang berjaya, pemaju memilih untuk tidak menaik taraf versi MT5.
Terdapat satu lagi saat untuk diingati bagi mereka yang menggunakan tester: tiada redrawing. Masalah ini tidak hanya melibatkan FX Blue tetapi juga tester lain yang membuat carta berdasarkan data sejarah. Redrawing adalah situasi di pasaran sebenar apabila seorang pedagang melihat isyarat (misalnya, penembusan band Bollinger), memutuskan ia adalah permulaan trend baru dan membuka perdagangan dalam arah masing-masing. Kemudian harga reverse dan petunjuk akan redraw untuk menunjukkan satu retracement dan bukan satu penembusan.
Salah satu sebab utama redrawing adalah petunjuk bergantung kepada penutupan harga. Kebanyakan formula oscillator dibentuk berdasarkan perbandingan nilai candle semasa dengan candle sebelumnya. Tiada redraw akan berlaku dalam tester apabila nilai quote sudah diketahui. Dalam pasaran sebenar, di mana volume besar boleh mengubah situasi dalam sesaat, dan mungkin akan terdapat penutupan harga. Sebaik sahaja candle ditutup, petunjuk akan mula redraw. Untuk tujuan ujian, adalah disarankan untuk menggunakan petunjuk tanpa redrawing (yang tidak akan terjejas oleh harga penutupan). Tambahan lagi, perlu diingatkan bahawa hasil ujian mungkin berbeza daripada yang dicapai dalam pasaran sebenar.
Namun, walaupun terdapat kekurangannya, tester ini dianggap sebagai salah satu tester paling mudah untuk menguji strategi MT4. Dengan cara ini, perhatian harus diberikan terhadap manual di bahagian yang berasingan dan dikhaskan untuk kombinasi kunci. Sebagai contoh, anda boleh menukar kelajuan scroll dengan menggunakan kekunci.
Kesimpulan. FX Blue adalah satu lagi tester strategi manual yang mempunyai kedua-dua kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya termasuk visualisasi yang mudah dan ciri-ciri yang baik untuk menganalisis statistik. Keralatan operasi dan set fungsi yang terhad tergolong dalam kelemahannya. Memandangkan bahawa simulator tersebut adalah percuma dan telah menerima komen positif, saya cadangkan untuk menilai potensinya dalam praktikal. Jangan lupa untuk menulis jika anda mempunyai sebarang soalan dan kongsikan komen anda!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.























