Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang candlestick Marubozu Jepun dan signal yang diberikannya kepada pembeli dan penjual.

Berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud 'botak,' candlestick ini tidak mempunyai sumbu, memberikan gambaran jelas tentang momentum pasaran.

Corak ini serupa dengan candlestick Jepun lain seperti bullish atau bearish counterattack belt hold. Kesemuanya mempunyai badan sebenar yang besar dengan bayang yang pendek atau tiada.

Selepas membaca artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti corak ini pada carta dan menggunakannya dalam perdagangan.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Apa Itu Marubozu Candle?

Corak Marubozu ialah candle panjang dengan badan yang besar, tanpa bayang (shadow) atau shadow sangat pendek. Terdapat tiga jenis candlestick Marubozu pada carta harga:

  1. Marubozu open candle mempunyai badan penuh tanpa shadow di bahagian harga buka dan shadow kecil di bahagian harga tutup.
  2. Marubozu close candle tidak mempunyai shadow di bahagian harga tutup tetapi mempunyai sumbu (wick) kecil di bahagian harga buka.
  3. Marubozu full candle hanya mempunyai badan tanpa sebarang bayang.

LiteFinance: Apa Itu Marubozu Candle?

Cara Mengenalpasti Corak Candlestick Marubozu

Mengenal pasti corak candlestick Marubozu pada carta adalah mudah tetapi penting bagi setiap pedagang. Corak ini dikenali melalui badan candlestick yang panjang dan kukuh dengan sedikit atau tiada bayang, menandakan sesi dagangan yang kuat. Untuk mengenal pasti corak Marubozu, fokus pada harga buka dan tutup candlestick. Marubozu terbentuk apabila harga ini sangat hampir dengan sesi harga tertinggi atau terendah , menunjukkan arah pasaran yang dominan tanpa retracement yang ketara.

Julat candle adalah satu lagi aspek penting. Semakin panjang badan candlestick, semakin kuat tekanan belian atau tekanan jualan dalam tempoh tersebut. Trader sering menggunakan indikator teknikal untuk mengesahkan kekuatan dan potensi impak corak ini. Corak candlestick Marubozu menandakan sentimen pasaran yang kukuh, sama ada bullish atau bearish, dan memahaminya boleh menjadi faktor penting dalam memperhalusi strategi dagangan anda.

LiteFinance: Cara Mengenalpasti Corak Candlestick Marubozu

Bullish Marubozu

Bullish Marubozu ialah candlestick putih (atau hijau) dengan badan besar yang tidak mempunyai bayang atau hanya bayang kecil.

Kemunculan corak ini pada carta harga bermakna pembeli mneguasai pasaran, dan trend menaik mungkin berterusan. Candlestick ini juga dipanggil candlestick Marubozu putih.

LiteFinance: Bullish Marubozu

Bearish Marubozu

Bearish candlestick adalah serupa dengan bullish Marubozu. Ia mempunyai badan panjang yang sama dan tiada bayang-bayang. Satu-satunya perbezaan ialah warna candlestick. Ia boleh berwarna merah atau hitam.

Trader berpengalaman memanggil corak ini candlestick Marubozu hitam. Ia menunjukkan kesinambungan trend menurun.

LiteFinance: Bearish Marubozu

Opening Marubozu Candle

LiteFinance: Opening Marubozu Candle

Opening Marubozu candle ialah corak yang unik dan bermakna dalam dunia perdagangan, mendedahkan pergerakan pasaran yang signifikan sejak permulaan sesi perdagangan. Dicirikan oleh harga pembukaannya sebagai paras terendah (untuk bullish) atau tertinggi (untuk bearish) dalam sesi tersebut, candlestick ini menunjukkan trend yang kuat dari awal lagi.

Intipati corak Opening Marubozu terletak pada keupayaannya untuk menangkap saat-saat apabila harga melonjak tajam dalam satu arah semasa sesi dibuka. Ini sering menjadi tanda jelas sentimen pasaran yang kukuh dan tegas. Walaupun corak ini jarang berlaku, kemunculannya adalah isyarat yang jelas kepada trader, menunjukkan momentum yang kuat yang boleh menentukan arah keseluruhan sesi perdagangan.

Mengenal pasti Opening Marubozu memberi trader gambaran awal tentang arah pasaran yang berpotensi, yang sangat penting untuk membuat keputusan tepat dalam persekitaran perdagangan yang pantas.

Closing Marubozu Candle

LiteFinance: Closing Marubozu Candle

Corak Closing Marubozu dicirikan oleh harga penutupannya sebagai paras tertinggi (untuk bullish) atau terendah (untuk bearish) dalam sesi, menandakan sentimen kukuh yang berterusan sehingga ke penutupan. Ciri khasnya ialah ketiadaan sumbu (wick) di hujung penutupan, yang menonjolkan keteguhan sesuatu trend sepanjang sesi dagangan.

Closing Marubozu, terutamanya selepas trend yang berpanjangan, boleh menunjukkan arah pasaean masa hadapan, sama ada meneruskan trend sedia ada atau memberi signal kemungkinan pembalikan trend.

Dapatkan akses kepada akaun demo pada platform Forex yang mudah digunakan tanpa pendaftaran

Pergi ke Akaun Demo

Pengesahan Corak Candlestick Marubozu

Sebagai peraturan, "Marubozu brothers" terbentuk pada trading volume yang meningkat. Oleh itu, untuk mengenal pasti Marubozu, tambahkan indikator volume, MA Cross, dan MACD pada carta.

Persilangan zon sifar oleh MACD dan moving average berfungsi sebagai pengesahan tambahan candlestick Marubozu. Oleh itu, adalah menguntungkan untuk membuka perdagangan beli atau jual pada persilangan indikator ini.

Corak candlestick pembalikan yang lebih kuat lain, seperti bullish hammer, hanging man, inverted hammer, dan lain-lain, boleh berfungsi sebagai pengesahan tambahan kemunculan candlestick Marubozu di bahagian bawah atau di bahagian atas.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara membaca carta candlestick dalam artikel ini.

LiteFinance: Pengesahan Corak Candlestick Marubozu

Patutkah Anda Mempercayai Corak Marubozu?

Terdapat banyak alat untuk analisis pasaran teknikal, termasuk corak candlestick. Walau bagaimanapun, anda tidak seharusnya mempercayai sepenuhnya corak dan indikator, kerana ia hanya memberi petunjuk tentang kemungkinan hasil tetapi ia bukanlah suatu jaminan.

Tips untuk trading menggunakan candlestick chart, termasuk Corak Marubozu:

  • Jangan trade menentang trend; buka trades mengikut arah pergerakannya;
  • Tetapkan stop losses dan patuhi peraturan pengurusan risiko dengan risk-reward ratio 1:3;
  • Lakukan trade pada corak candlestick yang dimasukkan pada paras tertentu;
  • kaji keunikan instrumen dagangan, kerana sesetengahnya mungkin mengabaikan paras tersebut.

Cara Trade Corak Candlestick Marubozu

Prinsip untuk trading menggunakan Marubozu candlesticks dan corak candlestick yang lain adalah sama. Mari kita ambil USCrude sebagai contoh.

Chart 15-minit menunjukkan pembentukan corak bullish Marubozu sebagai sebahagian daripada corak morning star reversal. Sebelum itu, corak hammer reversal telah terbentuk, yang memberi amaran kepada trader bahawa prices bersedia untuk meningkat dan aset tersebut telah mencapai harga terendah terdekat (local bottom).

Kombinasi corak ini bertindak sebagai signal pertama untuk bulls. Kemudian, satu lagi closed Marubozu candle terbentuk. Pada ketika ini, menurut indikator teknikal MACD, terdapat persilangan menaik pada garis sifar. Faktor ini akhirnya mengesahkan trend menaik tersebut.

Selepas analisis yang teliti, saya memutuskan untuk membuka dagangan belian minimum sebanyak 0.01 lots. Stop-loss telah ditetapkan pada 115.320. Beberapa ketika kemudian, trade tersebut ditutup secara intraday dengan profit sebanyak $12.41.

LiteFinance: Cara Trade Corak Candlestick Marubozu

Cara Trade Bullish Marubozu

Algorithm untuk trading bullish white Marubozu:

  • Cari candle bullish Marubozu dalam zon harga terendah selepas trend menurun, atau ketika trend menaik apabila paras resistance berjaya ditembusi (breakout);
  • Masukkan posisi belian selepas koreksi menurun jangka pendek atau semasa price terus meningkat melepasi harga maksimum candle Marubozu;
  • Tetapkan stop loss di bawah harga minimum corak candle Marubozu;
  • Letakkan pesanan take profit pada paras resistance kukuh yang terdekat, sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku reversal harga.

LiteFinance: Cara Trade Bullish Marubozu

Apabila corak bullish Marubozu terbentuk pada carta saham harian atau carta 4-jam, trader boleh memasuki posisi belian sebaik sahaja candle seterusnya dibuka (next candle open), dengan menetapkan stop di bawah paras terendah badan candle Marubozu. Ketiadaan upper wick menunjukkan aktiviti profit-taking yang minimum semasa pergerakan menaik, menandakan kemungkinan penerusan trend. Teruskan mengambil peluang daripada pergerakan menaik selagi candles berikutnya ditutup berhampiran paras tertinggi masing-masing, dengan wicks atas yang kecil atau tiada langsung.

Bagaimana Cara untuk Trade Marubozu Bearish

Algoritma untuk trade corak bearish candle adalah bertentangan dengan corak bullish harga Marubozu:

  • corak terbentuk dalam trend bullish selepas mencapai paras resistance yang kukuh dalam zon harga tertinggi, atau dalam trend menurun apabila paras support ditembusi;
  • dagangan short boleh dibuka selepas koreksi menaik jangka pendek atau di bawah paras terendah corak candlestick;
  • tetapkan stop loss tepat di atas paras tertinggi candlestick bearish Marubozu;
  • take profit apabila paras support dicapai atau apabila tanda-tanda reversal muncul.

LiteFinance: Bagaimana Cara untuk Trade Marubozu Bearish

Gunakan timeframe carta seperti carta setiap jam atau carta 4 jam untuk mengesahkan kemunculan sentimen bearish dalam sesi dagangan. Kekurangan lower wick menunjukkan pembelian semasa penurunan adalah minimum, menandakan kemungkinan penerusan lebih rendah daripada harga buka dan harga tutup.

Isyarat Marubozu dan cara menetapkan stop-loss

Belian atau jualan trading dibuka setelah corak candle Marubozu disahkan oleh indikator teknikal atau corak candlestick yang lain.

Apabila bearish Marubozu muncul, tetapkan stop loss sedikit di atas paras tertinggi candlestick merah yang panjang. Jika bullish Marubozu muncul dalam carta, tetapkan stop loss tepat di bawah paras terendah candle hijau.

LiteFinance: Isyarat Marubozu dan cara menetapkan stop-loss

Contoh Corak

Terdapat tiga jenis candle Marubozu yang berbeza. Corak ini muncul dalam mana-mana pasaran kewangan, seperti sekuriti, mata wang, mata wang kripto, dan pasaran komoditi.

Di bawah adalah contoh corak Marubozu pada carta saham Apple. Selepas kemunculan black open bozu, salah satu jenis corak Marubozu, aset tersebut menurun dengan cepat, mengatasi paras support lokal dan membentuk corak black Marubozu yang lain.

Bearish open Marubozu candle menunjukkan tekanan kuat oleh penjual pada price dari atas. Akibatnya, aset menurun, di mana stop loss “bull” dicetuskan. Ini menjadikan “bear” lebih kuat.

LiteFinance: Contoh Corak

Corak bullish Marubozu pada carta BTCUSD ditunjukkan di bawah.

Carta harian menunjukkan bahawa aset terus meningkat selepas corak tutup bullish Marubozu muncul. Corak long white Marubozu closing yang panjang memberi amaran kepada trader tentang kenaikan harga bullish yang akan datang.

LiteFinance: Contoh Corak

Marubozu dan Corak Engulfing

Corak Marubozu dan ecorak engulfing adalah dua daripada pembentukan carta candlestick yang paling popular digunakan dalam analisis teknikal pasaran kewangan. Corak Japanese candlestick ini boleh mengenal pasti potensi trend reversal dan signal penerusan untuk trader.

Perbezaan utama antara corak candle Marubozu dan corak engulfing adalah struktur candle:

  • Marubozu adalah corak candlestick tunggal;
  • Corak engulfing terdiri daripada dua candle, di mana candle kedua “menelan” yang sebelumnya;
  • Engulfing candle boleh menjadi paras tertinggi atau terendah, kerana perkara yang paling penting adalah engulfing body candle pertama;
  • selepas kemunculan Marubozu dalam carta, price memulakan tekanan menurun atau menaik yang besar, dengan hampir tiada koreksi;
  • body candle Marubozu lebih besar daripada body engulfing candle.

Untuk kedua-dua corak, shadow tidak begitu penting. Walau bagaimanapun, corak Marubozu dan corak engulfing klasik tidak mempunyai shadow sama sekali. Ini menunjukkan keunggulan salah satu pihak dagangan, yang membawa kepada pembalikan harga ke atas atau ke bawah.

LiteFinance: Marubozu dan Corak Engulfing

Limitasi Corak Candlestick Marubozu

Walaupun corak candlestick Marubozu bullish dan bearish boleh memberikan isyarat dagangan yang berguna, traders harus sedar akan beberapa keterbatasan utama.

  • Kekurangan maklumat. Body candle yang panjang secara visual menunjukkan keyakinan yang kukuh, tetapi kekurangan wick bermakna terdapat sedikit maklumat tambahan tentang harga untuk mengesahkan pergerakan tersebut. Oleh itu, walaupun mencadangkan momentum, candle Marubozu sahaja mungkin tidak dapat menggambarkan keadaan pasaran sebenar yang lebih terperinci.
  • Isyarat palsu. Rangkaian Marubozu candles boleh terbentuk dalam persekitaran trading yang tidak menentu, menghasilkan isyarat palsu. Oleh itu, traders harus menggunakan indikator lain seperti volume dan oscillators untuk mengesahkan kebolehpercayaan signal candle Marubozu pada carta saham setiap jam atau harian.
  • Pengenalpastian corak secara retrospektif. Corak candle Marubozu memberikan maklumat berguna hanya selepas candle ditutup. Trader hanya boleh mengenal pasti corak pada akhir tempoh dagangan. Oleh itu, aplikasi trading masa nyata (real-time trading) bagi pembentukan ini mungkin terhad berbanding corak yang terbentuk di mid-candle.
  • Mencadangkan tetapi tidak muktamad. Walaupun secara visual mewakili momentum, Marubozu candle sahaja mungkin tidak dapat sepenuhnya menggambarkan keadaan pasaran sebenar yang lebih kompleks pada titik perubahan.

Menggunakan analisis yang berhemat di sekitar price action dan timing tetap penting untuk mengambil kira keterbatasan ini.

Kesimpulan

Harus ditekankan bahawa Marubozu bullish dan bearish adalah corak pembalikan dalam analisis candlestick yang muncul dalam pelbagai financial markets dan time frames.

Selain itu, corak Marubozu menandakan peningkatan aktiviti peserta pasaran, sementara peningkatan market volatility memberikan peluang untuk membuka trades yang menguntungkan.

Ringkasnya, corak candlestick Marubozu boleh menjadi pembentukan visual yang mudah namun berkuasa untuk memandu keputusan trading dan mengenal pasti arah pasaran masa depan. Body sebenar yang panjang tanpa wicks menandakan penguasaan sama ada buyers atau sellers semasa sesi trading tersebut.

Lilin Marubozu bullish dan bearish yang ditutup pada paras tertinggi atau terendah masing-masing bermakna semua price action berada dalam satu arah, menunjukkan keyakinan di sebalik pergerakan tersebut. Memerhatikan di mana pembukaan lilin berikutnya berlaku berbanding dengan body Marubozu memberikan isyarat dagangan. Pembukaan lilin di bawah Marubozu bullish atau di atas yang bearish memberi petunjuk kepada traders tentang pembalikan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa untuk mengelakkan signal palsu dan meningkatkan hasil strategi dagangan anda, gabungkan corak candlestick Marubozu dengan indikator lain untuk memastikan kebolehpercayaan.

Untuk memperluas pengetahuan anda tentang corak Marubozu, gunakan platform dalam talian LiteFinance yang mudah dan berfungsi. Anda boleh mencuba akaun demo percuma tanpa risiko kehilangan dana.

Mulakan perdagangan sekarang juga

Soalan Lazim Tentang Marubozu Candlestick

Marubozu dalam pasaran Forex adalah corak candlestick pembalikan (reversal candlestick) yang menandakan peningkatan trading volume dan pergerakan menaik atau menurun yang kuat.

Candle Marubozu boleh menjadi bullish dan bearish. Candle Marubozu putih menandakan pembeli menguasai, manakala candle Marubozu hitam menunjukkan bahawa penjual yang dominan.

Corak candle Marubozu jelas kelihatan pada carta price, kerana ia mempunyai body yang panjang tanpa wick atau wick yang sangat pendek.

Marubozu bearish adalah candle merah atau hitam yang panjang yang menandakan trend reversal di bahagian atas berhampiran paras resistance yang kuat. Corak ini boleh terbentuk sebagai impulse dalam downtrend apabila paras support ditembusi.

Apabila corak ini muncul pada paras support atau paras resistance, buka trade mengikut arah pembalikkan harga. Tetapkan stop loss di atas atau di bawah candle Marubozu, bergantung pada arah yang baharu.

Jika candlestick Marubozu muncul di bahagian atas atau bawah, trend akan berbalik. Dengan dinamik harga yang berterusan, trend semakin kuat disebabkan oleh rentetan posisi trader yang tidak menguntungkan yang dilikuidasi, yang mendorong impuls harga ke satu arah.

Untuk dagangan pantas, fokus pada corak candle yang intra-candle terbentuk dengan cepat berbanding yang hanya pada penutupan seperti Marubozu. Ini membolehkan anda memanfaatkan reaksi peserta pasaran dengan lebih cepat.

Candle Marubozu putih yang panjang tanpa wick menunjukkan pembeli menguasai sepenuhnya pasaran, menolak harga naik dengan ketara sepanjang sesi dagangan. Namun, untuk hasil yang lebih boleh dipercayai, corak ini perlu disahkan dengan indikator teknikal dan analisis carta lain.

Cara Trade Corak Candlestick Marubozu

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat