Risiko adalah perkara pertama kepada sesiapa yang ingin berdagang/melabur, harus pertimbangkan. Risiko kerugian berlaku disebabkan oleh force majeure, manipulasi pembuat pasaran Forex, ralat analisis teknikal atau sekiranya anda kehilangan sesuatu dalam analisis fundamental. Anda tidak boleh mengelak dari risiko perdagangan sepenuhnya, tetapi anda boleh mengurangkannya. Teruskan membaca artikel ini dan anda akan belajar bagaimana untuk mengurangkan/mengoptimumkan risiko perdagangan dan bagaimana membuat portfolio pelaburan seimbang.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Panduan ringkas kepada pengurusan risiko untuk pedagang baru

Pada 15 Januari 2015, Swiss National Bank (SNB) mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi memegang Swiss franc pada kadar pertukaran tetap dengan euro, seperti yang telah dilakukan selama ini lebih dari 3 tahun. Situasi panik berlaku dan franc meningkat lebih daripada 30% berbanding U.S. dollar dan euro; pasaran saham Swiss, sebaliknya, menurun sebanyak 10%, di mana ia memberi kesan terhadap pengeksport. Ia merupakan satu bencana untuk para pedagang. Mereka yang memasukkan posisi pendek terhadap franc (hold posisi pendek franc), hanya sekelip mata kehilangan deposit disebabkan oleh stop loss. Broker juga menderita, kerana berlakunya masalah liquidity.

Pada hari Sabtu, 14 September 2019, kemudahan minyak Arab Saudi diserang oleh dron, di mana ia mengurangkan sekitar 50% daripada pengeluaran minyak negara tersebut dan lebih daripada 5% daripada bekalan minyak global. Pada hari Isnin, harga minyak Brent terus meningkat sebanyak 19% -20%. Peningkatan intraday tersebut adalah yang terbesar sejak Gulf War 1991. Mereka yang tidak keluar dari dagangan pendek sebelum hujung minggu telah menghadapi kerugian yang tinggi.

LiteFinance: Panduan ringkas kepada pengurusan risiko untuk pedagang baru

Kedua-dua contoh ini adalah risiko perdagangan. Anda tidak boleh meramal semua faktor risiko dalam perdagangan FX, kerana kemungkinan untuk force majeure sentiasa wujud. Tetapi anda boleh mengurangkan risiko. Di samping itu, semakin tinggi risiko, semakin besar potensi keuntungan. Sebagai contoh. Dalam kes kenaikan harga minyak, mereka, yang memasuki posisi pendek – mengalami kerugian, tetapi pedagang memasuki arah ke atas - memperoleh kira-kira 20% dalam sehari.

Saya akan cuba membincangkan dua aspek pengurangan risiko, kesilapan dalam penggunaan analisis teknikal dan risiko umum dalam perdagangan FX dan membuat portfolio pelaburan. Ini sebahagian dari pendapat subjektif saya, oleh itu saya cadangkan untuk membincangkannya dalam ruangan komen!

Terdapat banyak klasifikasi risiko dagangan, dan tiada perbezaan yang ketara. Di samping itu, sumber yang berlainan menggunakan istilah yang berbeza, di mana ia akan mengakibatkan kekeliruan.

Jenis risiko dalam perdagangan FX

  • Risiko perdagangan atau risiko pasaran. Ianya adalah risiko kerugian yang disebabkan oleh faktor-faktor yang mempengaruhi arah pergerakan harga atau dari kesilapan dalam analisis (ramalan) keadaan pasaran.
  • Risiko teknikal. Risiko kerugian disebabkan oleh masalah teknikal atau kegagalan: kegagalan platform, kegagalan order, penipuan oleh broker, dll.
  • Risiko psikologi (tingkah laku). Risiko keputusan perdagangan yang salah memberi kesan terhadap emosi pedagang, atau keadaan psikologi: tekanan, keletihan, ketakutan, tamak.

Saya akan berbincang mengenai risiko dagangan atau pasaran.

Risiko dagangan adalah ketidakpastian mengenai pergerakan harga pada masa depan yang disebabkan oleh faktor pasaran dan di luar pasaran. Pada asasnya, jika anda mempunyai posisi terbuka, anda hanya mempunyai satu risiko, iaitu risiko dalam mengenal pasti trend harga. Sekiranya harga berada dalam arah yang bertentangan dengan perdagangan yang dimasukkan, pedagang akan mengalami kerugian.

Sekiranya posisi belum dibuka, risiko terletak dalam kesalahan ramalan arah atau reversal. Saya harus tekankan bahawa tiada definisi yang jelas mengenai konsep trend, oleh itu pedagang harus memahaminya dengan cara mereka sendiri. Pedagang tentukan sendiri nilai amplitud kritikal (reversal harga), di mana ia digelar sebagai had risiko dan bergantung kepada jumlah wang dalam deposit. Dalam erti kata lain, seorang pedagang dapat bertahan melalui, contohnya, penurunan sebanyak 100 point dan selainnya tidak lebih daripada 20 point. Semua pedagang menentukan tahap (had) risiko untuk diri mereka sendiri, tetapi anda perlu memahami jenis risiko dagangan.

Dari mana datangnya risiko perdagangan

  • Kesilapan dalam analisis pasaran dan ramalan. Sebarang penerbitan data ekonomi, penerbitan keputusan mesyuarat Fed, mesyuarat bank pusat yang lain memberi kesannya tersendiri. Satu-satunya persoalan adalah jika pelabur menilai dengan tepat kepentingan berita-berita tersebut? Dan adakah ramalan yang dibuat oleh majoriti, memenuhi realiti? Pedagang harus mengambil kira faktor-faktor tersebut dan faktor-faktor lain dalam menilai sesuatu ramalan. Kesilapan dalam ramalan sering berlaku. Pedagang selalunya mengabaikan atau terlepas sesuatu perkara yang penting, di mana ia mungkin akan menghasilkan ramalan yang salah.
  • Force Majeure. Ia boleh mengambil sebarang bentuk: keputusan politik yang tidak dijangka, bencana buatan manusia, serangan pengganas, penemuan deposit mineral baru, pelancaran pasaran produk baru yang belum diumumkan sebelum ini dan muflis. Force majeure boleh mempunyai kesan segera dan pada jangka masa panjang. Contoh-contoh kesan force majeure jangka masa panjang termasuk penurunan dotcom dan krisis mortgage di Amerika Syarikat, di mana ia boleh berubah menjadi krisis global. Tetapi, terdapat pedagang yang berjaya membuat keuntungan dari krisis tersebut. (Saya mencadangkan filem Amerika. Big Short untuk menggambarkan keadaan ini).
  • Faktor manusia. Penafsiran yang salah terhadap corak, isyarat disebabkan keletihan, tidak sengaja, tekanan, dll.

Klasifikasi lain mencadangkan pengumpulan ringkas punca risiko perdagangan terhadap kesilapan ramalan dalam analisis teknikal, fundamental dan faktor manusia. Saya telah menyenaraikan punca risiko fundamental dalam bahagian Force Majeure di atas, dan saya akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai risiko yang timbul akibat kesilapan dalam analisis teknikal.

1. Volatility yang tinggi pada ketika memasuki perdagangan. Semakin tinggi adalah volatility tersebut, semakin luas amplitud perubahan harga, dan, oleh itu, semakin banyak dan lebih cepat anda boleh menjana daripadanya. Ianya kelihatan relevan, tetapi risikonya terletak dalam penilaian volatility ini, kerana, jika harga bergerak dalam arah yang bertentangan, anda mungkin akan mengalami kerugian lebih dari pendapatan itu sendiri. Data petunjuk adalah relatif, serta data kalkulator volatility.

Nasihat. Kenal pasti volatility secara visual. Julat harga dapat dikenal pasti sebagai jarak di antara ekstrem fractal yang bertentangan

2. Strategi perdagangan tahap mendatar. Strategi untuk berdagang tahap mendatar adalah berbentuk individu. Terdapat sesetengah orang memasuki perdagangan dengan jangkaan berlakunya tahap penembusan, dan ada yang menjana keuntungan dari rebound harga. Sesetengah pedagang menggunakan tahap sokongan/rintangan untuk menetapkan stop loss. Terdapat zon turbulence berhampiran tahap fractal dalam jangka masa pendek, di mana harga bergerak dalam arah yang berbeza berserta amplitud yang kecil. Ia memberi impak untuk cuba meramal pergerakan harga dalam zon ini.

Nasihat: gunakan tahap mendatar hanya sebagai tahap rujukan dalam perdagangan. Masukkan dagangan melepasi tahap tersebut dan jangan tetapkan stop loss di tahap sokongan/rintangan, kerana ia boleh digunakan oleh pedagang besar (mereka adalah pembuat pasaran, di mana saya berbincang mengenainya kemudian). Sekiranya perdagangan telah dimasukkan dalam arah tahap tersebut, maka adalah lebih baik untuk keluar posisi sebelum tahap itu dicapai. Sebaliknya, terdapat kemungkinan berlakunya rebound berserta slippage, di mana ianya akan memburukkan prestasi.

Secara asasnya, analisis tersebut bertujuan untuk menentukan jika penembusan/rebound dari tahap tersebut adalah benar (trend) atau palsu (pembetulan). Adakah ianya relevan mengambil risiko?

3. Memasuki dagangan dalam zon overbought/oversold. Ia adalah mengenai risiko untuk membuka posisi pada pengakhiran trend. Ini bermaksud memasuki perdagangan apabila trend tersebut telah pun berlaku. Pada puncak pertumbuhan, pedagang besar akan keluar dari perdagangan, membentuk beberapa pedagang yang kurang bijak.

Ianya kelihatan relevan untuk menggunakan RSI atau stokastik, tetapi ia tidak begitu berkesan dalam mengurangkan risiko. Kekerapan lagging yang tinggi, reverse dalam zon harga ekstrem, dan sebagainya. Oleh itu, walaupun anda menggunakan petunjuk untuk menentukan zon tersebut, anda masih boleh membuat kesilapan.

Nasihat. Anda boleh mengenal pasti tanda-tanda trend exhaustion dengan cara berikut. Anda membandingkan amplitud dalam tiga bahagian fractal bersebelahan antara satu sama lain dalam jangka masa M1 (trend exhaustion kelihatan lebih jelas pada awalnya). Sekiranya amplitud semakin kecil (amplitud setiap fractal berikutnya semakin berkurangan), ini menunjukkan bahawa trend tersebut sedang mengalami exhaustion.

Cadangan paling mudah dan bijak adalah untuk memasuki perdagangan pada permulaan trend, jangan cuba untuk mengikut majoriti. Berhati-hati dalam penafsiran isyarat petunjuk, kerana petunjuk yang sempurna tidak wujud.

4. Memasukkan perdagangan apabila tiada trend yang jelas. Terdapat situasi apabila seorang pedagang mengambil pembetulan atau local swing sebagai trend baru, di mana ia sering berlaku dalam flat. Ianya sukar untuk dilaksanakan, terutamanya kepada pedagang tanpa sebarang pengalaman untuk mengenal pasti flat end, kerana ia tidak selalunya mempunyai permulaan atau pengakhiran yang jelas.

Nasihat: Saya mencadangkan sekali lagi dengan menggunakan perbandingan amplitud harga di dalam trend flat. Jika dalam jangka masa pendek, terdapat pergerakan harga di mana amplitudnya menyimpang dari average value, anda perlu memberi perhatian. Jangan masukkan perdagangan dengan segera, swing harga pertama kemungkinan boleh menjadi satu pembetulan. Analisis pelbagai jangka masa, jangka masa isyarat adalah M1-M5, dan pengesahan jangka masa masa adalah jangka masa yang lebih panjang.

Malangnya, tiada cadangan universal mengenai bagaimana untuk mengurangkan risiko dalam situasi ini. Risiko pengenalpastian arah yang salah atau risiko kelewatan memasuki dagangan walaupun trend telah dikenal pasti dengan betul masih wujud.

5. Kesilapan parameter petunjuk. Ia akan menyebabkan penafsiran isyarat yang salah.

Nasihat. Sebelum anda mula menggunakan petunjuk dengan parameter yang diselaraskan dalam perdagangan pada akaun sebenar, uji sistem tersebut (tester strategi MT4, FxBlue). Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pengujian dan pengoptimalan strategi dalam ulasan ini.

6. Menggunakan pending order. Pending order digunakan dalam strategi perdagangan berdasarkan pada kemasukan perdagangan apabila harga menembusi julat  penyatuan. Order diletakkan dalam arah yang bertentangan, menjangkakan bahawa salah satu darinya akan berjaya. Risiko berpunca daripada fakta bahawa pending order ditetapkan berdasarkan gerak hati, dan bukannya pada pergerakan harga sebenar. Jarak dihitung, sebagai contoh, sebagai peratusan average value pergerakan harga dalam zon penyatuan. Terdapat risiko bahawa harga akan meninggalkan zon, mencapai order tersebut, dan kemudian bergerak dalam arah yang bertentangan.

Nasihat. Untuk mengurangkan risiko, elakkan dari menggunakan pending order.

7. Penurunan harga yang mendadak apabila posisi panjang dibuka. Terdapat contoh apabila harga berubah sebanyak 500-1000 point hanya dalam beberapa minit. Sememangnya, tiada tindak balas yang boleh dilakukan. Seseorang harus membuat keputusan dan membuat transaksi.

Nasihat. Tetapkan stop loss bagi setiap perdagangan

8.Pembuat pasaran. Seorang pedagang individu hanyalah pemain kecil dalam permainan yang besar. Pembuat pasaran adalah pemain besar yang boleh mempengaruhi harga melalui modal besar mereka. Mereka boleh membuat latar belakang maklumat yang diperlukan untuk memanipulasi media, forum dan sumber lain terhadap ramalan, analisis, dan maklumat.

Tetapi ini bukan satu-satunya cara mereka. Mereka dapat melihat tahap di mana order membeli dan menjual tertumpu, iaitu stop loss dan pending order ditetapkan terlebih dahulu. Seperti pengalaman membuktikan, kebanyakan pedagang menetapkan stop loss di zon ekstrem harga local, berpegang pada tahap yang kuat, tahap sokongan/rintangan. Pending order juga boleh ditetapkan dengan cara yang sama. Pembuat pasaran mengambil langkah yang bertentangan dengan majoriti, mendorong harga ke tahap di mana order tersebut tertumpu, sehingga stop loss tercetus.

Contoh. Pembuat pasaran ingin menjual mata wang pada harga yang lebih baik. Mereka melihat banyak stop loss berada lebih tinggi daripada kadar semasa (flat line berwarna hijau dalam screenshot di bawah), di mana secara dasarnya adalah order yang dilaksanakan. Sebaliknya, terdapat banyak pending order dalam zon harga yang sama, di mana ia tidak membenarkan harga bergerak lebih tinggi (baki volume).

LiteFinance: Dari mana datangnya risiko perdagangan

Harga ditingkatkan dengan order kecil sehingga ke tahap yang diperlukan, dan seterusnya, manipulator memenuhi volume melalui ask order (stop loss). Dengan mempertimbangkan bilangan order pendek yang berkaitan, harga berkemungkinan tidak akan bergerak lebih tinggi.

Nasihat. Ianya tidak relevan untuk menentang pembuat pasaran. Oleh itu, anda perlu belajar untuk mengenal pasti potensi zon tumpuan order dan cuba untuk mengelakkannya. Anda juga harus ingat bahawa petunjuk tidak dapat menjangkakan kemungkinan tindakan pembuat pasaran. Oleh itu, ianya relevan untuk kurang mempercayai petunjuk, dan memberi lebih perhatian terhadap tahap tersebut, corak dan maklumat pertukaran (jumlah dagangan, jadual order).

Anda boleh mencadangkan sebarang risiko analisis teknikal yang lain dan sila tulis mengenainya dalam ruangan komen. Mari bersama-sama mencari lebih banyak cara untuk mengurangkan risiko perdagangan.

Bagi mengurangkan kesilapan risiko ramalan berdasarkan analisis fundamental, terdapat beberapa cadangan yang boleh diikuti seperti berikut:

  • Jangan terlalu percayakan perkara yang dilaporkan dalam media dan berhati-hati dengan ramalan "expert". Rujuk kepada data rasmi yang dilaporkan oleh agensi berita dan sumber rasmi.
  • Mengaplikasikan alatan analisis tambahan: kalendar ekonomi, stock screeners.
  • Anggarkan data ekonomi dalam dinamik, bandingkannya dengan jangkaan penganalisis berserta laporan sebelumnya.

Dan sentiasa bersiap sedia untuk segera bertindak balas terhadap force majeure

Hedging dan mengunci posisi sebagai satu kaedah dalam insurans risiko

Hedging dan locking membawa maksud yang sama, anda memasuki dua perdagangan yang bertentangan (saya tidak berbincang dengan lebih mendalam terhadap perbezaan utama kedua-dua perkara tersebut). Jika seorang pedagang membuka posisi yang panjang, dan harga menurun. Tetapi pedagang tersebut telah membuka posisi pendek dengan jumlah yang sama. Kerugian yang dihasilkan oleh perdagangan pertama dikompensasikan oleh keuntungan yang dihasilkan oleh perdagangan kedua.

Kelebihan locking posisi

  • Jika anda menetapkan kunci dengan betul dan membuka kunci posisi tepat pada masanya (membatalkan kerugian atau posisi insurans), anda juga boleh membuat keuntungan dengan cara yang sama. Terdapat juga strategi perdagangan berdasarkan pembuatan grid order.
  • Locking membolehkan floating loss tidak memberi kesan terhadap baki atau merosakkan statistik perdagangan.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara dalam posisi locking. Sekiranya berlaku kesilapan dalam pembukaan dan penutupan insurans dan posisi utama, pedagang lebih cenderung untuk menghadapi kerugian akibat dari kedua-dua urusniaga tersebut dan spread. Oleh itu, locking adalah strategi berisiko tinggi untuk seorang pedagang baru, seperti berdagang menggunakan kaedah Martingale; tetapi seorang pedagang yang mempunyai pengalaman boleh menyelamatkan diri terhadap kerugian dalam perdagangan menggunakan locking dan hedging.

Saya boleh menerangkan strategi perdagangan dan peraturan locking posisi dengan lebih terperinci dalam artikel yang berbeza. Sekiranya anda ingin mengetahuinya tuliskan dalam ruangan komen.

Bagaimana untuk mengurangkan risiko dagangan (cadangan umum untuk membuat portfolio pelaburan)

1. Diversification. Kaedah ini merupakan cadangan terbaik dalam melindungi pelaburan anda dari risiko perdagangan. Tetapi ia juga merupakan sejenis seni untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan anda dengan berkesan dan untuk mengimbanginya secara teratur.

Jenis diversification: 

  • Diversification berdasarkan jenis aset. Ia adalah jenis diversification paling popular. Di samping itu, anda boleh memperuntukkan fund anda bukan sahaja di kalangan pasangan mata wang atau stok yang lain tetapi juga di antara akaun deposit, logam berharga, mata wang crypto, barangan antik, hartanah dan sebagainya.
  • Diversification mengikut tahap risiko. Terdapat aset dalam kes force majeure, meningkat dalam harga (sebagai contoh, emas). Terdapat juga aset apabila ketika pasaran sedang mengalami turun naik yang tinggi, tidak berubah dalam harga. Terdapat aset berserta volatility sebanyak 5% setiap hari. Pengagihan pelaburan antara aset dengan tahap volatility yang berlainan, risiko (dan secara tidak langsung menjana keuntungan) adalah kepelbagaian risiko. Saya menasihatkan anda untuk membaca artikel mengenai aset safe-haven.
  • Institutional diversification. Ia mencadangkan untuk bekerjasama dengan beberapa kontraktor: broker yang berlainan, Forex dan pertukaran, pengurusan amanah, dan sebagainya. Jika berlakunya force majeure (seperti dalam contoh franc Swiss), dan satu pihak akan diisytiharkan muflis, maka anda boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya keseluruhan wang anda dari yang kedua.
  • Applied diversification. Pengagihan pelaburan di antara strategi dengan tahap risiko yang berbeza: Perdagangan Martingale dan perdagangan konservatif, scalping dan strategi jangka masa panjang, manual dan perdagangan algoritma.
  • Statistical diversification. Ianya mengenai perkaitan positif dan negatif. Sebagai contoh, masa hadapan jagung dan gandum sering kali mempunyai arah pergerakan harga yang sama, USD dan trend emas pula bergerak dalam arah yang bertentangan. Portfolio dengan aset yang mempunyai perkaitan negatif akan berkurangan dari segi keuntungan, tetapi lebih selamat kerana apabila sesuatu aset mengalami kejatuhan harga, kenaikan harga aset lain akan mengimbangi kerugian tersebut.

Diversifaction pelaburan hanya terhad kepada imaginasi pedagang dan keupayaan untuk memahami dan menganalisis pasaran serta risikonya. Semakin tinggi risiko, semakin besar potensi keuntungan. Itulah sebabnya risiko perdagangan sering dikaitkan dengan risiko psikologi.

2. Hedging teknikal terhadap risiko dagangan:

Menetapkan stop loss. Di sini, saya dapat memberi contoh ke atas pemandu di mana atas sebab – sebab tertentu mengabaikan peraturan mandatori untuk mengikat tali pinggang keledar mereka. Sukar untuk mengatakan mengapa sesetengah orang tidak menggunakan cara yang selamat. Di sebelah pihak, pembuat pasaran dapat mengenal pasti zon menumpukan banyak kerugian dan menaikkan harga supaya mencetuskan stop loss. Di sebelah pihak yang lain, stop loss akan membantu anda jika terdapat jurang harga yang disebabkan oleh force majeure. Pendapat lain adalah seorang pedagang mungkin tidak dapat bertindak balas serta merta dalam pasaran yang tidak menentu, dan dengan penggunaan stop loss ia dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya sebahagian dari deposit anda.

Tutup semua posisi anda pada hujung minggu. Kadang-kadang, keadaan pasaran hanya bertahanan selamat tempoh satu jam. Pada hari-hari biasa (contoh jika seorang pedagang bekerja 24 jam sehari) beliau masih boleh bertindak balas terhadap force majeure. Tetapi pada hujung minggu, ketika pasaran ditutup, ia boleh membawa kejutan yang tidak menyenangkan. Contohnya adalah serangan drone di Arab Saudi. Dan ia bertambah buruk jika pasaran dibuka dengan jurang harga selepas hujung minggu.

Penggunaan leverage kewangan yang relevan. Ia mempunyai sebab yang tersendiri. Sekiranya anda menggunakan leverage yang tinggi, force majeure akan menutup posisi anda apabila stop loss tercetus.

Pengiraan jumlah lot mengikut jumlah deposit, tahap risiko transaksi dan deposit, dan faktor-faktor lain. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.

Kesimpulan

Adakah risiko perdagangan forex perlu dikurangkan? Saya tidak berpendapat sebegitu. Mereka yang ingin menghapuskan atau mengurangkan semua faktor risiko FX adalah sebaiknya tidak terlibat dalam perdagangan sama sekali dan melabur modal mereka dalam deposit bank. Risiko perlu dioptimumkan dengan menilai peluang anda dengan tepat dan keupayaan untuk menanggung kerugian. Strategi mengurangkan dan mengimbangi risiko adalah merupakan strategi pengurusan risiko. Anda harus membina strategi pengurusan risiko anda sendiri sebelum memulakan perdagangan sebenar dan anda harus sentiasa mematuhi pengurusan risiko dan pengurusan wang dalam perdagangan. Hanya diri anda sendiri sahaja yang boleh membangunkan sistem pengurusan risiko kerana tiada cadangan universal yang sesuai untuk semua pelabur..

Saya harap pautan yang disediakan dalam ulasan ini dapat membantu anda meningkatkan strategi pengoptimuman risiko FX.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen, idea untuk dikongsikan, anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang diterangkan atau anda mahu menambah sesuatu, sila tulis di ruangan komen! Saya mendoakan anda berjaya dalam perdagangan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Jenis-jenis risiko forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat