Ciri-ciri analisis fundamental dan teknikal dalam Forex: perangkap, kesilapan pedagang baru; bagaimana untuk mengelak dari melakukan kesilapan dalam perdagangan.

Banyak pedagang baru mungkin berpendapat bahawa analisis fundamental adalah alat mudah untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah: anda hanya perlu menunggu berita baik dan memasuki perdagangan dalam arah pergerakan trend. Mereka akan kecewa apabila harga reverse dalam arah yang bertentangan. Perkara seperti ini berlaku kepada peminat analisis teknikal. Alasan utama adalah kerana tidak menitikberatkan kerumitan sesuatu jenis analisis ini. Anda akan mempelajari dari ulasan ini mengenai perangkap analisis fundamental dan teknikal serta bagaimana untuk mengelak dari melakukan kesilapan umum. Pada akhir artikel ini anda akan mendapati beberapa pautan perdagangan yang bermanfaat!

Risiko analisis fundamental dan teknikal

Analisis fundamental adalah subjek paling menarik bagi pedagang baru. Ianya berteraskan logik. Anda tidak perlu mempelajari ciri-ciri khas petunjuk, jika anda boleh menjana, sebagai contoh, ke atas penerbitan statistik positif, laporan, atau melabur dalam syarikat terkemuka seperti Alphabet, Apple – stoknya akan tetap meningkat selaras dengan harga. Apa yang mengejutkan apabila harga berada dalam arah yang bertentangan atau swing ke atas dan ke bawah lalu mencapai stop loss. Pada ketika ini, mereka mengesyaki bahawa broker telah memanipulasi harga. Malangnya, sifat manusia itu sendiri adalah untuk mencari kesilapan orang lain, tetapi bukan terhadap diri sendiri. Perkara tersebut kebiasaannya mengambil tempat dalam kalangan pedagang di mana mereka tidak mempertimbangkan sebarang faktor.

Perkara yang sama berlaku ke atas analisis teknikal. Isyarat palsu dari petunjuk disalahkan ke atas pergerakkan harga yang lewat atau broker sekali lagi dipersalahkan. Atas sebab tertentu, faktor fundamental tidak dipertimbangkan. Ulasan ini akan menerangkan secara ringkas perangkap analisis fundamental dan teknikal, di mana sebab-sebab tertentu tidak dipertimbangkan oleh pedagang baru. Pelabur yang lebih berpengalaman tahu akan perkara tersebut, oleh itu, artikel ini bermanfaat buat pedagang baru. Wang yang mudah tidak datang dengan sendirinya!

Perangkap analisis fundamental

Analisis fundamental boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

  • Analisis faktor-faktor geopolitik dan makroekonomi: GDP dan pasaran buruh, dasar monetari Central Bank (kadar diskaun, kawalan bekalan wang, dll.), statistik, keseimbangan pembayaran, hubungan perdagangan, peristiwa kecemasan, termasuklah konflik ketenteraan.
  • Analisis industri individu: dinamik pertumbuhan dalam istilah peratusan, tinjauan, tahap permintaan, dan sebagainya.
  • Analisis syarikat-syarikat individu: prestasi kewangan.

1. Jangkaan yang gagal

Di sini, contoh yang paling sesuai adalah pasaran saham. Salah satu strategi umum untuk menjana keuntungan terhadap saham adalah untuk memasuki perdagangan pada masa penerbitan data statistik: penyata kewangan, hasil kerja yang dilakukan (contohnya, syarikat bioteknologi amat peka terhadap kegagalan ujian penyelidikan perubatan), pengembangan ke pasaran tempatan, dan sebagainya. Ianya kelihatan relevan "Penyata kewangan positif - peningkatan nilai saham." Perkara ini adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh pedagang baru bahawa sebarang statistik patut dilihat dalam dinamik.

LiteFinance: 1. Jangkaan yang gagal

Carta ini menunjukkan dua penurunan harga utama, yang ternyata menjadi paling rendah sejak 2012. 16 Mac, harga saham Facebook menurun sebanyak 6.8%. Alasannya adalah maklumat data peribadi 51.3 juta pengguna rangkaian sosial dicuri dan diterbitkan dalam media.

