Bagaimanakah kita menentukan volatiliti semasa dan kekuatan aliran trend? Berapakah jarak dari nilai min harga dan tahap kemasukkan pasaran serta tahap kerugian yang harus kita letakkan? Adakah pasaran mendatar pada masa ini? Indikator standard deviation boleh menjawab semua soalan tersebut. Teruskan membaca untuk mengetahui cara ia berfungsi dan cara ia digunakan dalam strategi aliran trend digabungkan dengan indikator teknikal lain.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Apakah itu Indikator Standard Deviation
Perdagangan hasil idea standard deviation dari statistik deskriptif, yang merupakan cabang analisis matematik. Standard deviation ialah data indikator nilai purata deviation berbanding dengan nilai min mereka sepanjang tempoh yang dipilih. Dalam statistik, ia dilambangkan dengan huruf Yunani (σ), atau sigma.
Sebelum meneliti indikator sisihan Piawai, mari kita ingat mengapa pedagang harus mempertimbangkan volaliti dan maksud SMA.
Volatiliti
Volatiliti bermaksud julat perubahan harga dalam tempoh masa tertentu. Dalam perdagangan, ia digunakan dengan cara berikut:
Untuk mengenal pasti trend. Jika tidak ada volatiliti, tidak ada perdagangan. Jika harga tidak menyimpang daripada nilai purata, mustahil untuk membuka perdagangan. Volatiliti yang meningkat datang dengan pergerakan harga yang besar.
Untuk mengenal pasti penghujung arah aliran trend dan berlaku penukaran arah. Jika volatiliti mencapai kemuncaknya dan pasaran agak bosan atau perlahan, arah aliran trend hampir tamat. Extremum secara visual dibandingkan dengan extremum yang sama sepanjang tempoh sebelumnya.
Untuk meletakkan had pesanan. Jika volatiliti pasaran bergerak dalam kedua-dua arah, pada jarak manakah dari perdagangan yang dibuka, kita harus meletakkan tahap kerugian supaya garis harga tidak menyentuhnya? - Mengikut purata volatiliti jangka masa yang lebih besar. Tahap keuntungan boleh dibuat dengan cara yang sama.
Terdapat cara yang berbeza untuk mengukur volatiliti. Sebagai contoh, volatiliti 1 hari pada jangka masa carta harian ialah jarak antara harga Tinggi dan Rendah yang dinyatakan dalam mata. Nilai ini boleh didapati dalam kalkulator di halaman Investing sebagai contoh.
Volatiliti juga boleh diukur secara relatif kepada purata bergerak: semakin tinggi harga, semakin tinggi volatiliti.
Kaedah lain mencadangkan membandingkan perubahan harga semasa dalam % dengan harga penutupan tempoh sebelumnya. Jika julat perubahan tidak melebihi 3%, volatiliti adalah rendah. Jika harga bergerak sebanyak 10%, pasaran mengalami volatiliti yang tinggi. Nilai ini adalah relatif dan bergantung pada pasangan mata wang.
Simple moving average
SMA ialah penunjuk analisis teknikal yang dikira sebagai purata harga yang dipilih. Kelemahannya ialah ia tidak menganggap volatiliti harga dalam julat pergerakan harga. Mari kita ambil dua angka jujukan sebagai contoh:
- 8, 7, 12, 2, 6.
- -30, 66, 7, 12, -20.
Bolehkah kita katakan ia adalah sama kerana SMA adalah sama dengan 7 dalam kedua-dua kes? Tidak, kita tidak boleh. Julat harga adalah berbeza walaupun puratanya adalah sama. Variasi harga ini dipanggil "volatiliti".
Apa itu Standard Deviation
Dalam perdagangan, min aritmetik ialah simple moving average. Harga boleh menyimpang daripadanya. Lebih banyak harga menyimpang dari nilai puratanya, lebih tinggi volatiliti. Volatiliti harga diukur oleh indikator Standard Deviation (StdDev).
Standard Deviation ialah indikator arah aliran trend: ia berfungsi untuk mengenal pasti detik pengukuhan arah aliran trend. Volatiliti yang tinggi menggambarkan arah aliran trend pasaran yang kukuh. Oleh kerana standard deviation mengukur sisihan harga daripada nilai harga purata dalam kedua-dua arah, alat ini juga digunakan dalam indikator saluran. Jika nilai indikator agak kecil, pasaran berada dalam keadaan perlahan dan kenaikan harga dijangka terjadi. Sebaliknya, apabila nilai indikator terlalu tinggi atau melampau, aktiviti pedagang dijangka perlahan tidak lama lagi.
Spesifik Standard Deviation Indikator:
Indikator Forex Standard Deviation adalah berkesan apabila digunakan pada alat volatiliti yang tinggi dan sederhana.
Ia digunakan dalam strategi aliran trend untuk menentukan bila harga meninggalkan julat flat dan mula menjadi arah aliran trend. Ia tidak sesuai untuk perdagangan jangka pendek (scalping) kerana isyaratnya lambat.
Anda lebih baik menggunakannya untuk pasangan mata wang daripada untuk saham atau komoditi. Tindak balas pasaran mata wang dicirikan oleh perubahan arah aliran yang kerap dan pembetulan mendalam di mana kita boleh mencari tahap kemasukkan. Tindak balas pasaran saham lebih stabil.
Jangka masa optimum bermula pada M30. Pada jangka masa yang lebih pendek, seperti M1-M5, mungkin terdapat pergerakan harga besar yang mengganggu logik pembinaan indikator.
Indikator Forex Standard Deviation selalunya bergerak secara mendatar di tahap bawah dan jarang menunjukkan dataran mendatar pada ekstrem. Selepas pertumbuhan bermula, pergerakan paling kerap bergerak dalam wave.
Salah satu strategi yang berkesan ialah mencari volatiliti yang semakin meningkat pada jangka masa yang lebih lama dan menggunakan langkah ini pada 1-2 jangka masa lebih rendah.
Kelebihan Indikator Standard Deviation:
- Cara baca yang ringkas. Semakin tinggi ukuran indikator, semakin tinggi volatiliti harga.
Kelemahan Indikator Standard Deviation:
Isyarat yang ketinggalan. Garis biru harga mungkin telah meninggalkan zon flat manakala indikator mengatakan volatiliti adalah rendah.
- Ia tidak menunjukkan arah aliran trend. Apabila garis standard deviation mula berkembang, harga bergerak dari nilai puratanya semakin banyak, tetapi sisihan boleh ke atas atau ke bawah.
Perdagangan biasanya tidak dibuka berdasarkan tahap volatiliti sahaja, jadi bacaan Standard Deviation jarang digunakan dalam sistem perdagangan bebas. Ia boleh digabungkan dengan indikator teknikal arah aliran trend sebagai alat untuk pengesahan isyarat. Saya akan menganalisis beberapa strategi menarik berdasarkan gabungan Standard Deviation dengan indikator volatiliti yang lain, tahap ATR dan Fibonacci.
Cara mengira sisihan piawai formula
Indikator Standard Deviation ialah sisihan min-kuasa dua. Standard deviation mengukur tahap dispersion pembolehubah secara rawak. Formula pengiraannya ialah:
Di mana:
N - bermaksud bilangan nilai harga dalam set yang dinyatakan dalam tetapan indikator.
Xi- i-th bilangan dalam set. Secara tetapan am, ia ialah harga penutup setiap candlestick sepanjang tempoh masa yang dipilih.
Xavg- X ialah min aritmetik bagi semua nilai harga dalam set. Dari segi analisis teknikal, ia adalah simple moving average (SMA).
Berikut ialah langkah pengiraan bagi nilai indikator:
Kira nilai min aritmetik sepanjang tempoh yang dipilih. Contohnya, jika tempoh ditetapkan pada 20, min aritmetik harga dikira untuk 20 bar harga candlestick yang terakhir. Harga penutupan digunakan secara tetapan am.
Tolak hasil dari setiap nilai harga.
Kuasa dua nilai dan jumlahkannya.
Nilai akhir dibahagikan dengan bilangan nilai dalam siri, iaitu nombor yang ditunjukkan dalam tetapan standard sebagai tempoh.
Ekstrak punca kuasa dua hasil. Ini adalah standard deviation.
Contoh pengiraan standard deviation dalam excel:
Peringkat pengiraan:
1. Masukkan nilai harga dalam lajur B. Anda boleh mengambil nilai ini dari MT4 atau bertanya kepada broker anda. Bilangan baris sepadan dengan tempoh indikator. Secara tetapan umum, jadual mempunyai 20 baris.
2. Masukkan formula:
=AVERAGE(B2:B21)
dalam sel C21.Ini ialah min aritmetik, dipanggil "simple moving average" dalam analisis teknikal.
3. Kira perbezaan harga setiap nilai dan min aritmetik. Tekan masuk
=B2-$C$21
dalam sel D1. Gunakan formula untuk semua sel.
4. Kira kuasa dua nilai. Masukkan formula =D2^2 dalam sel E2. Gunakan formula ke semua sel.
=D2^2
5. Tambah semua nilai lajur sebelumnya dalam sel F21 dan bahagikan hasilnya dengan 20 dalam sel G21.
6. Kira standard deviation dalam sel H21 menggunakan formula
=G21^(1/2)
Anda boleh mencari templat jadual di sini. Anda juga boleh mencari kalkulator standard deviation di internet, tetapi menyalin harga ke dalamnya tidak mudah dimana ia boleh dimuat naik dengan mudah ke Excel.
Standard Deviation dalam perdagangan – strategi dan cadangan
Indikator Forex Standard Deviation digunakan dalam perdagangan trend. Jika indikator berada pada kemuncaknya atau berkembang pada kebanyakan masa, sudah terlambat untuk membuka perdagangan. Tunggu tempoh mendatar atau penukaran arah aliran trend. Isyarat untuk membuka perdagangan ialah garis indikator yang berkembang dari paras terendahnya.
1. Strategi Perdagangan penembusan tahap flat mendatar
Ia adalah strategi pelaburan konservatif. Sisihan harga tidak jauh lebih tinggi daripada nilai min dalam julat mendatar, dan indikator terletak di bahagian bawah. Isyarat untuk membuka perdagangan dihasilkan apabila StdDev mula berkembang dan keluar dari julat mendatar. Setelah candelstick menembusi julat mendatar, buka perdagangan pada candlestick seterusnya mengikut arah aliran trend. Tutup perdagangan sebaik sahaja indikator mula melihat penukaran arah.
Contoh:
Wave kedua terakhir StdDev telah menurun dan kemudian bertukar kepada arah aliran mendatar. Nilai maksimum indikator dalam julat mendatar ialah 0.0009. Pada titik 1, garis harga menembusi paras rintangan, dan batang candlestick hijau ditutup hampir pada paras tinggi sebelumnya. StdDev mula berkembang secara serentak, mencapai nilai 0.0011. Satu perdagangan telah dibuka.
Dalam titik 2, pada candlestick merah yang boleh menentukan penukaran, StdDev mula bertukar juga. Perdagangan ditutup. Keuntungan boleh menjadi sekurang-kurangnya 300 mata dalam bagi harga 5 digit.
2. Strategi mengenalpasti tanda awal penukaran aliran trend
Ia merupakan strategi agresif yang membayangkan pembukaan awal perdagangan berdasarkan wave Standard Deviation. Kelebihannya ialah ia membolehkan menyelesaikan isu isyarat yan lambat. Isyarat dihasilkan lebih kerap kerana kita tidak perlu menunggu julat mendatat, tetapi ia selalunya isyarat palsu berbanding dengan strategi sebelumnya.
Syarat untuk membuka perdagangan:
Lukiskan tahap sokongan untuk StdDev melalui paras terendahnya. Ambil tempoh 2-3 minggu untuk jangka masa H1.
Buka perdagangan apabila indikator telah melepasi tahap sokongan dan terus berkembang.
Arah perdagangan dikenal pasti seperti berikut: jika separuh wave sebelumnya sedang menuju ke arah bawah, buka posisi beli. Jika separuh wave sebelumnya sedang menuju ke arah atas, buka posisi jual.
Jika julat mendatar mendahului separuh wave sebelumnya, ikuti strategi sebelumnya. Jika wave mempunyai dua dan lebih tinggi, bahagikannya dengan separuh. Jika wave tidak dapat dikenal pasti dengan jelas, tidak simetri, atau permulaan dan penghujungnya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas, abaikan isyarat.
Contoh:
Indikator menyentuh tahap dalam 4 mata. Separuh wave yang terletak sebelum titik 1 sedang meningkat, jadi kita membuka posisi jual pada titik itu. Perkara yang sama berlaku untuk titik 2. Dalam titik 3, terdapat wave dua atas, jadi kita mengira separuhnya dari bawah. Trend adalah menaik, jadi kita membuka posisi jual pada titik itu. Carta mendatar dalam titik 4. Kita tidak membuka perdagangan sehingga candlestick menghala ke arah aliran.
Lebih baik kita mengabaikan isyarat itu atau mencari pengesahannya kerana isyarat sedemikian tidak dapat dipastikan dalam situasi sedemikian. Kita tidak dapat mengenal pasti dengan jelas wave dalam kes pertama, dan wave tidak simetri dalam kes kedua.
Standard deviation tinggi
Terdapat urutan nombor harga tutup lima candlestick terakhir: 4, 5, 3, 4, 6. Dispersion agak kecil. Min aritmetik ialah 4.4. Harga minimum dan maksimum ialah 3 dan 6, iaitu masing-masing 31.8% dan 36.4%. Katakan standard deviation sedemikian adalah situasi biasa yang sepadan dengan julat mendatar untuk alat itu sepanjang tempoh masa itu.
Harga mula meningkat secara perlahan. Terdapat satu lagi urutan tiga candlestick seterusnya: 4, 6, 10, 14, 13. Harga purata kini ialah 9.4. Nilai minimum dan maksimum kini ialah 4 dan 14, iaitu 57.45% dan 48.93%. Dalam kes pertama, harga menyimpang dari min aritmetik sebanyak satu pertiga secara purata; kini harga telah menyimpang sebanyak 50% secara purata.
Volatiliti semakin meningkat. Sekarang mari kita semak bacaan sisihan. Dalam kes pertama, ia adalah:
Dalam senario kedua, ia adalah:
Standard deviation meningkat lebih dari 3 kali ganda di tengah-tengah pertumbuhan harga dan volatiliti. Standard deviation yang tinggi bermakna harga berubah dalam mana-mana arah. Standard deviation yang berkembang dengan setiap candlestick bermakna pasaran sedang bergerak dalam arah aliran trend, dan harga semakin menyimpang daripada nilai puratanya dalam mana-mana arah. Setelah Standard deviation mencapai kemuncaknya, senario berikut kemungkinan terjadi:
Harga bergerak ke julat mendatar. Julat harga kelihatan seperti tiga candlestick ini kemudian: 14, 13, 15, 14, 12. Purata aritmetik berkembang dan SMA bergerak lebih tinggi dalam carta berbanding situasi pertama. Walau bagaimanapun, standard deviation kembali ke tahap 0.5099 sekali lagi. Carta indikator akan memaparkan wave dengan nilai mendatar 0.5099 dan nilai puncak 1.9391.
- Harga bertukar arah trend. Julat harga akan kelihatan seperti tiga candlestick ini kemudian: 14, 13, 8, 5, 7. Nilai indikator SMA akan bersamaan dengan 9.4 dan nilai Indikator Standard Deviation ialah 1.7493, yang boleh dikatakan tahap yang sama walaupun arah aliran trend berubah.
Ia kelihatan seperti berikut:
Persoalannya ialah situasi bagaimana yang sepatutnya dipanggil "standard deviation yang tinggi". Untuk memahami berapa lama arah aliran trend pasaran akan bertahan, kita perlu membandingkan nilai Standard deviation semasa dengan ekstrem visual yang lain.
Garis putus-putus dalam skrin di atas adalah pada tahap purata Standard Deviation. Selalunya, indikator berada di bawah paras itu atau melepasinya untuk masa yang singkat. Oleh itu, nilai yang terletak jauh lebih tinggi daripada tahap itu boleh dianggap tinggi.
Ekstrem berada di titik 1. Julat mendatar bermula apabila garis indikator sedang bertukar arah. Kawasan mendatar ditandakan sebagai segi empat tepat merah dalam tangkapan skrin.
StdDev terus berkembang di titik 2 yang terletak pada tahap yang sama dengan titik 1. Ini bermakna tahap gangguan aliran trend, tetapi mungkin berakhir tidak lama lagi. Garis indikator menukar arah pada titik 3, dan julat mendatar bermula.
Dalam titik 4, dengan nilai puncak StdDev, terdapat pembalikan arah aliran trend. Memandangkan pergerakan menaik tidak sekuat pergerakan menurun sebelumnya, indikator menurun.
Julat mendatar muncul dalam titik 5 dan 6 apabila indikator sedang menukar arah.
Kesimpulan. Standard deviation yang tinggi mungkin bermakna aliran trend menaik atau aliran trend menurun berterusan, tetapi sudah terlambat untuk memasuki pasaran. Nilai puncak standard deviation dan penukaran arah seterusnya bermakna arah aliran trend akan berubah atau bertukar menjadi julat mendatar.
Standard deviation yang rendah
Standard deviation yang rendah bermakna harga kekal pada tahap purata yang dikira dalam tempoh masa tertentu. Ia boleh bermakna yang berikut:
1. Pasaran mendatar. Jumlah pesanan beli dan jual adalah hampir sama, atau jumlah perdagangan tidak cukup besar. Aset itu mengekalkan tahap harga puratanya.
Contoh:
EMA 20, sepadan dengan tempoh 20 StdDev, ditambah ke dalam carta. Garis standard deviation bergerak di bahagian bawah, berhampiran dengan tahap 0.0009. Standard deviation yang rendah sepadan dengan kawasan mendatar, di mana harga bergerak dalam julat perdagangan yang kecil. Sebaik sahaja harga menembusi had bawah julat, standard deviation mula berkembang dan harga mula menyimpang dengan cepat dari SMA.
2. Pergerakan harga semasa adalah lancar. Harga berubah perlahan demi perlahan dengan sisihan kecil dari nilai sebelumnya.
Contoh:
Hasil StdDev boleh dianggapl rendah berbanding dengan nilai puncak dan wave di kawasan berlorek. Namun, segmen itu menunjukkan aliran menurun dengan lancar.
Kesimpulan. Standard deviation yang rendah boleh menunjukkan kawasan mendatar atau aliran trend menaik atau menurun yang lebih lancar.
Perhatian: tempoh masa yang ditetapkan dalam tetapan indikator Forex Standard Deviation adalah penting di sini. Sebagai contoh, sisihan dalam urutan nombor 5, 6, 30 untuk tempoh 3 akan menjadi standard deviation yang agak rendah (4.4759). Sebaliknya, standard deviation dalam urutan nombor 4, 3, 6, 5, 7, 5, 6, 5, 6, 30 untuk tempoh 10 akan menjadi agak tinggi (5.3108.) Semakin panjang julat harga yang stabil dan semakin tajam perubahan harga pada candlestick terakhir, lebih tinggi standard deviation.
Cara bagi penetapan Standard Deviation Indikator
Banyak platform perdagangan asas termasuk indikator ini. Bagi platform LiteFinance, anda boleh memasangnya dengan cara berikut:
1. Buka platform. Klik pada "Untuk pemula" - "Buka akaun demo" dalam bar menu atas di laman web LiteFinance. Anda tidak perlu mendaftar: anda pergi terus ke platform perdagangan.
2. Pilih instrumen perdagangan anda, klik "Perdagangan" pada panel kiri dan buka carta pasangan mata wang yang dipilih.
3. Pilih Standard Deviation pada senarai indikator.
Ia akan tertera di bawah carta harga. Klik pada tanda gear untuk melihat tetapan.
Tetapan umum adalah:
1. Panjang, atau tempoh, — bilangan candlestick yang akan dipertimbangkan untuk pengiraan. Set data lalai ialah dua puluh candlestick terakhir.
Lebih besar tempoh, lebih cepat dan lebih tajam indikator bertindak balas terhadap perubahan harga.
Semakin kecil tempoh, semakin kurang tajam pergerakan indikator.
Itu salah satu perbezaan penting StdDev daripada indikator volatiliti yang lain. Sebagai contoh, SMA menjadi perlahan apabila tempoh meningkat: semakin panjang set, semakin kecil harga terakhir. Dengan StdDev, semuanya adalah sebaliknya.
2. Sumber: harga yang termasuk dalam pengiraan
Tutup - harga candlestick ditutup.
Buka - harga pembukaan candlestick.
Tinggi - nilai tertinggi harga dalam set, ekstrem atas bayang-bayang.
Rendah - nilai terendah harga dalam set, ekstrem bawah bayang-bayang.
Median: harga = (Tinggi + Rendah)/2.
Median HLC: harga = (Tinggi + Rendah + Tutup)/3.
Median HLOC: harga = (Tinggi + Rendah + Buka + Tutup)/4.
3. Ketepatan/kepersisan - beberapa digit selepas titik perpuluhan dalam nilai indikator yang dipaparkan di sebelah kanan pada skala.
Tab "Style" membenarkan memilih warna atau lebar garis indikator atau menukarnya menjadi garis putus-putus.
Indikator diletakkan di bawah garis carta dalam bentuk garisan bergerak ke atas dan ke bawah berbanding sifar dalam julat tanpa had. Semakin tinggi nilai indikator, semakin tinggi volatiliti pasaran.
Jenis harga boleh dibiarkan sebagai Tutup secara umum. Di bawah terdapat carta StdDev yang memaparkan pelbagai jenis harga. Hampir tiada perbezaan dalam lukisan garisan, kecuali indikator yang dibina melalui harga Tutup adalah 1-2 candlestick mendahului yang lain.
Standard Deviation untuk MT4
Tetapan StdDev dalam Mt4 sedikit berbeza daripada yang terdapat dalam profil LiteFinance. Namun, indikator itu disertakan sebagai satu asas dalam MT4. Anda boleh menemuinya di sini: "Masukkan"/"Indikator"/"Trend".
Tetapan:
Perbezaan utama ialah anda boleh menukar jenis MA. Versi asas menggunakan SMA (simple moving average), tetapi anda boleh memilih SMMA (Smoothed Moving Average) atau LWMA (Linear Weighted Moving Average).
Pilihan MA adalah kritikal kerana bentuk garisan dan saiz amplitud akan berbeza. Tidak ada pilihan terbaik. Nasihat: pilih parameter anda berdasarkan situasi pasaran dan aset yang anda berdagang.
Pengubahsuaian dan indikator lain berdasarkan Indikator Standard Deviation Volume:
Juicenew, indikator berdasarkan StdDev. Ia mudah secara visual. Terdapat histogram dengan 2 lajur berwarna dalam warna yang berbeza sebagai ganti garis yang boleh ditafsirkan secara berbeza. Isyarat boleh ditafsirkan dengan jelas, tanpa masa yang boleh dipertikaikan: jika ada isyarat, ada isyarat. Anda boleh memuat turun indikator MT4 ini di sini.
- Bollinger Bands, indikator saluran biasa yang disertakan dalam banyak platform perdagangan. Ia terdiri daripada tiga baris: garis tengah ialah purata bergerak biasa. Garisan yang menandakan sempadan saluran ialah purata bergerak yang dialihkan oleh bilangan standard deviation tertentu (StdDev). Bollinger Bands biasanya dipaparkan pada carta sebagai tindanan grafik yang melengkapkan indikator lain yang membolehkan pedagang menyemak dan meramalkan peluang perdagangan yang berpotensi.
Strategi perdagangan digabungkan dengan Standard Deviation Indicator
Berikut ialah dua strategi perdagangan yang menjadi contoh penggunaan StdDev. Yang pertama menggabungkan StdDev dengan ATR, indikator volatiliti yang lain. Yang kedua adalah perdagangan tahap Fibonacci dan menggunakan StdDev sebagai indikator tambahan.
Standard Deviation dan ATR
ATR digunakan untuk mengukur volatiliti pasaran. Anda boleh membaca mengenainya dalam artikel "Indikator ATR: volatiliti di bawah kawalan pedagang"[1].
Input data:
Pasangan mata wang: GBPUSD.
Jangka masa: H1.
Tetapan: StdDev (20), ATR (20). Tempoh kedua-dua indikator volatiliti mestilah sama.
Strategi ini terdiri dari membuka perdagangan apabila trend berkembang lebih kukuh, disahkan oleh bacaan kedua-dua indikator.
Syarat untuk membuka perdagangan:
ATR melepasi paras sokongannya dari bawah atau bergerak daripadanya ke arah menaik dan terus berkembang.
StdDev melepasi paras sokongannya dari bawah atau bergerak daripadanya ke arah menaik dan terus berkembang.
Pada candlestick mengikut kedua-dua syarat, buka perdagangan dalam arah aliran trend. Letakkan tahap kerugian melepasi ekstrem terdekat.
Pilihan keluar dari pasaran:
Apabila terdapat corak penukaran arah, contohnya pembentukan pin bar.
Apabila satu volatiliti indikator mula menukar arah.
Jangan buka perdagangan jika
salah satu indikator baru sahaja bergerak dari paras sokongan dan satu lagi telah mencapai jarak 50% ke paras rintangan.
Berita ekonomi yang penting dijangka dikeluarkan.
Contoh:
Langkah pertama ialah melukis tahap sokongan untuk kedua-dua indikator. Untuk melakukan itu, kita perlu mengecilkan carta sebanyak mungkin dan melukis garis mendatar melalui tahap di mana indikator paling kerap bertukar arah. Kemudian, tetapkan semula skala dan lanjutkan garisan tahap apabila harga bergerak lebih jauh.
Kedua-dua keadaan diperhatikan dalam perkara 1. StdDev adalah yang pertama memecahkan tahap sokongannya dan naik. Tunggu pengesahan daripada ATR. Sebaik sahaja anda mendapatnya, buka posisi jual. Candlestick yang jatuh mengesahkan arah. Tahap kerugian diletakkan melepasi maksimum terdekat, 2-3 mata dari hujung bayang. Tutup perdagangan apabila ATR bertukar arah. Bar pin yang dibentuk oleh candlestick hijau mengesahkan bahawa keputusan itu betul.
Kedua-dua syarat juga diperhatikan dalam titik 2, tetapi persoalannya ialah bila hendak menutup perdagangan. Berikutan ATR, perdagangan boleh ditutup lebih awal dari masa. Namun, tiada cadangan yang sesuai mengenai keluar pasaran, jadi biarkan keadaan membimbing anda. Perkara yang sama berlaku untuk perkara 4.
Titik 3. Posisi beli boleh dibuka jika isyarat indikator itu bertepatan, tetapi kedua-dua indikator bertukar arah serta-merta. Ini adalah isyarat palsu, jadi jangan tunggu sehingga tahap kerugian dan menutup perdagangan.
Cara guna Standard Deviation dan tahap pembetulan Fibonacci. Contoh parktikal
Strategi ini dipanggil "Tahap Fibonacci dan scalping StdDev". Tahap pembetulan scalping bermakna menangkap arah aliran utama, menunggu pergerakan anjakan ke tahap Fibo dan membuka perdagangan dalam arah aliran dengan tahap keuntungan diletakkan pada tahap seterusnya. Anda boleh semak artikel Apa itu Fibonacci retracement? untuk maklumat lanjut tentang tahap Fibonacci dan alat terbitannya.
Mengenal pasti tahap kemasukkan pasaran boleh menjadi masalah kerana beberapa sebab:
Isyarat adalah pembetulan harga dalam arah aliran trend utama dari tahap 0.382. Walau bagaimanapun, harga mungkin tidak akan mencapainya, setelah menukar arah di dalam kawasan berlorek hijau julat. Adakah kita kemudiannya membuka perdagangan? Atau adakah ia pembetulan di dalam pembetulan?
Selepas mencapai semula dari tahap 0.382, adakah harga akan terus bergerak dalam arah aliran apabila tahap 0.236 telah dicapai? Atau adakah tahap ini akan menjadi kawasan penembusan?
Indikator Standard Deviation akan menjawab persoaalan ini.
Langkah 1 Analisis awal.
Kecilkan carta jangka masa M15 bagi pasangan mata wang GBPUSD dan lukis tahap sokongan bagi tempoh 20 untuk StdDev. Tahap dilukis melalui minimum visual. Letakkan grid Fibonacci ke arah aliran menaik. Letakkan SMA (25) ke dalam carta juga.
Langkah 2 Analisis situasi semasa, cari mata pembukaan prospektif.
Setelah mencapai maksimum, harga mendatar: garis harga bergerak ke bawah ke tahap pembetulan pertama dan menyentuhnya dua kali. Walau bagaimanapun, pembetulan adalah lemah: StdDev bergerak secara mendatar sepanjang tahap sokongannya menghampiri sifar.
Dua senario berkemungkinan di sini:
Harga akan menembusi tahap pembetulan 0.236 dan bergerak ke bawah. Pembetulan berakhir pada tahap 0.382 akan menjadi isyarat untuk membuka perdagangan.
Harga akan bergerak dari tahap 0.236 dan bergerak ke atas untuk menetapkan maksimum baharu.
Indikator forex standard deviation akan membayangkan titik permulaan arah aliran.
Langkah 3 Membuka perdagangan.
Situasi kemudiannya berkembang seperti berikut: pembetulan tidak menembusi tahap utama 0.236 dan menurun. StdDev kemudian mula berkembang, tetapi adalah salah untuk membuka posisi jual berdasarkan isyarat itu kerana
StdDev tidak menunjukkan arah aliran trend. Pertumbuhan aktiviti pedagang hanya bermakna harga berada di luar julat mendatar, tetapi ia boleh bertukar arah pada bila-bila masa.
Tahap pembetulan Fibonacci adalah indikator utama, dan isyaratnya adalah yang utama.
Pembetulan berakhir sebelum tahap 0.382 dan harga bertular arah ke atas. StdDev berkembang. Satu perdagangan dibuka.
Mengikut senario konservatif, perdagangan ditutup apabila harga telah mencapai tahap Fibonacci yang paling hampir. Dalam kes kami, ia adalah tahap 0.236. Keuntungan melebihi 7 dolar dalam masa 30 minit sahaja.
Soalan Lazim mengenai standard deviation
Standard deviation ialah indikator analisis teknikal yang menilai jumlah kebolehubahan yang berkaitan dengan pergerakan harga. Ia sering digunakan untuk mengukur julat jangkaan pergerakan harga dalam tempoh masa tertentu, dan menilai tahap risiko yang berkaitan dengan mana-mana pelaburan tertentu. Dalam Forex, Standard Deviation ialah indikator kebolehubahan. Bacaan sisihan piawai yang tinggi bermakna volatiliti yang tinggi manakala bacaan sisihan piawai rendah mengambarkan volatiliti yang rendah dan risiko yang lebih rendah. Instrumen ini membolehkan untuk mengenal pasti titik permulaan dan kekuatan arah aliran trend, tetapi ia tidak menunjukkan arahnya. Untuk mengira standard deviation, kuasa duakan perbezaan antara setiap titik data dan purata puratanya, kemudian tambah semua nilai tersebut dan ambil punca kuasa dua daripada jumlah tersebut.
Ia digunakan sebagai alat tambahan yang digabungkan dengan indikator arah aliran trend dan/atau oscillator pada jangka masa M30-H1 dan lebih besar. Ini adalah isyarat untuk membuka perdagangan:
- Pasaran mendatar. Harga adalah dalam julat perdagangan yang kecil. Rintangan dan garis sokongan adalah mendatar.
- Harga menembusi tahap rintangan atau tahap sokongan dan ditutup di luar julat mendatar. StdDev mula berkembang mengikut arah atau candlestick seterusnya.
- Buka perdagangan pada candlestick yang mengikuti isyarat.
- Standard Deviation bertukar arah ke bawah.
- Warna candlestick bertentangan keluar dalam carta.
Langkah demi langkah pengiraan algorithm:
- Kirakan min aritmetik bagi harga dalam set itu. Ia akan sama dengan nombor Simple Moving Average.
- Tolak min aritmetik dari setiap nilai harga.
- Kuasa dua setiap hasil dan tambahkannya. Bahagikan nilai akhir dengan bilangan ahli dalam set, iaitu bilangan candlestick.
- Ekstrak punca kuasa dua hasilnya.
Indikator paling kerap digabungkan dengan strategi trend Forex. Anda boleh menggunakan StdDev apabila pasaran mendatar untuk mengenal pasti pergerakan aliran trend yang kukuh. Setelah sisihan harga dari nilai puratanya meningkat dan harga berada di luar julat mendatar, buka perdagangan.
Penukaran arah StdDev pada kemuncaknya mungkin menunjukkan penurunan dalam aktiviti pedagang. Ia adalah isyarat untuk menutup perdagangan. Untuk memahami sama ada standard deviation ialah instrumen perdagangan yang berkesan untuk portfolio anda, adalah penting untuk menyelaraskan ciri utamanya dengan objektif melabur dan gaya perdagangan anda.
Harga telah menyimpang sebanyak mungkin dari paras puratanya dalam tempoh tertentu. Jarak antara harga baharu dan purata bergerak adalah sangat tinggi. Ia boleh menunjukkan bahawa pedagang akan menjadi tidak berminat tidak lama lagi. Harga kemudiannya boleh kembali ke paras puratanya atau mendatar, sekali gus mengemas kini nilai purata.
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.




































































