Carta Kagi menyerupai carta harga linear. Walau bagaimanapun, ia berfungsi dengan cara yang berbeza sama sekali. Carta Kagi terdiri daripada satu siri garisan menegak yang dihubungkan oleh garis horizontal yang pendek, merujuk kepada price action aset dan bukannya pergerakan sebut harga yang berlabuh pada masa.
Dalam artikel ini, kita akan menganalisis cara berdagang menggunakan carta Kagi, dan isyarat apa yang boleh diperoleh daripadanya semasa berdagang.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Pembinaan Carta Kagi
Carta Kagi mempunyai garis menegak yang disambungkan oleh garis mendatar (horizontal), membentuk garis berterusan yang menyerupai panduan berbentuk L.
Carta Kagi merangkumi empat baris:
- Yin ialah garis menurun (ditandakan dengan warna merah pada carta).
- Yang ialah garis menaik (ditandakan dengan warna hijau pada carta).
- “Shoulder” ialah garis mendatar yang menghubungkan pergerakan menaik ke pergerakan menurun.
- “Waist” ialah garis mendatar yang menghubungkan pergerakan menurun ke pergerakan menaik.
Membina Carta Kagi
Carta Kagi kelihatan serupa dengan carta Renko. Ia juga mengetepikan sela masa, dengan mengambil kira price action. Perubahan harga biasanya ditetapkan terlebih dahulu (preset), tetapi ia juga boleh dikenal pasti, berdasarkan data ATR (Average True Range). Sesetengah platform mencadangkan menggunakan jumlah peratusan.
Untuk menghubungkaitkan terus dengan carta Renko, saya telah memilih jumlah perubahan harga yang telah ditetapkan untuk carta Kagi; ia adalah 125.1 USD, digunakan pada BTCUSD.
Carta Kagi tidak akan terbentuk jika pergerakan harga kurang daripada nilai yang ditentukan, iaitu 125.1 USD. Mari semak sejarah harga pada carta candlestick Jepun untuk memudahkan pemahaman.
Carta di sebelah kiri menunjukkan bahawa pada 11 Ogos, BTC merosot selepas kenaikan mendadak kepada $6,388.8 (ditandakan dengan anak panah No.1). Perubahan harga melebihi nilai “preset" $125.1, membentuk garis menegak ke bawah pada carta Kagi. Paras tutup candlestick Jepun yang terakhir sepadan dengan tahap asas carta Kagi.
Selepas itu, empat candlestick bullish muncul. Apabila jumlah pertumbuhan harga adalah lebih daripada $125.1, carta Kagi menunjukkan satu lagi garisan, iaitu “waist”, diplot dari paras asas.
Seperti yang anda lihat dalam tangkapan skrin di atas, garis No.2 telah mengumpul sembilan candlestick, mengesahkan bahawa carta Kagi tidak dipautkan dengan masa.
Pada satu ketika, garisan No.2 menukar warnanya daripada merah kepada hijau kerana fakta bahawa harga melepasi paras asas $6,388.8. Ini bermakna, garis Kagi berubah daripada Yin kepada Yang, daripada menurun kepada menaik, memberikan isyarat beli yang jelas.
Candlestick bullish terakhir ditutup pada $6,441.3, membentuk paras asas baharu. Harga Bitcoin kemudian turun dengan mendadak dan candlestick bearish pertama membentuk garisan baharu yang disambungkan oleh bahu dengan garisan sebelumnya pada paras asas terakhir.
Carta menunjukkan bahawa candlestick bearish terakhir yang tertinggi merosot di bawah “waist”, iaitu paras asas sebelum yang sebelumnya. Akibatnya, seluruh garisan telah bertukar menjadi warna merah di bawah paras ini.
Perubahan trend berlaku pada paras penutupan $5,975.30, diikuti oleh gelombang pertumbuhan. Walau bagaimanapun, garisan keempat memberikan signal bullish pada paras tertinggi $6,444.1 apabila ia mencapai “shoulder” paras asas sebelum yang sebelumnya.
Secara umumnya, carta Kagi menggabungkan ciri-ciri carta Renko dan Line Break.
- Carta Kagi tidak termasuk pergerakan mendatar dan “market noise”.
- Ia menandakan paras key trend reversal (support dan resistance berpotensi).
- Ia memberi isyarat trend reversal.
Isyarat Kagi:
- Garis Kagi dua warna menunjukkan bahawa pasaran telah mencapai keseimbangan, menunjuk kepada trend reversal.
- Garis merah (Yin) menunjukkan trend bearish dan memberikan signal jualan.
- Garis hijau (Yang) mencadangkan trend bullish dan memberikan signal belian.
- Secara statistik, tempoh trend tidak melebihi sepuluh garis Kagi.