Peringatan. Ianya adalah contoh yang baik tentang bagaimana reaksi harga terhadap pelbagai komen positif dan negatif. Kejatuhan harga yang mendadak menunjukkan bahawa pelabur menjual saham Facebook secara besar-besaran. Dan kini perhatikan berapakah jumlah yang boleh anda peroleh dengan membeli stok apabila harga telah mencapai tahap low: dalam masa 4 bulan, harga telah meningkat dari $153.03 ke $217.5. Bukti yang sangat baik untuk menunjukkan bahawa anda tidak perlu panik: jangan jual ketika penurunan harga, beli pada harga yang sangat rendah.

Tetapi perhatian kita adalah terhadap penurunan harga kedua. Perhatikan keadaannya dan kepantasannya. Pada hari Rabu, 25 Julai, stok Facebook menurun sebanyak 24% sejurus selepas sesi dagangan utama di US ditutup. Alasannya adalah kerana penerbitan laporan kewangan:

  • Pendapatan syarikat pada suku tersebut meningkat menurut laporan kepada $13.2 bilion, walaupun ia dijangka akan meningkat kepada $13.3 bilion;
  • Kadar pertumbuhan bulanan bagi Q2 berada pada 1.54%, berbanding dengan 3.14% pada suku pertama.
  • Bilangan pengguna aktif setiap hari adalah +1.44% pada Q2, berbanding +3.42% pada suku pertama.
  • Bilangan pengguna di Eropah menurun kepada 376 juta berbanding 377, tanpa sebarang perubahan di Amerika Utara (241 juta orang).

Seperti yang anda dapat lihat dari prestasi kewangan syarikat tersebut pada suku kedua adalah positif: terdapat pertumbuhan, pendapatan meningkat. Tetapi, berbanding dengan suku sebelumnya, ianya lebih rendah, di mana ia mengakibatkan penurnan harga yang kuat.

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap tersebut:

  • Menganalisis statistik kewangan untuk beberapa tempoh, membandingkannya dengan data yang diramal (untuk pasaran saham). Menilai laporan industri untuk beberapa tempoh.
  • Pantau analisis dan forum. Tetapi berhati-hati, kerana manipulasi boleh berlaku.
  • Mempelbagaikan risiko. Kesilapan tidak dapat dielakkan dan keuntungan harus melindungi kerugian. Ianya relevan untuk melabur dalam aset secara langsung.

Saya juga ingin menyatakan fenomena seperti Ex-dividend. Ia terjadi ke atas dividen saham yang akan dibayar. Ianya kelihatan seperti pada permulaan pembayaran, anda boleh membeli lebih banyak saham, menerima dividen dan segera menjualnya. Pedagang yang tamak sering jatuh ke dalam perangkap ini.

Dividen dibayar kepada pemegang saham. Pembayaran dividen dipersetujui pada mesyuarat pemegang saham, di mana pendaftaran yang berkaitan dibentuk dan tarikh pembayaran ditentukan (tarikh terakhir untuk pemegang saham). Setiap orang yang menjadi pemilik saham pada keesokan harinya selepas tarikh cut-off akan menerima dividen. Ex-dividend menerangkan saham yang didagangkan tanpa nilai pembayaran dividen seterusnya. Tarikh ex-dividend atau "ex-date" adalah hari saham mula diperdagangkan tanpa nilai pembayaran dividen seterusnya. Ex-dividend menggambarkan stok yang menurun dalam sejumlah harga dengan hampir sama dengan jumlah dividen, kerana ia dibayar atas perbelanjaan keuntungan syarikat. Dengan cara ini, anda tidak boleh memasuki perdagangan pendek (kerana anda sudah tahu bahawa harga saham akan jatuh selaras dengan jumlah dividen), jika ianya dilarang, broker harus menutup posisi sedemikian.

LiteFinance: 1. Jangkaan yang gagal

Tentukan dengan sendiri jika penurunan harga saham Gazprom PAO adalah ex-dividend atau hanya satu kebetulan.

2. Mengambil ringan faktor-faktor lain

Kadar diskaun Fed dan laporan mengenai pekerjaan US dianggap sebagai salah satu faktor paling berpengaruh untuk pasangan mata wang termasuklah US dollar. Serta laporan mengenai reserve minyak US, stok minyak dan bilangan pelantar penggerudian minyak. Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti strategi yang berkesan. Sebagai contoh, pada ketika laporan positif dalam pasaran buruh diterbitkan, seseorang mungkin membuka posisi panjang yang berlangsung sekitar satu jam. Tetapi ianya tidak selalu berkesan. Walaupun terdapat pertumbuhan dalam bilangan pekerjaan, adalah satu keperluan untuk menganalisis data mengenai pengangguran, perubahan gaji purata setiap jam, dll.

Saya akan memberikan satu lagi contoh: kadar pertukaran EUR/USD bergantung kepada bukan sahaja data ekonomi US, tetapi juga ke atas laporan ECB. Jika data pertama telah diramal oleh pelabur dan selaras dengan jangkaan mereka dan statistik ECB ternyata tidak akan dijangka (tidak selaras dengan ramalan), maka statistik ECB, yang dianggap kurang memberi kesan berbanding laporan ekonomi US, akan menjadi lebih besar dan menyokong nilai EUR.

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap tersebut:

  • Menilai semua perkara dalam kompleks, dari geopolitik dan petunjuk makroekonomi, berakhir dengan data industri dan statistik syarikat tunggal. Anggarkan dasar bank pusat di semua negara serta statistik ekonomi untuk berdagang Dalam pasaran pertukaran asing.
  • Menganalisis keadaan industri secara umum.
  • Jangan tergesa-gesa. Sekiranya harga atas sebab-sebab tertentu telah bergerak dalam arah yang bertentangan selepas statistik dikeluarkan, adalah lebih baik anda menutup perdagangan dan tunggu. Pada 6 Disember 2013, selepas penerbitan laporan NFP, kadar EUR/USD menurun, tetapi kemudiannya trend tersebut reverse. Menurut para penganalisis, reaksi positif terhadap laporan positif yang kuat merupakan kali pertama sejak tahun 2000. Tiada siapa yang tahu mengapa. Kemungkinan besar adalah bahawa pelabur besar memanipulasi pasaran.

3. Tindak balas yang lewat terhadap sesuatu peristiwa

Sebagai contoh anda menjangkakan sesuatu peristiwa: perubahan dalam kadar diskaun atau laporan kewangan. Anda membeli (menjual) aset, tetapi... Statistik diterbitkan, dan harga aset tidak berubah dan anda kehilangan wang disebabkan oleh margin. Mengapa ianya berlaku: kebanyakan peristiwa boleh diramalkan lebih awal sebelum ia berlaku. Dan pedagang yang lebih bijak akan membeli aset lebih awal. Penganalisis berpendapat seperti ini: harga aset tidak berubah, kerana pelabur telah "dagangkan" berita tersebut.

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap tersebut:

  • Terdapat satu penyelesaian: belajar untuk mempertimbangkan senario yang berbeza terlebih dahulu dan ingat kepada dua perkara di atas.

4. Manipulasi melalui media

Di manakah anda mencari maklumat mengenai peristiwa tertentu? Adakah akan mengkaji kalendar ekonomi, sumber asal atau media, forum, analisis, pendapat dari pakar? Sudah tentu, terdapat kebolehpercayaan terhadap pakar dan media, tetapi apabila maklumat yang sama disahkan dalam sumber yang berbeza, dan ia juga dibincangkan secara aktif dalam forum, anda secara tidak langsung akan mula mempercayai majoriti. Tetapi terdapat satu soalan yang menarik: jika, misalnya, setiap orang ingin membeli aset, maka siapakah yang akan menjualnya pada kenaikan harga? Pembuat pasaran? Atau mereka yang sengaja mewujudkan persekitaran maklumat yang tepat, menggalakkan pelabur yang berpotensi mengambil keputusan yang diperlukan?

Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memanipulasi:

  • Manipulasi dalam angka. Statistik ditunjukkan dalam satu cara untuk mewujudkan keadaan tertentu, yang diperlukan oleh pemanipulasi, pendapat mengenai keadaan. Kebiasaannya ia sangat mudah untuk mempengaruhi pendapat seseorang dengan menunjukkan jumlah peratusan. Hanya segelintir akan memikirkan sumber peratusan tersebut dan perbandingannya.
  • Mencipta akaun palsu dalam forum untuk membuatkannya kelihatan seperti berbincang dalam memperkenalkan idea-idea tertentu dalam komuniti pedagang.
  • Berita khas, idea dan pendapat palsu melalui penganalisis yang telah diupah.

Perangkap analisis teknikal

Analisis teknikal adalah usaha untuk membentuk sistem perdagangan, berdasarkan petunjuk, seperti line, titik dan sebagainya yang memaparkan titik kemasukan dalam carta. Ia juga termasuk analisis grafik (sokongan psikologi dan tahap rintangan, tahap retracement Fibonacci), analisis candlestick dan corak (corak atau formasi candlestick yang telah disahkan) dan sebagainya. Para peminat analisis teknikal terlalu yakin dengan keberkesanannya.

LiteFinance: Perangkap analisis teknikal

 

1.Force majeure dan pengecualian kepada teori wave pasaran

Petunjuk merupakan satu perisian, yang dirangka dalam bahasa pengkomputeran (contohnya, MQL5). Ia berlandaskan kepada prinsip matematik yang dibentuk dalam sistem analisis data statistik yang berbeza. Mengikut parameter yang ditentukan, program ini akan menganalisis statistik untuk tempoh masa tertentu dan, berdasarkan corak, menjangkakan price action.

Peringatan. Seperti dalam tahun 2006 dan 2010. Statistik tersebut telah terjejas akibat dari krisis gadai janji pada tahun 2008, dan seorang pedagang yang memasuki sejumlah bilangan bar untuk tujuan analisis akan melihat keputusan yang bertentangan selama 2 tahun dan 5 tahun. Anda boleh mempercayai teori wave pasaran seperti sebuah agama, tetapi tiada wave yang sempurna! Tambahan lagi, seperti Brexit dan 15 Januari 2015, apabila Swiss National Bank mencetuskan kekacauan dalam pasaran.

LiteFinance: 1.Force majeure dan pengecualian kepada teori wave pasaran

Tiada petunjuk yang dapat memberikan maklumat 99% terhadap bagaimana pasaran akan bertindak balas. Algoritma matematik boleh menjangkakan psikologi, manipulasi dan force majeure. Tanyakan soalan kepada peminat analisis teknikal: oscillator yang manakah lebih baik dan mengapa: stochastic, RSI, MACD? Atau oscillator yang lain?

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap:

  • Satu-satunya penyelesaian adalah untuk memahami bahawa tiada petunjuk yang sempurna. Dan tiada petunjuk ideal yang dapat berfungsi dalam semua situasi pasaran. Anda perlu mengujinya, menganalisis faktor fundamental, fleksibel dan mencari kombinasi alat anda sendiri.

Secara ringkasnya, anda perlu membentuk gabungan anda yang paling berkesan, fleksibel, sabar dan dapat menguruskan tekanan.

2. Naluri dan slippage orang ramai

Bayangkan jika anda masih boleh mencari kombinasi ideal petunjuk teknikal. Anda juga boleh memesan satu Expert Advisor. Tidak mempertimbangkan sebarang prinsip yang dilandaskan, tetapi anda membentuknya dengan akses yang percuma. Apakah yang akan berlaku sekiranya semua pedagang mengaplikasikannya serentak? Atau, dalam erti kata mudah, jika semua orang, secara hipotesis, membuka posisi pada arah yang sama secara serentak, mengikuti isyarat Expert Advisor? Hasil daripada kehilangan beberapa pihak berkaitan terhadap urus niaga tersebut adalah slippage.

Yakin bahawa pasaran hanya akan bertindak dengan cara yang sama walaupun isyarat petunjuk telah diberikan. Itulah sebabnya harapan terhadap strategi percuma (serta yang dibayar) akan menguntungkan anda hanyalah palsu.

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap tersebut:

  • "Free cheese is only found in the mousetrap". Dalam kebanyakan kes, strategi yang diterangkan dalam laman web dan ditunjukkan keberkesanannya tidak begitu. Tujuannya adalah sama - untuk meningkatkan traffic ke laman web atau meyakinkan seseorang untuk log masuk melalui pautan affiliate. Tetapi strategi ini tidak akan memberi sebarang risiko; ianya adalah simulator yang sempuran untuk mempraktikkan dagangan pada akaun demo. Muat turun templat petunjuk, pasangkan di MT4 dan latih diri anda sendiri untuk menyesuaikan tetapan petunjuk dengan menguji data terdahulu.
  • "Paid cheese in the mousetrap seems to be tastier, but the essence is the same". Tetapi kes ini jauh lebih menarik. Pada pandangan pertama, strategi berbayar haruslah berkesan kerana ianya tidak boleh diakses dengan percuma. Tetapi, cuba fikirkan jika ianya relevan untuk menjual strategi yang berkesan apabila anda boleh menajana wang pada akaun PAMM atau perdagangan sosial. Terdapat banyak contoh backtesting palsu, dan tidak ramai yang ketahui mengenai pemantauan MyFxBook.
  • Terdapat satu penyelesaian: menggunakan asas dan gabungan petunjuk, berlatih untuk menggabungkannya antara satu sama lain, membentuk sistem perdagangan anda sendiri dan menaik taraf sepanjang masa (anda akan mendapati maklumat berserta pautan mengenai bagaimana untuk menyesuaikan sistem perdagangan pada pengakhiran bahagian ini).

Mereka yang tahu bagaimana untuk menjana lebih banyak wang tunai dalam perdagangan dan mempunyai strategi perdagangan yang berkesan, tidak akan berkongsi.

3. Noise dan petunjuk lagging

Noise adalah perubahan harga secara rawak dalam jangka masa yang pendek. Sifat noise itu sendiri adalah sukar untuk dijelaskan: ia mungkin quote yang lagging, kelemahan platform itu sendiri atau peralatan pelayan broker, dan memasuki perdagangan kecil. Harga tersebuut tidak akan menggambarkan carta, ianya hanya kelihatan seperti garisan lurus. Malangnya, noise mempengaruhi petunjuk di mana ia membuatkan petunjuk tersebut menghantar isyarat palsu.

Petunjuk dibentuk dalam carta harga pada masa hadapan, berdasarkan sejarah tempoh sebelumnya. Setiap bar terakhir boleh mempunyai pengaruh yang kuat ke atasnya, tetapi, pada ketika petunjuk memberikan sesuatu maklumat, termasuklah bar yang terakhir, telah terdapat bar seterusnya yang dibuka, di mana ia dipengaruhi oleh faktor-faktor fundamental, mungkin berada dalam arah yang bertentangan. Itulah lag masa.

Bagaimana untuk mengelak dari perangkap tersebut:

  • Menggunakan jangka masa dari M30 dan lebih lama
  • Menganalisis carta harga dengan pelbagai jenis petunjuk. Jangan memberi tumpuan kepada jumlah dagangan yang dimasukkan dan keuntungan. Perkara yang penting adalah ketepatan dan risiko minimum.
  • Elakkan dari kesilapan sejarah, menganalisis hasil sebelumnya secara objektif
  • Menganalisis petunjuk dan faktor fundamental bersama-sama.

Dan satu lagi peraturan penting: jangan terbawa-bawa, anda tidak perlu mengubah petunjuk dan strategi setiap hari untuk mencari kemasukan. Pilih satu pendekatan dan jadikannya ia berfungsi!

Kesimpulan: Analisis fundamental mahupun analisis teknikal tidak akan menjamin perdagangan yang berjaya. Dan tentu saja, anda tidak boleh bergantung kepada hanya satu jenis analisis sahaja. Dagangan yang berjaya melibatkan penggunaan jenis analisis kompleks, tetapi kadang-kadang itu sahaja masih tidak mencukupi. Seorang pedagang juga harus mempunyai wawasan, reaksi yang baik, kawalan tekanan (agar tidak kehilangan wang pada keadaan panik) dan perlu diingatkan bahawa modal institusi juga mengawal pasaran. Ya, ianya tidak mudah untuk menjana wang ke atas perubahan harga spekulatif, tetapi semuanya dapat dilakukan jika berusaha dan tidak mengharapkan pada wang yang mudah. Sebagai kesimpulan, beberapa pautan berguna:

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sebarang idea untuk ditambah, atau sebarang perkara yang perlu dibincangkan – saya mengajak anda untuk berkongsi dan membincangkan idea anda dalam ruangan komen!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Gunakan kod promo BLOG untuk mendapatkan bonus deposit 50% di platform LiteFinance. Hanya masukkan kod ini di ruang yang disediakan semasa membuat deposit ke akaun perdagangan anda.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/forex_hari_ini_malaysia
Kelemahan analisis fundamental dan teknikal

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat