Jika anda melihat pergerakan harga dari perspektif yang berbeza, anda mungkin dapat melihat perubahan dalam trend pasaran dengan lebih cepat. Oleh itu, pedagang berpengalaman tidak hanya bergantung pada carta candlestick Jepun tetapi menggunakan alatan tambahan.

Carta Line Break adalah alat alternatif untuk memantau pergerakan harga, yang membolehkan anda mengenal pasti perubahan trend dan membuka perdagangan yang menguntungkan. Artikel ini menerangkan apa yang ditunjukkan oleh Carta Line Break dan cara menggunakannya dalam perdagangan.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Walaupun carta ini kelihatan rumit, ia sebenarnya agak mudah untuk dianalisis. Carta Line Break menunjukkan bahawa untuk pembalikan pasaran berlaku, harga perlu menembusi paras "closing" tiga garis sebelumnya pada timeframe yang dipilih.

Bilangan “default” bagi tetapan garisan ialah tiga, tetapi anda boleh menukarnya sama seperti saiz kotak Renko untuk menjadikan carta lebih responsif terhadap turun naik pasaran.

Malangnya, anda tidak boleh menukar jenis paras pada carta. Ia akan menjadi lebih mudah jika carta menunjukkan garis berdasarkan penembusan tertinggi dan terendah, bukannya paras harga “closing” kerana pergerakan ini memberikan isyarat terakhir untuk menentukan trend. Mudah-mudahan, akan ada seseorang yang mengambil perhatian dan mencipta indikator sedemikian.

Pembinaan carta

LiteFinance: Pembinaan carta

Mari analisa dua carta ini pada timeframe mingguan. Carta Candlestick berada di sebelah kiri, dan carta Line Break berada di sebelah kanan.

Bujur hijau menandakan kawasan yang diperiksa. Satu candlestick bullish yang panjang, yang terbentuk pada 16 Julai, menembusi paras harga “closing” tiga candlestick sebelumnya. Candlestick ini diberi nombor pada carta. Oleh itu, satu garis bullish muncul pada carta Line Break. Walau bagaimanapun, garisan tertinggi tersebut tidak bertepatan dengan paras tertinggi candlestick Jepun tetapi dengan paras harga “closing”.

Oleh itu, garisan paras “opening” pada carta Line Break akan sentiasa bertepatan dengan paras harga “closing” candlestick sebelumnya.

Indikator ini memberikan isyarat yang mudah ditafsirkan:

  • Isyarat belian berlaku apabila tiga garisan bearish berturut-turut diikuti oleh garisan bullish.
  • Isyarat jualan muncul apabila tiga garisan bullish berturut-turut diikuti oleh garisan bearish.

Perlu diperhatikan, ramai pengguna carta Line Break mencadangkan untuk menunggu satu garisan tambahan selepas garis pembalikan (reversal) yang mempunyai arah yang sama. Garisan ini akan mengesahkan trend reversal. Oleh itu, jika corak belum lengkap, dan garisan menurun berselang-seli dengan garisan menaik, anda harus mengelak daripada berdagang.

Orang Jepun mempunyai kecenderungan untuk memberikan nama yang tidak konvensional kepada corak mereka.

LiteFinance: Pembinaan carta

Mari kita analisa corak bullish pada carta Line Break.

Tiga garisan bearish yang ditandakan dengan bujur dipanggil "shoe (kasut)”. Bujur kuning menunjukkan garisan bullish yang dipanggil "suit (baju sut)", yang mengikuti kasut tersebut. Garisan yang dilingkari oleh bujur hijau ialah garisan pengesahan yang dipanggil "neck (leher)".

Orang Jepun percaya bahawa anda harus membeli apabila "pasaran memakai bear shoe dan menunjukkan lehernya dalam bull suit". Dalam erti kata lain, apabila pasaran berpakaian lengkap dengan “bull suit” atau “bear suit”.

Perhatikan kepanjangan "suit". Jika terlalu pendek, trend mungkin tidak akan berbalik. Inilah yang berlaku dalam kes pertama pada carta apabila kepanjangan "suit" itu sangat pendek.

LiteFinance: Pembinaan carta

Carta di atas menunjukkan isyarat jualan apabila pasaran memakai "bear suit". Perkara yang sama berlaku untuk "bull suit".

Secara umumnya, corak ini mempunyai satu kelemahan yang ketara — sekurang-kurangnya separuh daripada trend utama mungkin berlalu sehingga pasaran menunjukkan "neck"nya. Untuk mengurangkan “lag” ini, anda boleh mengurangkan bilangan paras penembusan (breakout). Mari gunakan MACD dan moving average dalam analisis.

LiteFinance: Pembinaan carta

Carta Line Break menunjukkan isyarat dengan sedikit kelewatan pada timeframe 4 jam. Walau bagaimanapun, dalam kes pergerakan mendatar yang diserlahkan dengan bujur merah, indikator ini memberikan banyak isyarat palsu dan menjadi tidak berkesan. Di sini, MACD boleh membantu. Indikator ini tidak menunjukkan peningkatan “volatility” pada carta Line Break, berbeza dengan carta candlestick Jepun.

Mari kita semak indikator ini dalam “live trading” untuk mengkajinya dengan lebih terperinci.

Cara Menggunakan Carta Line Break

Di bawah, anda boleh menemui analisis pergerakan harga pada carta Line Break menggunakan indikator MACD dan moving average. Renko dan carta candlestick Jepun turut digunakan untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh.

LiteFinance: Cara Menggunakan Carta Line Break

Carta Line Break memberikan hasil terbaik apabila tiga paras "closing" digunakan untuk analisis.

Dengan menggunakan hanya dua paras menyebabkan terlalu banyak isyarat palsu, gagal untuk menyingkirkan hingar pasaran (market noise).

Apabila menggunakan empat atau lebih paras, carta Line Break mula memberi isyarat dengan agak terlewat (delay), terlepas pergerakan harga utama.

Berbanding dengan carta Renko, carta Line Break bertindak balas dengan lebih pantas kepada perubahan harga, yang boleh menjadi baik dan buruk. Walaupun isyarat boleh diterima lebih awal, ia mungkin palsu.

Carta Line Break yang terletak di tengah menunjukkan dua corak pembalikan palsu yang ditandai dengan bulatan, tetapi harga terus meningkat.

Adalah lebih baik untuk menggunakan indikator MACD untuk penapisan isyarat tambahan. Selain itu, carta Line Break di tengah menunjukkan bahawa MACD memberikan isyarat pembalikan beberapa hari lebih awal berbanding indikator yang sama pada carta Renko.

Kesimpulan

Carta Line Break sudah tentu boleh berfungsi sebagai pengesahan pembalikan trend (trend reversal). Sama seperti carta Renko, carta ini menapis hingar pasaran yang disebabkan oleh “volatility” jangka pendek. Walau bagaimanapun, terdapat risiko isyarat palsu semasa trend mendatar yang berpanjangan dalam channel yang luas. Selain itu, ia kelihatan agak pelik untuk memberi tumpuan pada paras "closing" bagi mengesan penembusan. Dalam analisis teknikal, paras terendah dan tertinggi adalah paras penembusan yang lebih ketara.

Soalan Lazim Tentang Carta Line Break

Carta Line Break ialah jenis carta yang menunjukkan pergerakan sebut harga hanya jika harga menembusi tiga tahap penutupan terakhir pada timeframe tertentu. Kaedah ini membantu mengurangkan “market noise”, membolehkan pedagang mengenal pasti permulaan trend baharu.

Apabila menentukan trend global dan paras support dan resistance utama, adalah lebih baik menggunakan timeframe yang lebih tinggi, seperti timeframe harian. Untuk dagangan jangka pendek, timeframe setiap jam adalah pilihan terbaik anda.

Pedagang yang berpengalaman sering menggabungkan MACD dan moving averagedengan carta Line Break. Biasanya, carta Line Break memberikan isyarat dengan sedikit “delay”. Walau bagaimanapun, indikator tambahan boleh membantu meminimumkan “lag” yang membolehkan pedagang membuka dagangan yang menguntungkan tepat pada masanya.

Jika garisan bullish muncul pada carta Line Break selepas tiga garisan bearish, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka dagangan belian. Posisi jualan boleh dibuka jika garisan bearish muncul selepas tiga garisan bullish. Untuk mengelakkan isyarat palsu, gunakan indikator carta candlestick Jepun, MACD, dan moving average bersama dengan carta Line Break.

Carta Line Break “default” tidak disertakan dalam alat teknikal MetaTrader 4 tetapi boleh dimuat turun dari laman web rasmi MQL5.com. Carta ini menggunakan tiga paras "closing" secara “default”, yang digunakan pada timeframe tertentu. Anda boleh menukar tetapan untuk melaraskan sensitiviti carta kepada “market noise”.

Garisan muncul pada carta Line Break apabila harga menembusi tiga paras “closing” terakhir pada timeframe yang dipilih. Dalam erti kata lain, ia menandakan trend reversal. Jika garis menaik terbentuk selepas tiga garis menurun, ia adalah isyarat belian. Sebaliknya, jika garis menurun berlaku selepas tiga garis menaik, ia adalah isyarat jualan.

Garisan carta Line Break muncul apabila harga mengukuh di atas atau di bawah tiga paras “closing” terakhir pada timeframe tertentu, bergantung pada trend. Dengan cara ini, anda boleh menentukan trend reversal atau penerusannya yang stabil.

Cara Berdagang Forex Menggunakan Carta Line Break

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat