Pelanggan yang dihormati,
Baru-baru ini terdapat lebih banyak penipuan yang melibatkan penggunaan nama dagangan LiteFinance secara haram untuk membuat kumpulan dan chat di rangkaian sosial atau messenger dan laman web palsu.
Ianya penting untuk sentiasa ingat bahawa 'scammers' sering menggunakan nama nama besar dan syarikat yang terkemuka untuk spam kan skim.
Harap berhati-hati dan berwaspada dengan penjenayah siber! Perhatikan siapa yang menghantar mesej kepada anda dan nama domain apa yang digunakan dalam pautan.
Kami juga telah dimaklumkan bahawa penipu atau pesaing kadangkala membuat akaun sokongan palsu di Telegram dan menghantar teks kepada pelanggan kami atas nama syarikat untuk mendapatkan data peribadi mereka atau mencemarkan reputasi syarikat.
Kami juga mendapati terdapat kes klien menghantar dana mereka kepada penjenayah siber menggunakan maklumat yang mereka terima di media sosial. Sila ambil maklum yang anda hanya boleh top up akaun anda HANYA di Litefinance Client Profile https://my.litefinance.org/ menggunakan maklumat pembayaran yang tertera di sana. Pekerja syarikat tidak akan meminta kata laluan atau data pembayaran sulit klien. Mereka tidak menyediakan mana mana akaun atau maklumat wallet untuk top up akaun dagangan dalam chat, media sosial, atau mana mana tempat lain.
Peringatan Penting: Jangan serahkan wang anda kepada pihak ketiga untuk berdagang. Terdapat pilihan yang lebih selamat – sistem perdagangan salinan. Dalam sistem ini, wang anda kekal dalam akaun anda sendiri, dan anda hanya menyalin dagangan pedagang yang berjaya ke dalam akaun anda. Dengan menyerahkan wang anda kepada akaun pihak ketiga, anda menanggung risiko yang berkaitan dengan keselamatan simpanannya.
Bagaimana anda dapat memastikan anda berada di laman web rasmi
Jangan sesekali log masuk ke platform LiteFinance anda melainkan anda telah memastikan bahawa anda berada di domain rasmi kami.
Berikut adalah senarai domain rasmi yang disediakan LiteFinance untuk pelanggan berbahasa Melayu:
Laman rasmi:
https://www.litefinance.org/ adalah domain utama laman LiteFinance Global LLC untuk pelanggan kami yang berbahasa Inggeris.
Profil perdagangan dan Pelanggan:
https://my.litefinance.org/ adalah domain platform LiteFinance utama untuk pelanggan dari seluruh dunia.
Domain lain mungkin milik penipu, jadi sila periksa sebelum anda log masuk.
Bagaimana anda dapat mengenal pasti bahawa anda bercakap dengan pasukan sokongan atau wakil rasmi LiteFinance
Kami tidak pernah menghubungi pelanggan di rangkaian sosial dan messenger.
Kami tidak pernah meminta kata laluan atau maklumat pembayaran selamat lain yang memberikan akses ke akaun atau wang anda.
Kami tidak pernah meminta pelanggan kami memasang perisian akses, seperti TeamViewer atau Microsoft Remote Desktop.
Syarikat itu menghubungi pelanggan melalui panggilan hanya jika mereka meminta panggilan telefon. Pasukan sokongan boleh menghubungi anda untuk mengesahkan nombor telefon anda atau kaedah pembayaran baru.
Pasukan sokongan rasmi menghubungi anda hanya melalui e-mel atau telefon yang dinyatakan dalam Profil Pelanggan anda dan melalui saluran komunikasi dalaman Pasukan Sokongan di platform dalam talian. Ini perkara pertama dalam senarai chat anda.
Maklumat hubungan rasmi kami dinyatakan di bahagian Hubungi di halaman "Sokongan" di laman https://www.litefinance.org.
Nombor telefon pejabat rasmi kami ditunjukkan pada tab "Pejabat kami" di bahagian "Hubungi".
Senarai komuniti rasmi kami terdapat di halaman "Sokongan" di tab Komuniti.
Sekiranya anda mempunyai keraguan, anda harus menggunakan Live Chat kami dan pastikan anda bercakap dengan wakil rasmi kami.
Ikuti peraturan keselamatan dan jangan hantarkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga dan penipu.
Baca lebih lanjut mengenai Keselamatan di pasaran Forex dan bagaimana melindungi akaun perdagangan anda daripada penipuan di sini.
Salam Sejahtera,
LiteFinance




