Strategi dagangan trend berdasarkan Thomas DeMark dan pengalaman saya sendiri. Syarat-syarat. Syarat kemasukan/keluar. Isyarat dagangan.

Rakan-rakan yang sekalian,

Saya membentangkan strategi perdagangan asal saya yang menggabungkan alat teknikal Thomas DeMark dan beberapa pengubahsuaian saya sendiri.

Saya akan menerangkan bagaimana untuk menggunakan petunjuk, seperti yang diterangkan sebelum ini. Berdasarkan strategi ini, saya akan terus membuat ramalan harga Bitcoin jangka masa pendek saya, di mana saya sarankan untuk subscribe.

Sekiranya anda belum membaca semua artikel latihan saya yang dikhaskan untuk kajian Thomas DeMark, berikut adalah senarai lengkapnya:

  1. TD Trend Factor dan TD Propulsion.
  2. TD Retracements (lihat di sini).
  3. TD Lines of demand and supply.
  4. TD D-Wave (lihat di sini).
  5. TD Sequential dan TD Combo (lihat di sini).
  6. TD REI dan TD POQ (lihat di sini ).
  7. TD DeMarker 1 dan 2, TD Pressure, TD ROC, TD Alignment (lihat di sini).
  8. TD Moving Averages (lihat di sini).
  9. TD Range Projection (lihat di sini).
  10. TD REBO dan TD Channels (lihat di sini).
  11. TD Differential, TD Anti-Differential, TD Reverse Differential (lihat di sini).
  12. TD Waldo Patterns: (lihat di sini).

Mari kita mula!

Jangka masa

Walaupun anda lebih gemar berdagang dalam jangka masa tunggal, saya tidak mengesyorkan membuat ramalan berdasarkan carta tunggal. Jangka masa panjang membantu anda mengenal pasti trend global yang mungkin tidak jelas pada carta harian, apatah lagi untuk jangka masa yang lebih pendek. Walau bagaimanapun, carta jangka masa pendek memberikan maklumat terperinci tentang keadaan pasaran local, di mana ia sangat membantu apabila anda menganalisis extreme point.

Tambahan lagi, tidak semua petunjuk DeMark berkesan dalam semua jangka masa. Sebagai contoh, Differential arrow mempunyai ketepatan yang tinggi dalam meramal harga bar seterusnya. Oleh itu, TD Differential hanya berkesan dalam jangka masa yang pendek. Saya akan berhujah mengenai jangka masa yang disyorkan untuk setiap alat yang digunakan dalam strategi selanjutnya.

Secara praktikal, saya menganalisis tiga tempoh masa dalam strategi ini:

  • Jangka masa bulanan digunakan untuk mengenal pasti trend jangka masa panjang dan memahami sentimen pasaran umum.
  • Jangka masa mingguan berkesan dalam mengenal pasti titik pivot, corak, isyarat lanjutan trend. Saya juga menggunakannya untuk mengesahkan isyarat yang ditemui pada jangka masa bulanan.
  • Jangka masa harian adalah tempoh masa yang sesuai untuk menentukan titik masuk/keluar. Isyarat yang ditemui dalam jangka masa yang lebih panjang kebiasaannya disahkan dalam carta harian, apabila harga mula bergerak ke arah yang dijangkakan. Atau, carta harian mungkin memberi maklumat mengenai situasi bertentangan seperti yang telah diramalkan; dalam kes ini, kita boleh mengatakan bahawa isyarat yang ditemui boleh ditafsirkan secara berbeza.

Sekiranya anda lebih cenderung terhadap pelaburan pendek, anda boleh menambah jangka masa H4 dan H1 ke senarai di atas. Kebanyakan alat DeMark kebiasaannya mempunyai impak yang kecil dalam jangka masa pendek.

Petunjuk

Ianya tidak relevan untuk menggunakan semua alat yang diterangkan dalam artikel sebelumnya. Ianya akan mengambil lebih banyak masa, tetapi untuk membuat ramalan yang tepat, anda memerlukan isyarat yang sama dihantar oleh tiga atau empat petunjuk. Oleh itu, saya akan menggunakan beberapa petunjuk, dipilih mengikut tiga kriteria: kemudahan penggunaan, keberkesanan dan universal. Saya mempunyai alat seperti berikut:

  • TD Moving Average I;
  • Petunjuk TD Moving Average II ROC;
  • Trend analisis  (jangka masa bulanan dan mingguan)
  • Ttik pivot 

Pertama sekali, saya perlu mengenal pasti trend yang berterusan. Tidak seperti dalam analisis klasik, saya hanya memberi tumpuan kepada bar terbaru. Disebabkan kaedah yang dicadangkan oleh Tom DeMark adalah dengan menggunakan data paling relevan, maka saya akan mengikuti cadangan pengarang dan menganalisis beberapa bar terakhir untuk mengenal pasti trend.

Membentuk trend line

Trend line dibentuk mengikut high penutupan bar yang terakhir dan dua true high bar sebelumnya. Ingat, true high mestilah lebih tinggi daripada high terbaru dan lebih tinggi daripada penutupan sebelumnya. Seterusnya, saya membentuk tahap yang dipanggil sebagai kekuatan trend, berdasarkan tahap bar terakhir dan bar sebelumnya.

Dalam trend menaik, tahap dibentuk dalam susunan cermin: trendline dilukis mengikut low pentupan bar terbaru dan dua true bar dua sebelumnya, kekuatan trend dilukis mengikut high penutupan bar yang terakhir dan bar sebelumnya.

Saya juga perlu memerlukan petunjuk flat untuk analisis saya, line yang menghubungkan dua harga penutupan terakhir. Dalam trend menurun yang kuat, line harus bergerak ke bawah; dalam trend menaik yang kuat – line harus bergerak ke atas.

Metodologi ini membolehkan saya memaparkan secara visual pandangan DeMark untuk menganalisis trend.

Seperti yang anda ketahui dari teori umum analisis trend, sebarang pergerakan harga mempunyai dua fasa - fasa flat/sideways trend/menyatu/, dan fasa trend, apabila harga sedang menaik atau menurun.

Penggunaan tiga line ini membolehkan untuk mengenal pasti fasa semasa pasaran.

Syarat-syarat

  • Sekiranya ketiga-tiga line tersebut bergerak dalam arah yang sama, pasaran sedang trending. Di samping itu, slope line secara visual mentakrifkan trend, menaik atau menurun.
  • Sekiranya line kekuatan trend melepasi trend line, pasaran sedang berada dalam fasa exhaustion atau inception. Di samping itu, line petunjuk flat mencadangkan kebarangkalian arah pergerakan harga pada masa hadapan.

Contoh

Kali ini, saya akan menganalisis keadaan pasaran semasa BTCUSD langkah demi langkah sebagai contoh.

LiteFinance: Contoh

Carta tersebut menunjukkan tiga line:

A adalah trend line

B adalah kekuatan trend 

C adalah petunjuk flat

Seperti yang saya bincangkan sebelum ini, trend line dalam trend menaik dibentuk mengikut low oleh penutupan bar yang terakhir dan dua bar sebelumnya.

Isyarat oleh satu kemungkinan exhaustion trend menaik akan berlaku apabila bar semasa lebih rendah berbanding trend line, dan apabila petunjuk flat dan trend line adalah bertentangan.

Seperti yang anda dapat lihat dari carta di atas, kedua-dua line bergerak ke atas, yang membawa maksud trend menaik sedang terbentuk.

Seterusnya, terdapat bar menurun berwarna merah yang reverse trend tersebut.

LiteFinance: Contoh

Kita alihkan semua line sebanyak satu bar ke hadapan dan dapat melihat line (C) dan (B) bergerak ke bawah, yang membawa maksud potensi terhadap satu reversal, dan, oleh itu, jika saya mempunyai posisi panjang yang dibuka, sila beri perhatian dan saya perlu mencari titik keluar.

LiteFinance: Contoh

Ianya jelas dari carta harga BTCUSD di atas bahawa bar Ogos melepasi trend line tersebut, ini bermaksud trend reversal dalam jangka masa bulanan, dan oleh itu, apabila tempoh Ogos selesai, trend line seterusnya akan terbentuk di sekitar paras high, kerana ia mencadangkan untuk satu trend menurun.

Di samping itu, anda dapat melihat bahawa shadow candlestick terakhir telah cukup panjang untuk mengambil keuntungan yang baik. Di sini, kekuatan trend line berfungsi sebagai rintangan terhadap trend menaik.

Tambahan lagi, sekiranya ia ditembusi, senario penurunan harga mungkin dibatalkan.

Tetapi ianya tidak berlaku, dan apabila bar Ogos ditutup, trend line seterusnya akan dibentuk untuk trend menurun (A), oleh itu, kita boleh mencari kemasukan menjual.

Kekuatan trend line (B) masih bergerak ke atas, disebabkan oleh trend yang baru terbentuk. Di samping itu, trend ini merupakan sokongan untuk trend menurun, kerana penembusannya telah mengesahkan bahawa penurunan akan berterusan.

Petunjuk flat (C) sedang bergerak ke bawah, yang mencadangkan trend akan menurun tidak lama lagi.

Perlu diingatkan bahawa, line (A) adalah sokongan untuk trend menurun dalam kes ini, oleh itu satu posisi pendek harus dimasukkan berhampiran dengan slope line.

LiteFinance: Contoh

Akhirnya, isyarat itu telah disahkan, harga BTCUSD berada di bawah kekuatan trend line B, mengesahkan trend menurun.

Oleh itu, kita telah menghadapi kitaran penuh reversal trend menaik dan permulaan trend menurun. Petunjuk ini berfungsi dengan cara yang sama apabila trend menurun berubah menjadi trend menaik, walau bagaimanapun, saya harus tegaskan, bahawa keberkesanannya terbukti hanya apabila digunakan pada jangka masa yang lebih lama. Penggunaannya dalam jangka masa harian melibatkan risiko yang tinggi kerana terdapat banyak isyarat palsu yang dihasilkan dari price noise.

LiteFinance: Contoh

Sekiranya terdapat divergence, saya berpegang kepada prinsip bahawa trend jangka masa panjang sentiasa lebih kukuh dan mengambil keuntungan dari peningkatan balik untuk menambah kepada posisi jangka masa sederhana dan dagangan intraday jangka pendek, atau saya cuba mengambil pergerakan pembetulan harga dalam sehari.

TD Moving Average I (Jangka masa D1)

TD Moving Average I Thomas DeMark adalah petunjuk yang baik untuk menganalisis jangka masa yang pendek. Alat ini, seperti petunjuk DeMark lain, dibentuk berdasarkan pergerakan harga relatif dan bukan pada nilai mutlak, oleh itu ia tidak mempunyai banyak kelemahan apabila digunakan dengan Moving Averages.

Ringkasnya, MA menaik terbentuk apabila low semasa adalah lebih besar daripada 12 low sebelumnya; ia selesai terbentuk apabila low semasa, dan tiga low seterusnya tidak melebihi 12 low sebelumnya. MA menurun dibentuk berdasarkan prinsip cermin.

Selang warna pada carta TD Moving Average I menandakan titik kemasukan, sementara gangguan line menunjukkan exhaustion trend yang berterusan. Ketiadaan line harus ditafsirkan sebagai ketidakpastian apabila harga tidak berubah.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai TD Moving Average I dalam artikel latihan sebelum ini. Sekarang, mari kita beralih kepada contoh praktikal.

Contoh

LiteFinance: Contoh

Seperti yang anda dapat lihat dari carta harian BTCUSD di atas, line bulanan dan mingguan menunjukkan trend menurun. Pembukaan minggu baru pada hari Isnin (ditandakan dengan anak panah merah) ditunjukkan oleh TD Moving Average I dari atas, yang menandakan penurunan trend local.

Dengan mempertimbangkan TD Moving Average I telah menukar warna menjadi merah pada akhir minggu lalu, kita dengan selamat boleh memasuki dagangan pendek dalam trend menurun, tanpa menunggu isyarat tambahan.

Walau bagaimanapun, keadaan pasaran tidak selalunya jelas.

Sekiranya terdapat sideways trend, dagangan dimasukkan mengikut analisis trend line dan analisis berdasarkan TD Moving Average I tidak menghasilkan keuntungan yang mencukupi dan kadang-kadang dapat mengakibatkan kerugian. Oleh itu, alat-alat analisis teknikal ini harus digunakan bersama-sama dengan petunjuk lain, termasuk, contohnya TD Moving Average II dan ROC.

Dalam bentuk klasik, TD Moving Average II adalah dua moving averang yang terbentuk mengikut penutupan harga. Yang pertama ialah tiga bar, MA yang kedua adalah perlahan, tiga puluh empat bar. MA yang cepat dibentuk apabila dibandingkan dengan dua penutupan bar yang lalu, dan yang perlahan - apabila dibandingkan dengan penutupan bar sebelumnya. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai TD Moving Average II dalam artikel latihan sebelum ini.

TD Rate of change (TD ROC) menunjukkan zon overbought/oversold yang membandingkan penutupan semasa dengan penutupan harga 12 bar terdahulu. Ianya sangat mudah untuk digunakan. Zon balance berada dalam julat kecil di antara tahap 97.5 dan 102.5. Seiring dengan itu, zon menurun berada di bawah julat ini, dan zon menaik berada di atas. Manfaat lain yang boleh didapati adalah anda boleh membentuk corak umum dalam window petunjuk

Ianya membantu anda mengenal pasti perbezaan (trend bertentangan yang ditunjukkan oleh oscillator dan carta harga) yang dianggap sebagai isyarat yang kuat oleh trend exhaustion, serta penembusan tahap sokongan/rintangan, diikuti oleh trend reversal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai TD ROC dari artikel yang dikhaskan untuk DeMark oscillator.

Penggunaan TD Moving Average II dan TD ROC serentak

Seseorang harus memasuki dagangan pendek apabila MA yang cepat dari TD Moving Average II berada di bawah MA yang perlahan, dan line petunjuk ROC berada di luar zon balance. Di samping itu, anda tidak sepatutnya memasuki perdagangan apabila ROC berada dalam zon neutral. Dalam kes perdagangan beli, keadaan adalah sebaliknya. Anda memasuki dagangan panjang, apabila MA yang cepat berada di atas MA yang perlahan, dan ROC menembusi zon neutral.

Contoh

LiteFinance: Contoh

Ianya jelas dari carta di atas bahawa isyarat jual telah disahkan kerana ROC menurun dari zon balance dan TD Moving Average Average II yang cepat adalah lebih rendah daripada yang perlahan.

Selain itu, saya harus menekankan bahawa ROC dan TD Moving Average II dan I tidak berfungsi dengan baik dalam jangka masa bulanan.

LiteFinance: Contoh

Sebagai tambahan kepada TD Moving Average II dan TD ROC, saya menggunakan analisis trend dalam petunjuk TD ROC itu sendiri sebagai isyarat pengesahan (ia tidak boleh menjadi isyarat utama!) Dalam strategi perdagangan trend saya. Saya juga menggunakan perbezaan TD ROC dan penyatuan dengan carta harga utama sebagai pengesahan isyarat.

LiteFinance: Contoh

Carta di atas menunjukkan contoh bagaimana analisis trend ROC berfungsi. Seperti dalam carta harga, petunjuk membentuk trend line mengikut high untuk trend menurun, dan mengikut low - untuk trend menaik.

Seperti yang anda dapat lihat, petunjuk menyimpang dari trend line berikutan kejatuhan harga yang mendadak, inilah isyarat bahawa pasaran sedang overheat. Overheat dibatalkan apabila pasaran kembali berhampiran dengan trend line. Di samping itu, apabila petunjuk mengubah arahnya, bertentangan dengan pergerakan harga, terdapat satu percanggahan, isyarat pertama dan isyarat paling awal trend reversal.

LiteFinance: Contoh

Seterusnya, anda dapat melihat bahawa petunjuk ROC menembusi trend line, ini merupakan isyarat kedua pengesahan. Seperti yang sejarah membuktikan, sebenarnya terdapat satu reversal dan permulaan trend menaik.

LiteFinance: Contoh

Seterusnya, kita akan menganalisis satu kes yang menarik, apabila trend menaik sedang terbentuk, tetapi terdapat drawdown secara tiba-tiba.

Anda boleh melihat pertumbuhan diteruskan selepas itu; tetapi bayangkan jika anda berada dalam keadaan apabila anda tiada idea terhadap pergerakan harga.

Pertama sekali, perlu diberi perhatian bahawa pergerakan ke bawah, berserta kepanjangannya, tidak menembusi trend line. Oleh itu, ianya masih terlalu awal untuk menjangkakan trend reversal.

Isyarat kedua adalah apabila ROC menembusi trend line, tetapi tiada divergence atau convergence berlaku, di mana ia merupakan syarat yang diperlukan untuk satu trend reversal.

Oleh itu, trend menurun yang ditunjukkan pada jangka masa mingguan tidak disahkan, dan kita boleh mengelak dari mengalami kerugian yang boleh terhasil daripada isyarat menjual palsu.

Saya ingin menekankan bahawa saya menggunakan trend line ROC bersama-sama dengan isyarat divergence/convergence hanya pada jangka masa mingguan. Ia digunakan dengan kaedah yang sama dalam jangka masa yang lebih pendek, tetapi terdapat kemungkinan banyak isyarat palsu akan terbentuk.

LiteFinance: Contoh

Ianya jelas dari carta di atas, bahawa trend line, berdasarkan ROC, bersama-sama dengan convergence tidak menyebabkan trend reversal, ia hanya menandakan pergerakan pembetulan. Dalam erti kata lain, isyarat petunjuk ini dalam tempoh masa yang lebih pendek boleh ditafsirkan sebagai isyarat trend reversal dengan syarat ia disahkan oleh isyarat yang bersesuaian dalam jangka masa yang lebih lama. Jika sebaliknya, isyarat ini akan menunjukkan pembetulan dan mungkin boleh digunakan untuk menambah posisi yang dimasukkan dalam arah trend.

Sekarang, saya ingin merumuskan peraturan utama strategi tersebut:

  1. Jangan memasuki dagangan yang bertentangan dengan trend global.
  2. Sentiasa menganalisis tiga jangka masa pada masa yang sama, bulanan, mingguan dan harian.
  3. Isyarat yang disediakan dalam jangka masa panjang adalah sentiasa lebih kuat berbanding isyarat yang disediakan dalam carta jangka masa pendek.
  4. Isyarat untuk mengesahkan trend reversal mesti disahkan oleh isyarat yang bersesuaian dalam semua jangka masa yang dianalisis.
  5. Isyarat reversal disahkan apabila:

Untuk jangka masa bulanan dan mingguan:

  • Trend line (A) ditembusi dalam carta harga.
  • Trend line ROC ditembusi, dan terdapat convergence atau divergence.

Untuk jangka masa mingguan dan yang lebih pendek:

  • Gabungan TD Moving Average II + ROC (ianya harus keluar dari zon balance).

Untuk jangka masa harian dan yang lebih pendek:

  • Gabungan TD Moving Average II + ROC (ianya harus keluar dari zon balance).

Bagaimana untuk berdagang dengan strategi ini?

Terdapat beberapa cara, dan saya cadangkan untuk menganalisis setiap satu daripadanya.

Cara paling mudah untuk mengaplikasikan strategi tersebut adalah berdagang dengan trend.

Dalam kes ini, secara ideal anda harus memasuki perdagangan apabila terdapat flat atau trend dalam jangka masa bulanan, dan terdapat trend yang jelas dalam jangka masa mingguan dan harian (dalam arah trend jangka masa bulanan jika pasaran bergerak dalam arah tersebut) dan terdapat satu pengesahan.

Dalam kes ini, anda memasuki perdagangan dalam arah trend dan meletakkan stop loss di trendline (A). Oleh itu, anda hanya perlu mengemas kini trend line dalam jangka masa bulanan dan mingguan apabila bar baru dibuka sekali seminggu dan mengalihkan stop loss mengikut isyarat petunjuk.

Jika trend reversal disahkan pada jangka masa harian dan mingguan, dan jangka masa bulanan menunjukkan trend exhaustion, anda harus mengambil keuntungan, keluar dari perdagangan ini dan memasuki perdagangan dalam arah bertentangan.

Kaedah dagangan ini akan sesuai dengan orang yang tidak mahu hanya hold sesuatu aset, tetapi mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memantau pasaran setiap hari.

Strategi ini mencadangkan bahawa anda tidak boleh menganalisis jangka masa yang lebih pendek daripada H1, kerana anda boleh keliru oleh price noise di mana ia akan bertambah sukar untuk membuat keputusan perdagangan yang bijak.

Kepada mereka yang lebih cenderung kepada kekerapan perdagangan, boleh menganalisis jangka masa H4.

Dalam kes ini, anda harus mempertimbangkan isyarat yang dihantar dalam jangka masa bulanan, tetapi anda memasuki perdagangan berdasarkan isyarat yang disediakan dalam jangka masa mingguan/bulanan/H4.

Dengan pendekatan ini, anda boleh memasuki beberapa perdagangan seminggu.

Saya akan menerangkan satu lagi strategi perdagangan mata wang crypto berdasarkan petunjuk Thomas DeMark dalam artikel seterusnya.

Subscribe blog untuk mengikuti berita-berita terkini!

Saya mengucapkan selamat maju jaya!


PS. Jika anda bersetuju dengan idea saya, letakkan "+" dalam ruangan komen; jika anda tidak bersetuju, letakkan "-". Jika anda sukakan post ini, komen terima kasih dan jangan lupa untuk berkongsi post ini. Ianya sangat mudah untuk anda dan saya akan turut gembira :)

Ikuti post saya dalam blog untuk ketahui berita-berita terkini mengenai mata wang crypto.

Strategi dagangan trend asal berdasarkan alat teknikal Tom DeMark oleh Mikhail Hyipov

Strategi dagangan trend mata wang crypto yang direka oleh Mikhail Hyipov berdasarkan petunjuk Thomas DeMark

LiteFinance: Bagaimana untuk berdagang dengan strategi ini?


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Trend trading strategy with DeMark indicators

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat