Bagaimana anda mengenal pasti kekuatan pasaran? Bagaimana untuk mengetahui jika pasaran sedang kukuh atau lemah?
Analisis Volume Spread: Jumlah, Pengumpulan, Pengedaran, Pedagang yang kuat dan lemah, Klimaks Membeli dan Klimaks Menjual
Rakan-rakan sekalian!
Dalam artikel ini, saya akan mula menulis mengenai kaedah analisis pasaran yang menarik berdasarkan jumlah dagangan, Analisis Volume Spread (VSA), yang dibangunkan oleh penganalisis kewangan terkenal Tom Williams. Ia merupakan pendekatan yang tidak biasa di mana ia menangani bagaimana pembuat pasaran memanipulasi tindakan orang ramai.
Saya tidak mahu hanya mengulangi buku tersebut, oleh itu, dalam siri artikel ini, saya akan memberi tumpuan kepada aplikasi praktikal oleh kaedah tersebut dengan rujukan tradisional terhadap perdagangan mata wang crypto.
Dalam pelajaran pertama, saya akan berbincang mengenai prinsip teori pembentukan pasaran dan bagaimana pedagang yang mempunyai modal besar mempengaruhi sentimen pasaran. Saya akan menerangkan konsep-konsep utama yang akan saya gunakan sepanjang pembelajaran ini. Oleh itu, anda perlu membaca artikel ini jika anda berminat terhadap VSA dan ingin ketahui lebih terperinci mengenai tindakan pedagang besar.
Pada akhirnya, saya akan memberikan contoh salah satu prinsip asas bacaan pasaran yang membolehkan seseorang mengenal pasti kekuatan pasaran.
Oleh itu, marilah kita mula!
Apakah itu jumlah dagangan?
Walaupun anda baru sahaja memulakan kerjaya perdagangan anda, anda mungkin pernah melihat frasa berikut: "Pasaran akan meningkat apabila permintaan melebihi penawaran. Dan sebaliknya, pasaran akan menurun apabila penawaran melebihi permintaan." Marilah kita mengkaji prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh frasa ini untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan jumlah dagangan.
Bagi pedagang yang tidak pernah mendengar istilah yang sama, saya harus menerangkan bahawa, dalam perdagangan, ianya adalah bilangan lot yang didagangkan di pasaran dalam tempoh yang ditentukan. Pertama sekali, perlu difahami bahawa jumlah yang diambil secara berasingan tidak akan memberikan banyak maklumat. Walau bagaimanapun, jika anda membandingkan jumlah semasa dengan hari sebelumnya, seminggu atau sebulan yang lalu, anda dapat melihat dengan jelas perubahan dalam aktiviti perdagangan.
Untuk memahami proses pasaran dengan lebih baik, mari kita bandingkan perubahan dalam jumlah dengan spread harga. Ia akan menunjukkan sentimen pedagang besar: kenaikan harga atau penurunan harga. Perlu diingati, spread tersebut adalah perbezaan antara harga tertinggi dan terendah dalam tempoh tertentu.
Untuk lebih jelas, saya telah warnakan harga spread BTCUSD pada bulan Oktober dengan warna biru.
Dalam praktikal, pergerakan harga tidak selalunya selaras dengan aktiviti pasaran semasa. Seringkali berlaku apabila, berikutan kenaikan yang kecil dalam jumlah, harga akan meningkat secara mendadak dan mengelirukan ramai pedagang. Tetapi jika anda memahami konsep inersia, semuanya akan menjadi jelas. Dalam keadaan ini, pasaran boleh dibandingkan dengan kereta yang sedang dipandu dalam kelajuan tinggi untuk menaiki bukit akan mengambil beberapa masa walaupun pemandu telah menekan pemecut.
Apakah itu Analisis Volume Spread?