Menggabungkan carta Kagi dan indikator teknikal
Memandangkan spesifikasi pembentukan carta Kagi, garis tengahnya yang berbentuk L, menjadi tidak bermaklumat kerana peningkatan sudutnya.
Namun, pada 21 Ogos, indikator MACD melepasi “zero threshold” dari bawah, menandakan pembalikan trend pada carta Kagi. Ini adalah signal bullish yang kuat, bersama dengan persilangan moving average yang lain. Kesannya, signal ini menandakan permulaan trend bullish yang baharu apabila indikator lain tidak memberikan isyarat pembalikan (reversal).
Menggunakan Carta Kagi dalam Perdagangan
Saya telah menguji carta Kagi sepanjang minggu. Bahagian ini mengandungi keputusan ujian tersebut. Saya menggunakan sebut harga ETHUSD dan XMRUSD pada carta candlestick Jepun dan carta Kagi untuk memudahkan pemahaman.
Ramalan untuk ETHUSD pada 7 September 2018
Harga telah jatuh mendadak pada carta candlestick Jepun. Pada carta Kagi, pergerakan menurun sedang terbentuk. Warna garisan telah bertukar kepada merah, yang menandakan trend reversal. Kadar ETHUSD diramalkan akan terus menurun, jadi kita boleh membuka dagangan jualan.
Sebut harga ETHUSD pada 9 September 2018
Harga terus menurun apabila tiga candlestick bearish muncul pada carta. Walau bagaimanapun, sebut harga kemudiannya bertukar ke atas, dan carta Kagi menunjukkan reversal. Oleh itu, anda boleh menutup dagangan jualan dan mengambil keuntungan.
Ramalan untuk XMRUSD pada 5 September 2018
Pada carta candlestick Jepun, harga telah menurun secara mendadak. Pada masa yang sama, reversal terbentuk pada carta Kagi, dan warna garisan masih belum berubah. Harga dijangka menurun dalam trend menurun.
Sebut harga XMRUSD pada 9 September 2018
Carta menunjukkan bahawa ramalan tersebut betul. Harga menurun dalam trend menurun dengan koreksi kecil.
Kesimpulan
Carta Kagi ialah alat yang berkesan sebagai penambahan kepada carta candlestick Jepun dan sebarang strategi trend. Namun begitu, ia mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Kelebihan:
- Ia menapis pergerakan kecil sisi dan bunyi pasaran.
- Ia menandakan pembalikan arah aliran.
- Ia dengan mudah mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan.
- MACD dan purata bergerak meningkatkan isyarat Kagi, menjadikannya lebih tepat.
Kekurangan:
- Ia mungkin memberikan isyarat ketinggalan;
- Penunjuk volum tidak boleh digunakan pada carta Kagi;
- Isyarat palsu mungkin muncul.
Carta Kagi adalah penting untuk mengenal pasti arah trend. Apabila digabungkan dengan indikator teknikal, carta ini membolehkan anda mengenal pasti poin entri dan poin exit serta meningkatkan kecekapan strategi dagangan anda.
Soalan Lazim carta Kagi
Carta Kagi ialah sejenis carta harga yang digunakan untuk mengukur tindakan harga. Ia diplot dengan garis menegak yang dihubungkan oleh garis mendatar. Alat ini membolehkan anda mengecualikan “market noise” yang berlebihan dan menentukan trend pasaran dengan lebih tepat berbading carta candlestick Jepun.
Candlestick Jepun menunjukkan cara sebut harga aset berubah dari semasa ke semasa, contohnya, harga buka dan tutup, harga tertinggi dan terendah setiap jam pada timeframe H1. Carta Kagi berubah jika harga telah bergerak mengikut jumlah yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Iaitu, jika anda menetapkan nilai $100 dalam tetapan carta, ia akan terbentuk hanya selepas harga berubah sebanyak $100 atau lebih.
Carta Kagi menunjukkan prestasi yang baik dengan semua indikator trend seperti purata bergerak, MACD dan RSI.
Carta membentuk garisnya apabila harga berubah mengikut nilai yang ditetapkan oleh pedagang dalam tetapan carta. Kepekaan carta terhadap “market noise” bergantung pada nilai yang dipilih.
Carta Kagi melukis garis menegak yang disambungkan dengan garis mendatar jika harga berubah mengikut nilai yang dinyatakan dalam tetapan. Garis-garis ini berubah warna apabila harga melepasi paras asas sebelumnya. Secara asasnya, carta memberikan signal trend reversal yang kuat apabila garisnya berbuah warna.
Carta Kagi sangat baik untuk strategi trend dengan indikator teknikal dan analisis corak candlestick. Ia boleh memberikan signal yang boleh dipercayai untuk membuka dan menutup dagangan.

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.
















