Perdagangan semestinya melibatkan risiko tertentu. Di era digital hari ini, transaksi dilakukan pada kelajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan peningkatan faktor risiko. Salah satu pasaran yang paling aktif didagangkan pada masa kini ialah Forex (Foreign Exchange), dengan jumlah dagangan harian sebanyak $6.6 trilion. Walaupun menawarkan peluang yang menguntungkan, pasaran ini melibatkan risiko yang besar. Panduan kami ini bertujuan untuk memberikan penerangan menyeluruh tentang pengurusan risiko bagi Forex, menekankan kepentingannya, menjelaskan kaedah untuk mengukur risiko dagangan, dan menggariskan strategi yang membolehkan seseorang mengoptimumkan ‘risk reward ratio’. Dengan melaksanakan strategi ini, para pedagang dapat mengurangkan kerugian dan menjadi pedagang yang lebih baik dengan meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam perdagangan Forex.
Artikel ini merangkumi subjek berikut:
Apa itu psikologi perdagangan?
Untuk meningkatkan psikologi dagangan seseorang, ia adalah satu usaha yang mencabar namun penting bagi mana-mana pedagang yang ingin meningkatkan pendekatan dagangan dan keuntungan keseluruhan. Berikut ialah beberapa cara yang boleh membantu pedagang untuk meningkatkan psikologi dagangan dengan jayanya:
- Kesedaran diri: Menyedari keadaan psikologi anda sebelum, semasa dan selepas berdagang adalah penting. Ambil masa untuk mengamati pemikiran dan emosi anda, kerana ia boleh membantu mengenal pasti corak atau pencetus yang memberi kesan kepada psikologi dagangan anda.
- Disiplin: Salah satu aspek yang paling penting dalam psikologi perdagangan yang berjaya, ialah disiplin. Menetapkan satu set peraturan dan garis panduan yang mengawal perdagangan anda dan dengan mematuhinya boleh membantu dalam mengelakkan perdagangan yang impulsif atau dipengaruhi secara emosi.
- Pengurusan risiko: Pengurusan risiko yang betul adalah penting untuk mengehadkan kesan kerugian terhadap psikologi anda. Menetapkan paras stop-loss dan mengagihkan modal anda dengan bijak boleh membantu mengurangkan kesan emosi negatif dalam perdagangan.
- Pendidikan: Meningkatkan kecekapan seseorang dalam perdagangan boleh membantu dalam membina keyakinan dan mengurangkan kesan emosi negatif para pedagang seperti takut atau tamak. Pembelajaran berterusan dan sentiasa mengikuti trend dan berita pasaran boleh membantu dalam meningkatkan psikologi dagangan.
- Teknik kesedaran: Mengamalkan teknik kesedaran seperti meditasi atau visualisasi boleh membantu dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan serta membantu dalam meningkatkan peraturan emosi.
Apakah yang mempengaruhi psikologi perdagangan?
Sudah tentu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi psikologi perdagangan, tetapi sekarang kita akan melihat faktor yang paling asas.
Takut
Ketakutan adalah tindak balas semula jadi apabila kita sedar bahawa ia sesuatu yang berisiko, dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dalam dunia perdagangan - berita buruk, perdagangan yang tidak menguntungkan, takut kehilangan modal pelaburan. Pedagang cenderung untuk bertindak keterlaluan dan mencairkan aset mereka kerana takut, tetapi psikologi dagangan yang kukuh tidak dipengaruhi olehnya. Penyelesaiannya adalah dengan pedagang memahami ketakutan mereka, mengenal pasti masalah, dan memberi tumpuan agar tidak dihalang oleh ketakutan kehilangan wang dan fokuslah untuk membuat keuntungan.
Tamak
Ketamakan timbul apabila anda mendambakan keuntungan yang berlebihan. Pasaran saham tidak memberikan kekayaan semalaman, dan membiarkan tamak mengambil alih boleh merosakkan siri kemenangan. Untuk melindungi diri anda, tetapkan tahap keuntungan yang telah ditentukan sebelum memasuki perdagangan. Psikologi perdagangan yang baik melibatkan kepuasan dengan pendapatan dan mengelakkan keuntungan yang tidak rasional.
‘Bias’
‘Bias’ mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku dan strategi perdagangan pedagang. Jika pedagang mempunyai kecenderungan atau berat sebelah terhadap saham pasaran tertentu, ia berpotensi menjejaskan pertimbangan mereka dan membawa kepada keputusan impulsif. Dalam kes sedemikian, pedagang dengan dagangan ‘bias’ mungkin menentang trend pasaran, mengekalkan posisi rugi terlalu lama, atau hanya mengetepikan maklumat pasaran kritikal. Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan sedemikian, adalah penting untuk menyedari kecenderungan diri sendiri dan berusaha untuk membuat keputusan yang rasional dan berdasarkan data.
Keputusan melulu
Keputusan melulu atau tergesa-gesa tanpa analisis atau pertimbangan yang sewajarnya terhadap trend pasaran dan maklumat penting boleh membawa kepada perdagangan impulsif dan kerugian. Sesetengah pedagang sering membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa penilaian yang sewajarnya, yang mungkin membawa kepada pilihan perdagangan yang tidak rasional yang tidak sejajar dengan matlamat mereka. Untuk mencegah kejadian yang tidak diingini, pedagang harus menunjukkan kawalan diri, kekal tenang dan mencipta strategi dagangan yang merangkumi pendekatan aktif dan logik.
Menafikan kesilapan diri sendiri
Adalah lebih baik untuk mengakui kesilapan anda dengan segera, daripada menutup mata dan terus membuat beberapa siri dagangan yang tidak berjaya. Anda boleh menyesuaikan strategi dagangan anda berdasarkan kesilapan yang telah anda lakukan. Rintangan sedemikian, seterusnya, menjejaskan keupayaan membuat keputusan yang baik dan menghalang peluang pedagang untuk mencapai kejayaan perdagangan. Untuk mengurangkan perkara ini, adalah penting bagi pedagang untuk merenung perdagangan masa lalu mereka, mengenal pasti kesilapan dan mengambil langkah pembetulan untuk memperbaiki strategi dagangan mereka. Keupayaan untuk belajar dan menyesuaikan diri adalah penting untuk strategi perdagangan yang berjaya.
Ketidakupayaan untuk mengakui kerugian
Pedagang yang menghadapi kesukaran menerima kerugian perdagangan mungkin akan mengekalkan posisi rugi untuk masa yang terlalu lama dengan harapan berlaku ‘reversal’. Penafian ini selalunya membawa kepada kerugian yang lebih besar, dan berpotensi mempengaruhi keadaan kewangan dan kesejahteraan emosi pedagang. Di samping itu, kegagalan untuk mengakui kerugian boleh menyebabkan pedagang menjadi terlalu optimistik tentang dagangan atau posisi yang rugi dan akibatnya, membuat keputusan yang boleh menghalang kemajuan mereka untuk mencapai matlamat mereka. Untuk mengelakkan halangan sedemikian, pedagang perlu bertanggungjawab terhadap keputusan mereka, belajar untuk melepaskan dagangan yang rugi, dan mewujudkan pelan tindakan yang jelas untuk posisi mereka.
7 petua untuk mengelakkan dagangan beremosi
Seperti yang telah anda fahami, emosi boleh sangat mengganggu proses membuat keputusan dalam perdagangan. Tetapi perdagangan emosi boleh dielakkan jika anda mengikuti tips ini:
Ambil ujian personaliti
Introspeksi adalah bahagian penting dalam membina strategi perdagangan yang berjaya. Dengan introspeksi, anda memahami kekuatan dan kelemahan karakter anda, kesedaran terhadap prejudis anda. Anda perlu jujur dengan diri sendiri dan tahu bagaimana anda bertindak balas terhadap kemenangan dan kekalahan.
Semua ini perlu untuk menyesuaikan strategi dan portfolio anda kepada ciri-ciri personaliti anda sendiri. Sebagai contoh, jika anda tahu bahawa anda seorang yang cemas dan di bawah pengaruh emosi anda boleh mula membuat keputusan yang salah, maka adalah lebih baik untuk membuat pelaburan dan spekulasi yang kurang berisiko dan lebih stabil.
Bangunkan pelan dagangan dan ikutinya
Langkah seterusnya ialah pelan yang jelas yang akan mengambil kira ciri-ciri psikologi anda, prejudis, keperluan, peluang, alat dagangan yang tersedia, matlamat, ‘risk-reward ratio’. Anda juga boleh memperuntukkan jumlah masa tertentu untuk berdagang setiap hari. Seterusnya, anda perlu menjaga disiplin diri dan mengikut rancangan anda.
Berdisiplin
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, disiplin adalah penting untuk mencapai kejayaan. Walaupun dengan rancangan yang sangat cekap dan tepat, kegagalan untuk mengekalkan disiplin boleh menjadikannya tidak berguna. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membangunkan kualiti ini dalam diri anda.
Mengendalikan kemenangan dan kekalahan dengan sewajarnya
Cara anda memahami kemenangan (untung) dan kekalahan (rugi) boleh menjejaskan keseluruhan pengalaman perdagangan anda.
Jika anda mengalami kerugian
Dalam perdagangan, adalah lebih baik untuk berhenti seketika selepas mengalami kerugian daripada tergesa-gesa membuka posisi baru. Pedagang yang berjaya dan mahir akan menggunakan kerugian untuk berkembang dan berehat dari akaun mereka untuk muhasabah diri. Mereka menganalisis kesilapan dan mengawal emosi mereka sendiri, sebelum membuat perdagangan seterusnya.
Jika anda mendapat keuntungan
Sama pentingnya untuk menjaga minda yang waras ketika portfolio anda berkembang dan keuntungan meningkat. Rentetan kemenangan atau keuntungan yang sangat besar mungkin membuatkan anda berasa tidak dapat dikalahkan, menyebabkan anda tergesa-gesa membuka posisi baru dalam usaha untuk menggandakan pencapaian anda sebelum ini. Anda juga mungkin memulakan pelbagai posisi baru dengan kepercayaan bahawa semuanya akan berjaya, semata-mata kerana hari ini adalah "hari" anda di pasaran. Ini boleh membawa anda mengambil risiko yang tidak perlu atau tergesa-gesa membuat perdagangan baharu untuk mempelbagaikan portfolio anda tanpa menganalisis dengan betul setiap pasaran yang berkaitan.
Amalan bersabar
Dalam keadaan panas, mudah untuk bertindak secara impulsif terhadap emosi seperti ketakutan, yang boleh menyebabkan anda terlepas peluang keuntungan dengan menutup posisi terlalu awal. Oleh itu, adalah penting untuk mempercayai analisis anda dan kekal tenang serta berdisiplin. Begitu juga, apabila mempertimbangkan untuk memasuki perdagangan, adalah bijak untuk menunggu peluang yang sempurna daripada terburu-buru ke pasaran tanpa merencanakan dengan baik. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk membuat spekulasi dalam pasangan mata wang GBP seperti EUR/GBP atau GBP/USD, anda dinasihatkan untuk menunggu selepas pengumuman BoE, kerana biasanya terdapat peningkatan volatility dalam tempoh ini.
Jangan tergesa-gesa untuk mempelbagaikan portfolio anda
Adalah penting untuk sentiasa kemaskini tentang berita dan acara pasaran, tetapi jangan membuka terlalu banyak posisi sekaligus. Membina portfolio yang pelbagai memerlukan usaha dan perhatian. Bagi trader pemula, ini boleh menjadi terlalu sukar. Walau bagaimanapun, kepelbagaian portfolio boleh memberikan pendedahan kepada pergerakan pasaran yang positif. Tambah aset secara beransur-ansur dan tingkatkan kompleksiti perdagangan langkah demi langkah.
Fahami apa itu leverage
Leverage adalah alat yang disediakan oleh broker untuk membuka posisi. Wang yang anda laburkan akan menjadi lindung nilai (hedge), dan kebaikannya anda akan mendapat akses kepada pasaran yang sama dengan jumlah dana yang dilaburkan.
Leverage perlu dikaji sebelum menggunakannya kerana peluang yang diberikannya kelihatan sangat menarik, tetapi usah lupa akan risikonya.
Simpan log dagangan
Jurnal perdagangan akan membantu anda bukan sahaja mengatur tindakan anda, tetapi juga mengenal pasti kelemahan dan kelebihan amalan aktiviti dan strategi perdagangan anda, selepas beberapa ketika anda akan dapat melihat jurnal ini dan menilai kebolehan anda. Anda boleh mencatat dagangan, matlamat, pemikiran dan andaian anda mengenai sebarang spekulasi kewangan.
Beradaptasi
Peristiwa pasaran tidak dapat diramal. Tidak ada strategi yang akan menang secara konsisten. Oleh itu, perlu untuk beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan pasaran. Kadangkala anda perlu menukar strategi biasa anda untuk mendapat manfaat daripada situasi semasa. Psikologi pasaran saham tidak akan menyesuaikan diri dengan anda, jadi adalah penting untuk menjadi fleksibel dalam membuat keputusan perdagangan.
Kesimpulan
Ramai percaya bahawa perdagangan di bursa saham adalah tugas yang rumit dan kejayaan adalah sebahagian besarnya ditentukan oleh kecerdasan kewangan seseorang. Walau bagaimanapun, adalah sama pentingnya untuk mempunyai psikologi dagangan yang kukuh dan keupayaan untuk mengurus emosi. Jika seseorang memiliki psikologi perdagangan yang kuat didorong oleh emosi seperti takut, tamak, tidak mengiktiraf kesilapannya sendiri, maka kerjaya perdagangannya akan penuh dengan kesukaran. Oleh itu, menguasai seni mengawal emosi boleh meningkatkan psikologi perdagangan seseorang.
Soalan Lazim Mengenai Psikologi Dagangan
Pengurusan risiko Forex ialah satu set tindakan, tabiat dan pengetahuan perdagangan, yang membolehkan anda mengurangkan kerugian dan meningkatkan ‘risk-reward ratio’. Disiplin dan kemahiran dagangan fundamental ini membolehkan anda mengurangkan volatility pasaran yang tinggi dan mencapai keuntungan yang konsisten. Anda perlu memahami asas pengurusan risiko Forex dan undang-undang lokal perdagangan Forex kerana ia boleh membantu meminimalkan kerugian dan mengenal pasti peluang dagangan yang lebih baik dengan pasangan mata wang.
Pedagang yang berpengalaman mengesyorkan untuk mengehadkan risiko kepada maksimum 1% setiap dagangan dengan menggunakan pesanan stop loss dan alatan kewangan lain. Maksudnya jika portfolio anda mempunyai nilai $10,000, maka risikonya tidak boleh melebihi $100. Jika peratusan risiko adalah lebih tinggi, anda mungkin akan hilang semuanya selepas beberapa siri kerugian yang juga meningkat. Untuk mengurangkan risiko dagangan Forex dan meningkatkan ‘risk-reward ratio’, adalah dinasihatkan untuk membuka pesanan stop loss, menggunakan leverage yang lebih rendah, mengkaji sistem perundangan, dan merumuskan strategi pengurusan risiko yang kukuh selaras dengan gaya dagangan, kedudukan kewangan dan objektif anda.
Memulakan dagangan Forex bergantung kepada objektif pelaburan individu dan kemampuan kewangan. Akaun dagangan standard memerlukan $1000 untuk dibuka dengan leverage 100:1, manakala akaun dagangan mini boleh dibuka dengan serendah $250 dengan leverage sehingga 400:1. Walau bagaimanapun, penggunaan leverage harus dilakukan dengan berhati-hati dan memerlukan pelan pengurusan risiko yang kukuh.
Isyarat Forex membimbing pedagang untuk menjalankan perdagangan yang berjaya, bermanfaat untuk kedua-dua pelabur pemula dan pelabur berpengalaman. Pemula dapat memperoleh pengalaman perdagangan, manakala trader berpengalaman melaksanakannya sebagai strategi pengurusan risiko. Walau bagaimanapun, mencari penyedia isyarat Forex yang boleh dipercayai adalah satu cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan pedagang disebabkan oleh penipuan yang semakin meningkat.
Pasaran menawarkan peluang yang luas untuk menjana wang, dengan pelbagai sumber pendidikan yang tersedia termasuk artikel, video, webinar dan kursus. Sumber-sumber ini menyediakan maklumat tentang perdagangan dalam Forex dan mengurus risiko.
Risiko dagangan forex termasuk risiko pasaran, kecairan, leverage, kadar faedah, risiko negara dan risiko kebangkrapan. Ia timbul daripada analisis, Force Majeure, dan kesilapan manusia. Untuk mengurangkannya dan meningkatkan kejayaan, pelabur memerlukan strategi dan pelan pengurusan risiko yang kukuh.

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.














