Label perkembangan. Peraturan menggunakan label perkembangan dalam semua jenis gelombang impuls trending.
Hai rakan semua!
Dalam artikel sebelumnya, saya telah menjelaskan kerumitan dan keseimbangan, peraturan pengumpulan gelombang, pemadatan dan pengumpulan semula. Saya juga telah menjelaskan cara rating kuasa gelombang menentukan Tindakan pasaran seterusnya. Artikel ini membincangkan label perkembangan dalam impuls trending. Saya juga akan membincangkan cara menggunakan label perkembangan untuk mengenal pasti perkadaran gelombang dalam pola dan keunikan strukturnya.
Jika anda belum lagi tabu tentang NeoWave, saya cadangkan anda untuk membaca semua artikel dalam siri NeoWave, bermula dari artikel pertama. (Artikel Latihan dalam siri ini adalah berdasarkan buku Glenn Neely yang bertajuk Mastering Elliott Waves).
Teori Neo Wave. Bahagian 1. Peraturan membina carta
Teori Neo Wave. Bahagian 2. Maklumat asas Gelombang Poli dan Label Struktur
Teori Neo Wave. Bahagian 3. Peraturan Penjejakan Semula 1.
Teori Neo Wave. Bahagian 4. Peraturan Penjejakan Semula 2.
Teori Neo Wave. Bahagian 5. Peraturan Penjejakan Semula 3.
NeoWave. Bahagian 6. Peraturan Penjejakan Semula 4. Keadaan “a” dan “b”
NeoWave. Bahagian 7. Peraturan Penjejakan Semula 4. Keadaan “c”, “d” dan “e”
NeoWave. Bahagian 8. Peraturan Penjejakan Semula 5. Keadaan “a” dan “b”.
NeoWave. Bahagian 9. Peraturan Penjejakan Semula 6, keadaan “a”
NeoWave. Bahagian 10. Peraturan Penjejakan Semula 6. Keadaan “b”, “c”, dan “d”
NeoWave. Bahagian 11. Peraturan Penjejakan Semula 7.
NeoWave. Bahagian 12. Impuls dan peraturan untuk menganalisis pola gelombang impuls.
NeoWave. Bahagian 13. Pembetulan. Peraturan untuk mengenal pasti pembetulan.
NeoWave. Bahagian 14. Segi Tiga. Peraturan untuk mengenal pasti segi tiga.
NeoWave. Bahagian 15. Peraturan asas dan lanjutan logik untuk menganalisis segi tiga.
NeoWave. Bahagian 16. Peraturan lanjutan logik untuk Mendatar dan Zigzag.
NeoWave. Bahagian 17. Peraturan lanjutan logik untuk pola pembetulan kompleks.
NeoWave. Bahagian 18. Peraturan kerumitan dan keseimbangan. Prosedur pemadatan. Rating kuasa.
Label perkembangan dan penggunaannya
Ingat, label perkembangan menandakan gelombang dalam pola dengan nombor dari 2 hingga 5. Bergantung pada darjah gelombang, gelombang ditandakan dengan huruf Roman, nombor, nombor dalam kurungan dan banyak lagi. Setiap label perkembangan mempunyai ciri tertentu yang membenarkan penganalisis mahir gelombang Elliot mengenal pati struktur pasaran semasa dan menjangkakan Tindakan pasaran akan datang.
Label perkembangan dalam impuls trending
Mari kita kaji kemungkinan ketetapan yang berlaku dalam impuls trending yang bergantung pada ciri-ciri pola.
Peraturan penggunaan label perkembangan kepada gelombang 1 lanjutan
Saya telah bincangkan peraturan lanjutan secara terperinci dalam NeoWave. Part 12. Impulsions and the rules to analyze impulse wave patterns.)
Jika gelombang 1 dilanjutkan/dipanjangkan, maka:
- Pergerakan selepas gelombang 1 memanjang (gelombang -2) tidak boleh dijejak semula lebih 38.2% daripada gelombang 1.
- Gelombang 2 tidak boleh menjadi zigzag. Jika anda melihat zigzag terbentuk selepas pemanjangan gelombang pertama, berkemungkinan besar ia adalah gelombang A bagi pembetulan mendatar lebih besar yang tamat.
- Gelombang 2 akan menjadi lebih kompleks dan mengambil lebih banyak masa berbanding gelombang 4 dan ia berkemungkinan adalah pola yang paling kompleks dan mengambil banyak masa dalam seluruh siri (1-5).
- Gelombang-2 tidak boleh menjadi pembetulan yang berlangsung.
- Gelombang-5 mestilah gelombang paling pendek daripada tiga gelombang impuls (1,3,5)
- Jika pola berada di atas tahap gelombang poli, gelombang 1 berkemungkinan adalah gelombang yang telah dibahagikan (segmen paling kompleks daripada tiga segmen impuls).
- Jika gelombang 1 bukanlah pola yang telah dibahagikan, itu mestilah gelombang 3.
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 1 bukan memanjang
Jika gelombang 1 bukan memanjang, maka:
- Gelombang 2 boleh menjejak semula sebanyak 99% daripada gelombang 1. Jika benar, dan gelombang 1 ialah gelombang poli atau lebih tinggi, 2 gelombang akan membahagi (2 gelombang boleh membahagi sama ada gelombang pertama membahagi atau tidak) kepada pola a-b-c di mana gelombang C akan gagal.
- Gelombang 3 mestilah lebih panjang berbanding gelombang pertama.
- Jika gelombang pertama-1 membentuk selepas kenaikan atau penurunan berpanjangan, tiada keperluan paras harga yang tertentu untuk penamatan gelombang 1.
- Jika gelombang 1 ialah sebahagian daripada gelombang ketiga atau kelima yang lebih besar, maka gelombang 1 sepatutnya mendekati ataupun melebihi titik tamat gelombang impuls akhir bagi satu darjah lebih besar.
- Jika pola di atas tahap Kerumitan 1, gelombang ketiga atau kelima akan menjadi segmen terbahagi, bukan gelombang 1. Dalam kata lain, gelombang 3 atau lima akan menjadi lebih terbahagi
Mari kita kaji impuls trending menggunakan label perkembangan
Contoh.
Impuls yang diserlahkan dalam carta di atas ialah impuls trending kerana gelombang (2) dan (3) tidak berkongsi mana-mana kawasan harga yang sama. Gelombang pertama adalah paling penting antara semua segmen impuls. Jadi, ia tidak boleh dipanjangkan. Mari kita semak sama ada keperluan biasa untuk gelombang bukan lanjutan dipenuhi. Seperti yang anda lihat pada carta, gelombang ketiga adalah lebih panjang berbanding gelombang pertama. Oleh sebab pola yang dikaji adalah kompleks, gelombang (3) adalah lebih bersegmen berbanding gelombang (1). Peraturan di atas menyatakan bahawa gelombang (5) sepatutnya lebih bersegmen berbanding gelombang (1). Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak wajib dan kes ini berkemungkinan adalah satu pengecualian.
Gelombang 2 menjejak semula tidak lebih 99% daripada gelombang 1 (iaitu kira-kiras 38.2%). Selain itu, gelombang 1 mempunyai tahap kerumitan, iaitu tidak kurang daripada gelombang poli (kerana ia terdiri daripada kumpulan gelombang mono). Jadi, gelombang 1 boleh dibahagikan kepada pola a-b-c, di mana gelombang C gagal (penghujung gelombang C adalah lebih tinggi berbanding permulaan gelombang B).
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 2
- Jika gelombang 1 ternyata adalah (atau dipercayai) gelombang terpanjang dalam turutan, gelombang kedua tidak boleh menjejak semula lebih 38.2% daripada gelombang pertama. Jika gelombang pertama bukanlah gelombang paling panjang, titik terendah gelombang 2 boleh menjejak semula sebanyak 99% daripada gelombang 1.
- Jika gelombang 1 ialah gelombang poli atau lebih tinggi, gelombang 2 mestilah terbahagi kepada gelombang poli bagi pola lebih tinggi.
- Jika gelombang 2 membahagi, gelombang A menjejak semula lebih 61.8% daripada gelombang 1, pembetulan ini adalah sama ada kegagalan berganda atau C gagal. C gagal sepatutnya berlaku pada titik 61.8% atau kurang daripada gelombang 1.
Contoh.
Seperti yang anda lihat daripada carta di atas, gelombang (1) adalah gelombang poli, dan gelombang 2 akan membahagi kepada gelombang poli atau pola lebih tinggi. Segmen terakhir gelombang 2 terdiri daripada tiga gelombang mono dan dengan itu, pembetulan ini adalah gelombang poli. Peraturan kedua telah dipenuhi untuk label perkembangan gelombang kedua.
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 3 memanjang
- Jika subgelombang ketiga dalam gelombang 3 juga dibahagikan. Dalam kes ini, terdapat lanjutan gelombang ketiga yang serta-merta selepas gelombang 2 selesai, tanpa membentuk gelombang kedua lebih kecil pada carta yang sama.
- Gelombang kedua hendaklah mempunyai tahap kuasa 1 (+atau -) atau lebih tinggi.
- Jika gelombang ketiga adalah gelombang poli (terdiri daripada turutan gelombang lebih kecil) berturut-turut, gelombang kedua lebih kecil (sebelum pergerakan letupan “3 of 3”) akan mempunyai pembinaan yang sama. Dalam kes ini, 2 gelombang lebih kecil mesti mengambil masa yang kurang, harga yang rendah dan menjejak semula lebih rendah (sebagai peratusan gelombang -1) berbanding 2 gelombang lebih besar. Selain itu, garis trend 0-2 lebih besar tidak seharusnya dipecahkan oleh pembetulan 2 gelombang lebih kecil.
- Jika gelombang 3 dilanjutkan, gelombang 5 mungkin gagal.
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 3 bukan lanjutan
- Walaupun gelombang 3 bukanlah gelombang yang paling panjang daripada tiga gelombang impuls, ia tidak boleh menjadi yang terpendek di antara gelombang tersebut.
- Jika gelombang 3 lebih pendek berbanding gelombang 1, maka gelombang 1 akan menjadi gelombang lanjutan dan gelombang 5 akan lebih pendek berbanding gelombang 3.
- Jika gelombang 5 dilanjutkan, gelombang 1 akan lebih pendek berbanding gelombang 3.
- Apabila gelombang pertama dilanjutkan, gelombang 3 hendaklah lengkap tidak jauh daripada 61.8% di atas (atau di bawah jika pasaran dalam trend turun) daripada penghujung gelombang 1.
Contoh.
Daripada carta di atas, ia jelas yang gelombang ketiga dalam pola telah dilanjutkan, kerana ia merupakan gelombang paling panjang daripada tiga gelombang impuls. Gelombang kedua ialah mendatar C gagal, dan dengan itu, mengikut peraturan 2 gelombang ketiga memanjang. Gelombang kedua mempunyai rating kuasa 1 (saya telah terangkan rating kuasa dalam artikel latihan sebelumnya).
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 4
- Jika gelombang kelima memanjang, gelombang 4 hendaklah lebih kompleks, mengambil masa dan berkemungkinan mempunyai tahap kerumitan lebih tinggi daripada gelombang 2. Ingat, saya telah jelaskan tahap kerumitan dalam artikel pendidikan sebelumnya.
- Jika gelombang 1 memanjang, gelombang 4 akan mempunyai struktur yang lebih ringkas berbanding gelombang 2, ia juga hendaklah lebih kecil dari segi masa dan harga.
- Jika gelombang kelima memanjang, gelombang 4 hendaklah menjejak semula peratusan gelombang 3 lebih besar berbanding gelombang 2 pada gelombang 1.
- Apabila gelombang kelima adalah lanjutan, gelombang 4 akan kerap menjejak semula sebanyak 50%-61.8% daripada gelombang 3.
- Jika gelombang kelima gagal dalam turutan Impuls, gelombang keempat akan menjadi pola yang paling rumit dan akan menjejak semula lebih 38.2% daripada gelombang 3. Peraturan ini tidak sentiasa dipatuhi. Penjejakan semula 61.8% adalah dibenarkan.
Contoh.
Daripada carta di atas, ia jelas bahawa tiada syarat untuk gelombang keempat dipenuhi. Jadi, saya akan buat analisis label perkembangan untuk gelombang 4 dalam contoh pola lain.
Daripada carta, ia jelas yang gelombang kelima dalam pola impuls ini adalah lanjutan. Oleh itu, mengikut peraturan 3 di atas, gelombang 4 hendaklah mempunyai struktur yang lebih kompleks dan lebih panjang (261.8% daripada gelombang 2).
Selain itu, gelombang kedua menjejak semula 50% daripada gelombang 1.
Gelombang 4 menjejak semula gelombang 3, mengikut peraturan di atas (lihat peraturan 5), dengan peratus yang banyak, hampir 61.8%. Selain itu, satu lagi peraturan digunakan di sini, apabila gelombang kelima dilanjutkan, gelombang 4 menjejak semula sebanyak 50%-61.8% daripada gelombang 3 (lihat peraturan 4 di atas).
Peraturan label perkembangan untuk gelombang 5 lanjutan
Jika gelombang kelima adalah satu lanjutan, maka:
- Gelombang 5 hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan jarak harga bagi jumlah panjang gelombang 1-3. Walau bagaimanapun, panjang maksimum bagi lanjutan kelima tidak seharusnya melebihi 261.8% daripada jumlah panjang gelombang 1-3.
- Gelombang 4 hendaklah mempunyai masa yang lebih lama dan harga lebih tinggi serta mempunyai struktur yang lebih kompleks berbanding gelombang 2.
- Gelombang 1 hendaklah berkembang pada sudut paling tajam dengan gelombang 3 mengikutinya di belakang dan gelombang 5 mempunyai kadar pecutan yang paling rendah.
- Lanjutan gelombang kelima tidak boleh dijejak semula sepenuhnya melainkan ia adalah gelombang c pembetulan atau penghujung gelombang kelima lanjutan yang lebih besar
Peraturan label perkembangan untuk peraturan 5 bukan lanjutan
- Jika gelombang kelima adalah bukan lanjutan, ia hendaklah dijejak semula hampir dengan 100% atau lebih oleh gelombang pembetulan seterusnya.
- Jika gelombang 1 dilanjutkan dan turutan menamatkan gelombang pertama atau gelombang A bagi darjah lebih besar, pembetulan selepas gelombang 5 hendaklah tamat dalam zon harga gelombang 2.
- Jika gelombang pertama dilanjutkan dan turutan melengkapkan gelombang 3 bagi darjah lebih besar, pembetulan selepas gelombang 4 hendaklah berhenti dalam zon harga gelombang 4.
Contoh:
Daripada carta di atas, ia jelas yang gelombang kelima adalah bukan lanjutan. Mengikut peraturan pertama, gelombang kelima hendaklah dijejak semula hampir dengan 100% atau lebih oleh gelombang pembetulan seterusnya. Dalam kes kita, penjejakan semula ialah kira-kira 150%. Syarat-syarat lain untuk gelombang kelima bukan lanjutan tidak boleh digunakan dalam keadaan kita, kerana gelombang pertama mahupun gelombang ketiga tidak dilanjutkan.
Peraturan label perkembangan bagi gelombang kelima gagal
Dalam kebanyakan kes, Gagal gelombang kelima berlaku apabila gelombang ketiga adalah pergerakan lanjutan. Selain itu, gelombang 4 hendaklah lebih kompleks berbanding gelombang 2, dan gelombang 4 hendaklah menjejak semula gelombang 3 lebih banyak berbanding gelombang 2 menjejak semula gelombang 1. Hampir sentiasa terjadi, gelombang 1 dan gelombang 5 akan mempunyai harga dan masa yang sama. Dalam kejadian yang jarang berlaku, gelombang 1 dan 5 akan berkait dari segi harga dan/atau masa sebanyak 61.8%.
Gelombang kelima boleh gagal dalam pola impuls di bawah satu keadaan berikut sahaja:
- Jika pola Impuls (yang mengandungi gelombang kelima Gagal) adalah gelombang kelima sendiri untuk pola Impuls lebih besar.
- Jika pola Impuls (mengandungi Gagal) ialah gelombang c (dan tidak lebih daripada) bagi satu darjah lebih besar.
- Dalam kejadian yang jarang berlaku, gelombang ketiga lebih besar dengan gelombang kelima gagal boleh terbentuk. Ini boleh berlaku, pasaran akan perlu membentuk paras atas atau bawah yang sangat penting. Dalam situasi ini, ia bermaksud pola pelbagai gelombang atau mungkin lebih tinggi. Jika ini berlaku, gelombang kelima lebih besar juga perlu gagal dan ia mesti gagal lebih jauh dari paras tinggi atau rendah berbanding gelombang 5 gagal dalam gelombang ketiga.
Jika terdapat gelombang kelima gagal di penghujung gelombang ketiga lebih besar, ia menandakan kuasa lawan trend yang hebat. Ambil maklum bahawa fenomena ini sukar untuk difahami. Neely tidak pernah melihat gelombang kelima gagal di hujung gelombang ketiga lebih besar.
Itu sahaja untuk hari ini. Dalam artikel latihan seterusnya, saya akan terangkan label perkembangan yang digunakan pada impuls terminal.
Langgan dan jadi orang pertama membaca bahan-bahan paling terkini!
Jaga diri dan wang anda!
Semoga anda berjaya dan beroleh keuntungan yang banyak!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)
Pautan link:
- Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
- Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
- Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance.
Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

