Kaedah Analisis Volume Spread memberikan pendekatan yang susah terhadap analisis pasaran, menentukan hubungan antara harga, spread, dan jumlah dagangan. Jumlah sering dikaitkan dengan jumlah aktiviti yang berlaku, spread harga yang terbabit pula menunjukkan pergerakan harga pada jumlah tersebut.
Kita menentukan hubungan di antara kedua-dua parameter ini untuk mengetahui nisbah penawaran dan permintaan yang sering tercetus oleh perdagangan yang dimasuki oleh pedagang besar, di mana ia dianggap sebagai penyebab utama pasaran bergerak dalam arah tertentu di kalangan pedagang. Oleh itu, kita boleh mengenal pasti punca pergerakan harga, dan berdasarkan punca tersebut, dapat meramal pergerakan harga pada masa hadapan.
Prinsip pergerakan harga dalam pasaran kewangan
Jumlah, seperti trend pasaran, boleh meningkat atau menurun. Jumlah menaik adalah peningkatan jumlah yang sedang bergerak ke atas dan peningkatan jumlah yang sedang bergerak ke bawah. Jumlah menurun adalah penurunan jumlah yang sedang bergerak ke bawah dan penurunan jumlah yang sedang bergerak ke atas.
Seterusnya, saya akan memperkenalkan konsep accumulation dan distribution.
Pengumpulan membawa maksud membeli seberapa banyak stok yang boleh, tanpa membuatkan harga bertentangan dengan pembelian anda sendiri, sehingga menjadi sedikit, atau tiada lagi saham yang tersedia pada tahap harga yang telah anda beli. Pembelian ini biasanya berlaku selepas penurunan harga berlaku dalam pasaran saham dan terdapat harga terbaik untuk membeli.
Sebaik sahaja kebanyakan stok telah dikeluarkan dari tangan pedagang yang lain (individu persendirian biasa), akan terdapat sedikit, atau tiada stok yang tinggal untuk dijual kepada harga yang lebih tinggi. Itulah rintangan terhadap pergerakan menaik telah dihapuskan. Oleh itu, dalam situasi ini, kita boleh menjangkakan kenaikan harga sehingga sindiket pedagang melihat harga tersebut menjadi cukup tinggi untuk menjual aset yang baru sahaja mereka beli.
Pengedaran adalah penjualan aset tersebut, di mana secara idealnya harus dilakukan tanpa meletakkan harga ke bawah terhadap penjualan pembuat pasaran. Operasi ini dilakukan untuk mengambil keuntungan daripada penjualan terhadap pasaran yang sedang meningkat. Selain itu, kebanyakan pedagang besar ini akan meletakkan posisi besar untuk menjual, bukan pada harga semasa yang tersedia, tetapi pada harga tertentu.
Sekiranya penjualan begitu besar hingga membuatkan harga untuk menurun, penjualan akan berhenti dan harga tersebut akan disokong, di mana ia memberikan pembuat pasaran dan pedagang lain peluang untuk menjual lebih banyak aset pada wave seterusnya. Apabila pedagang profesional telah menjual sebahagian besar aset mereka, pasaran menurun akan bermula kerana pasaran akan cenderung untuk menurun tanpa sokongan dari pedagang profesional.
Kini, anda dapat memahami bahawa Pedagang besar dapat melihat kedua-dua bahagian pasaran pada masa yang sama, di mana ia memberikan mereka kelebihan yang besar berbanding pedagang biasa. Bagi anda untuk memahami pasaran dengan lebih baik, konsep Pedagang yang kuat dan lemah haruslah dikaji dengan lebih mendalam.
Pedagang yang kuat adalah orang profesional yang berdagang di sebelah pasaran yang tepat. Modal asas mereka kebiasaannya besar, dan mereka selalunya boleh membaca pasaran dengan tahap keberkesanan yang tinggi. Walaupun mereka mahir, Pedagang yang kuat masih akan mengalami kerugian, tetapi kerugian tersebut akan menjadi kecil kerana mereka telah belajar untuk menutup kerugian perdagangan dengan cepat. Satu siri kerugian yang kecil dianggap sebagai perbelanjaan perniagaan.
Pedagang yang lemah adalahbiasanya pedagang baru dalam pasaran. Mereka biasanya tidak mempunyai modal yang besar dan kurang bersedia menghadapi kerugian, terutamanya jika kebanyakan modal mereka hilang dengan cepat, di mana secara tidak langsung keputusan akan dibuat berdasarkan emosi.
Jika kita menggabungkan konsep-konsep ini dengan yang konsep yang telah diterangkan di atas, kita boleh merumuskan bahawa: Pasaran Menaik berlaku apabila terdapat pemindahan saham yang besar daripada pedagang yang lemah kepada pedagang yang kuat, secara umumnya, memberi kerugian terhadap pedagang yang lemah. Pasaran menurun berlaku apabila terdapat pemindahan stok yang besar dari pedagang yang kuat kepada pedagang yag lemah, secara umumnya, memberi keuntungan kepada pedagang yang kuat.
Apabila pasaran bergerak dari satu trend utama kepada yang lain, akan berlaku peristiwa yang disebut sebagai Klimaks Membeli atau Klimaks Menjual. Secara ringkasnya, ia adalah ketidakseimbangan penawaran dan permintaan yang menyebabkan pasaran menurun berubah menjadi pasaran menaik, atau sebaliknya.
Klimaks Membeli berlaku apabila terdapat permintaan yang besar untuk membeli aset, dan pedagang dan pembuat pasaran mula menjual aset mereka, sehingga kenaikan harga untuk pergi lebih tinggi menjadi mustahil. Selain itu, di bar kenaikan harga, jumlah dilihat sangat tinggi, disertai oleh harga tertinggi yang baru dan spread yang besar. Pada akhir klimaks pembelian, pasaran akan ditutup di pertengahan atau harga tertinggi bar tersebut.
Klimaks Penjualan, seperti yang anda dapat lihat dari namanya, adalah bertentangan dengan klimaks pembelian dan ianya berlaku apabila terdapat penjualan yang besar. Ia mempunyai jumlah yang sangat tinggi dalam pergerakan ke bawah, disertai dengan spread yang besar dan harga mencapai harga terendah yang baru. Dalam fasa terakhir klimaks penjualan, harga akan ditutup di pertengahan atau harga terendah bar.
Punca pembalikan harga
Dua sebab utama yang menghasilkan pembalikan trend pasaran jangka masa panjang:
1. Majoriti pedagang akan panik setelah melihat kejatuhan yang besar di pasaran (kebiasaannya pada berita buruk) dan selalunya akan mengikuti naluri mereka untuk menjual. Pedagang profesional, mempunyai pendapat berlainan dengan persoalan, "Adakah sindiket perdagangan dan pembuat pasaran telah bersedia menerima penjualan panik pada tahap harga terkini?" Jika mereka telah bersedia, maka ianya adalah petanda baik yang menunjukkan kekuatan pasaran.
2. Selepas kenaikan yang ketara, majoriti akan menjadi marah apabila terlepas dari pergerakan ke atas dan akan tergesa-gesa untuk membeli, biasanya pada berita baik. Ia termasuk pedagang yang sudah mempunyai posisi beli dan mahukan lebih banyak. Pada peringkat ini, pedagang profesional akan bertanyakan kepada diri mereka sendiri, "Adakah sindiket perdagangan mula menjual ke dalam pembelian?" Jika ya, maka penjualan besar-besaran adalah tanda kelemahan yang teruk.
Asas-asas memahami pasaran
Pertama sekali, anda perlu memahami bahawa kesemua pasaran bergerak dalam apa yang dikatakan sebagai 'fasa'. Dengan memperlihatkan perubahan dalam jumlah dan spread harga kita dapat melihat pasaran sedang terbentuk untuk menjalani fasa seterusnya. Fasa yang lebih panjang akan menghasilkan pergerakan yang lebih besar, dan fasa yang lebih pendek akan menghasilkan pergerakan yang lebih kecil. Selain itu, kami akan membahagikan spread kepada kategori besar, kecil, atau sedikit dalam analisis ini.
Bagaimana untuk menentukan jika pasaran sedang lemah atau kukuh
Posisi beli dan jual daripada pedagang dari seluruh dunia secara umumnya diproses dan diselaraskan oleh pembuat pasaran. Ianya adalah tugas mereka untuk membentuk pasaran. Untuk membentuk pasaran mereka harus mempunyai saham yang besar untuk diperdagangkan. Jika mereka tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk didagangkan pada tahap harga semasa, mereka boleh menggerakkan harga ke tahap yang lebih sesuai.
Terdapat situasi apabila, selepas pergerakan ke atas, anda meletakkan posisi beli ke pasaran yang semakin meningkat dan anda mungkin menerima harga yang baik dari bursa tersebut. Mengapa anda menerima harga yang baik? Adakah para profesional ini memutuskan bahawa mereka menyukai anda dan telah membuat keputusan untuk menjadi pemurah dengan memberikan beberapa keuntungan kepada anda? Sebabnya berbeza. Nilai pasaran oleh pembuat pasaran atau aset mungkin menjadi lebih rendah berbanding anda kerana mereka telah menerima pesanan yang mencukupi dan hanya ingin menghabiskannya dengan cepat, jangkakan penurunan harga atau adalah lebih baik berdagang di sideway.
Tindakan sedemikian diulang beberapa kali dengan setiap pembeli lain akan membuatkan spread pada hari tersebut kekal kecil, dengan membataskan pengakhiran bahagian atas spread harga tersebut. Jika sebaliknya para pembuat pasaran mempunyai pandangan untuk menaikkan harga, mereka akan meningkatkan harga pada posisi pembelian anda, dan memberikan anda harga yang kelihatannya tidak baik. Tindakan ini secara berulang kali, membuatkan spread menjadi lebih besar kerana harganya sentiasa dinaikkan pada hari itu.
Oleh itu, melalui pemerhatian terhadap spread bar tersebut, kita dapat mengetahui pendapat pedagang yang dapat melihat kedua-dua bahagian di pasaran.
Contoh lain adalah apabila anda mencari jurang pasaran atau jurang harga. Istilah ini dalam analisis teknikal merujuk kepada keadaan apabila terdapat jurang antara penutupan harga bar sebelumnya dan harga pembukaan bar seterusnya. Contohnya, pasaran akan membentuk jurang apabila para pembuat pasaran dapat menarik seberapa banyak pedagang ke dalam pasaran yang lemah dan kemudian mengalami kerugian dan mewujudkan ketegangan tambahan. Sebagai peraturan, jurang yang lemah sentiasa berada di zon harga tertinggi yang baru, apabila berita baik diterbitkan dan pasaran menaik akan kelihatan seperti ia kekal selama-lamanya.
Saya mesti menekankan bahawa terdapat juga jenis tindakan yang sama dalam pasaran yang kukuh, tetapi dalam kes kedua ini, anda akan mempunyai kawasan perdagangan yang rata. Pedagang yang telah terperangkap dalam channel tersebut (juga disebut sebagai 'julat dagangan'), hanya mahukan satu perkara, untuk keluar dari perdagangan pada harga yang sama dengan harga permulaan yang dimasukkan. Mereka akan membeli di bahagian atas dan berharap untuk satu peningkatan atau membeli di bahagian bawah dan tidak melihat sebarang peningkatan dalam harga yang akan menjadi kurang berkesan disebabkan oleh keuntungan yang tidak mencukupi.
Pedagang profesional yang sedang berdagang dalam peningkatan harga ketahui mengenai perkara ini. Untuk menggalakkan pedagang lama untuk tidak menjual, pedagang professional dalam usaha untuk menyokong harga yang baik dalam penjualan aset mereka sendiri akan meningkatkan harga atau membentuk jurang dalam pasaran.
Mari kita melihat situasi dengan peningkatan harga secara mengejut hasil daripada tindakan pedagang profesional, di mana ketika itu memandang pasaran dengan peningkatan harga pada contoh carta harga harian BTCUSD. Zon perdagangan diwarnakan dengan warna merah. Seterusnya, terdapat zon hijau yang menandakan satu jurang di mana ia terbentuk oleh pedagang profesional yang menaikkan harga tersebut ketika itu. Selain itu, jumlah telah meningkat dan menyokong pergerakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa ianya bukan perangkap ke atas, kerana jumlahnya sedang menyokong pergerakan tersebut dan pembuat pasaran dapat melihat situasi pasaran yang kukuh.
Spread yang besar dalam kebanyakan kes dibentuk untuk mengunci majoriti pedagang keluar dari pasaran berbanding menarik mereka. Hal ini akan menghalang mereka dari membeli, kerana ia bertentangan dengan sifat manusia untuk membeli sesuatu hari ini apabila mereka boleh membelinya dengan lebih murah pada hari semalam. Ia juga akan mencemaskan para pedagang yang memasuki posisi jual dalam pasaran pada harga terendah terakhir, kebiasaannya digalakkan oleh penerbitan berita buruk di mana ia selalu terbentuk pada atau berdekatan dengan harga terendah tersebut.
Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan yang jelas. Jumlah yang menunjukkan peningkatan yang besar dan sihat adalah jumlah menaik. Walau bagaimanapun, jumlah yang berlebihan bukanlah satu petanda yang baik; ia menunjukkan bahawa penawaran boleh melebihi permintaan. Jumlah yang rendah memberi amaran kepada anda terhadap perangkap ke atas. Jika harga dinaikkan dan jumlah menjadi rendah, ini bermaksud terdapat kekurangan oleh permintaan di pasaran, dan oleh itu, para profesional melihat situasi pasaran adalah lemah, enggan mengambil bahagian dalam pergerakan menaik. Trend sideway sebelum kenaikan harga pada jumlah yang rendah juga menunjukkan situasi ini.
Anda juga perlu memberi perhatian terhadap jumlah yang rendah pada bar di bawah. Ini menunjukkan kekuatan trend menaik dan harga yang lebih tinggi akan datang.
Untuk pergerakan menurun, tanda-tandanya adalah bertentangan. Trend menurun kukuh apabila bar menurun mempunyai jumlah yang tinggi. Walau bagaimanapun, jumlah yang berlebihan memberi amaran bahawa penurunan harga mungkin tidak normal dan permintaan boleh membatasi penawaran.
Jika jumlah menurun pada bar yang sedang menurun, tekanan jualan juga akan menyusut, yang bermaksud para profesional tidak berminat dengan kejatuhan harga selanjutnya. Pasaran mungkin menurun untuk satu tempoh yang lama disebabkan oleh inersia, tetapi, tidak lama lagi, harga mungkin akan meningkat disebabkan oleh penawaran yang tidak mencukupi.
Zon merah menandakan pedagang dalam carta (trend sideway). Seterusnya, terdapat kejatuhan harga secara mendadak selari dengan peningkatan jumlah (permulaan zon hijau tersebut). Selain itu, jumlah tersebut agak tinggi di seluruh zon hijau, di mana ia menunjukkan bahawa pedagang besar berminat dalam trend menurun. Jumlah menurun secara langsung ke kanan zon hijau. Walau bagaimanapun, harga bitcoin terus menurun untuk satu tempoh masa yang disebabkan inersia, di mana ia menunjukkan kelemahan pasaran menurun.
Itu sahaja setakat ini.
Dalam atikel latihan saya yang seterusnya, saya akan menerangkan lebih banyak kaedah untuk membaca pasaran. Langgan blog pedagang dan berada di puncak dalam perdagangan crypto!
Saya mengucapkan anda selamat maju jaya!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.













