Pada masa kini, sesiapa sahaja boleh membeli saham hampir setiap syarikat yang mereka minati hanya dalam beberapa saat sahaja. Bagaimana jika anda boleh membeli sekuriti beberapa puluh syarikat dalam satu dagangan? Dengan itu, anda boleh mengurangkan risiko yang tinggi untuk kehilangan wang yang berkaitan dengan kejatuhan harga saham dalam satu syarikat.

Itulah sebabnya indeks saham dicipta. Dengan berdagang indeks, anda boleh melabur dalam keseluruhan industri dan kumpulan syarikat yang bersatu atas apa jua asas. Dalam artikel ini, saya akan mengkaji dengan lebih dekat apa itu indeks dalam perdagangan saham, indeks yang tersenarai, cara ia berfungsi, dan ciri-ciri indeks dagangan saham dengan LiteFinance, serta strategi dagangan indeks yang paling berpotensi membuat keuntungan!

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Apa Itu Stock Index (Indeks Saham)

Indeks pasaran saham ialah indikator momentum perubahan harga semasa untuk kumpulan saham terpilih atau underlying aset lain. Dengan kata lain, indeks menunjukkan nilai purata harga untuk satu portfolio saham tertentu, yang disatukan oleh beberapa ciri yang sama.

Strategi pengiraan indeks pasaran saham adalah berdasarkan formula yang berbeza: sama ada melalui simple arithmetic mean atau komponen price-weighted, iaitu, weighted average arithmetic mean harga saham syarikat. Walau bagaimanapun, tidak logik untuk mempelajari semua formula atau cuba memahaminya dengan teliti kerana nilai indeks saham dikira secara automatik.

Contoh Index

Hampir mana-mana pasaran menawarkan peluang untuk melabur dalam dana indeks. Di bawah, saya akan menghuraikan indeks saham dengan permodalan pasaran (market capitalisation) tertinggi.

Dow Jones

Penyebaran dagangan indeks sebahagian besarnya disebabkan oleh kemunculan indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA). Ia adalah salah satu indeks tertua, paling terkenal, dan paling kerap digunakan di dunia, yang merangkumi saham 30 syarikat terbesar di AS.

Pada mulanya, Dow Jones mencerminkan prestasi komponen perindustrian pasaran kewangan AS. Kini, dengan pembangunan IT dan keseluruhan sektor perkhidmatan di AS, DJI30 mempunyai sedikit persamaan dengan pelaburan secara langsung dalam industri. Pada masa ini, ia termasuk syarikat seperti 3M, American Express, Amgen, Apple, Boeing, Caterpillar, dan lain-lain.

Komponen indeks price-weighted Dow Jones didagangkan sama ada di Bursa Saham New York (NYSE) atau di bursa saham Nasdaq. Oleh itu, masa terbaik untuk berdagang DJIA ialah waktu bekerja bagi dagangan kedua-dua bursa ini, dari 9:30 hingga 16:00 EST dari Isnin hingga Jumaat.

S&P 500

Indeks Standard & Poor's 500 (biasanya dikenali sebagai S&P 500) ialah indeks market-cap weighted yang merangkumi saham 500 syarikat terkemuka. Indeks dikira berdasarkan average weighted market cap syarikat yang disenaraikan dalam indeks. Oleh itu, setiap saham dalam indeks diwakili secara berkadaran dengan jumlah market cap.

Salah satu ciri S&P 500 ialah kosnya yang tinggi. Oleh itu, hanya trader (trader saham dan niaga hadapan) yang menggunakan produk yang mempunyai leverage atau mempunyai deposit yang besar sahaja yang boleh membeli kontrak. Indeks ini disenaraikan di NYSE dan Bursa Saham Chicago, tetapi anda boleh berdagang SP500 selepas bursa-bursa ini ditutup. Walau bagaimanapun, kecairan spekulatif S&P 500, dalam kes ini jelas berkurangan.

Anda juga boleh berdagang ETF (Exchange-Traded Fund) - instrumen derivatif yang sepenuhnya mengulangi pergerakan asal indeks market-cap weighted tetapi mempunyai harga semasa yang lebih rendah.

NASDAQ

Ia adalah indeks broad-based. Sebenarnya, terdapat tiga indeks NASDAQ:

  • NASDAQ: Komposit adalah yang paling popular, ia merangkumi lebih daripada 2500 syarikat.
  • NASDAQ 100 ialah indeks market-capitalization-weighted yang merangkumi sekuriti 100 syarikat teknologi tinggi terbesar.
  • NASDAQ Biotechnology ialah salah satu indeks pasaran saham yang meliputi syarikat bioteknologi dan farmaseutikal terbesar.

Masa terbaik untuk berdagang sekuriti Nasdaq (IXIC) ialah antara 9:30 pagi dan 4:00 petang (GMT-5). Antara faedah melabur dalam indeks ini, pertama sekali, kita harus menyebut lemahnya kebergantungan syarikat-syarikat yang termasuk dalam NQ100 terhadap faktor-faktor fundamental umum (berita ekonomi, faktor politik, laporan pendapatan syarikat, sentimen pelabur, dll.). Sebaliknya, harga NASDAQ banyak dipengaruhi oleh berita berteknologi tinggi.

FTSE

Indeks FTSE 100 ialah indeks paling signifikan di UK. Ia adalah indeks market-cap-weighted yang merangkumi 100 syarikat terkemuka di UK, yang didagangkan di Bursa Saham London.

Masa terbaik untuk berdagang FTSE 100 ialah waktu kerja London Exchange, dari 8:00 hingga 16.30. Ia adalah indeks universal, dan seseorang boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen seperti saham, option, ETF, trading CFD, indeks hadapan (kontrak hadapan) dan derivatif kewangan serta instrumen kompleks yang lain. Pelabur boleh membuat keputusan dagangan indeks berdasarkan analisis teknikal (chart pattern, indikator), indikator teknikal dan fundamental analisis (tinjauan politik dan ekonomi). Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat, terutamanya tanpa kemahiran dagangan yang mencukupi dan pemahaman tentang prospek pasaran jangka panjang.

FDAX

FDAX 40 (sebelumnya dikenali DAX30) satu lagi indeks saham Eropah, meliputi 40 syarikat terkemuka Jerman, serta dividen yang mereka bayar. Disebabkan oleh kepelbagaian underlying aset, ia menampilkan kecairan yang tinggi, menarik ramai pelabur. Masa terbaik untuk berdagang DAX ialah dari Isnin hingga Jumaat dari jam 09:00 hingga 23:00 EET.

ASX200

S&P/ASX200 ialah indeks penanda aras untuk pasaran kewangan Australia. Ia dikira berdasarkan kaedah weighted dan merangkumi saham-saham 200 syarikat terbesar di Australia. ASX200, seperti indeks utama lain, adalah sangat cair. Masa dagangan optimum dihadkan oleh waktu Bursa Sekuriti Australia, 10:00-16:00 (GMT+10).

HK50

HK50 (Hong Kong 50) ialah indeks yang didagangkan di Bursa Saham Hong Kong. Kebanyakan pakar menganggapnya indikator dagangan saham paling tepat di dunia, yang dikira berdasarkan market cap syarikat-syarikat terbesar di Asia Tenggara, yang beroperasi dalam 12 industri berbeza.

Trader tertarik oleh nilai spekulatif yang tinggi dari HK50. Waktu terbaik untuk berdagang ialah 9:00 - 16:00 (GMT+4).

Japan225

Japan 225, lebih dikenali sebagai Nikkei 225 atau hanya Nikkei, ialah indeks price-weighted yang meliputi 225 syarikat Jepun terbesar, yang sahamnya didagangkan di Bursa Saham Tokyo. Trader yang berpengalaman mencatatkan bahawa carta Nikkei 225 berkait rapat dengan DJIA dalam hampir semua timeframe. Ia sering mengulangi pergerakan Dow Jones dengan delay satu hari. Masa terbaik untuk berdagang ditentukan oleh waktu kerja Bursa Saham Tokyo - dari 9:00 hingga 15:15 (GMT + 9).

Bagaimanakah Stock Index Dikira?

Walaupun syarikat berkongsi pasaran yang sama dan saham mereka didagangkan di bursa yang sama, contohnya, Euronext NV, sukar untuk menggabungkannya ke dalam indeks pasaran. Sekurang-kurangnya kerana setiap syarikat mengeluarkan jumlah saham yang berbeza. Ini benar jika kita mengalih keluar indeks yang bersyarat pasif, berdasarkan formula paling mudah untuk mengira arithmetic mean.

Walau bagaimanapun, indeks saham moden yang didagangkan di NYSE, Nasdaq, dan lain-lain menggunakan formula yang lebih kompleks. Mengikut jenis “weighting”, terdapat tiga jenis indeks saham:

  • Market-capitalization-weighted index;
  • Price-weighted-index index;
  • Equal-weighted index.

Mungkin juga terdapat smart beta index yang lebih canggih atau jenis-jenis indeks lain, yang menggunakan peraturan pembinaan indeks alternatif dalam konstituen berat (weight), berbeza daripada indeks berasaskan market capitalization tradisional. Formula penilaian beta menggunakan parameter bukan harga, contohnya, volatility, keuntungan, dividen dan aliran tunai.

Market cap weighted

Capitalization-weighted index, juga dikenali sebagai market cap weighted, ialah stock underlying market index, di mana komponen individu indeks dimasukkan dalam jumlah yang sepadan dengan jumlah market cap mereka. Sebagai contoh, indeks Perancis CAC 40 termasuk 40 syarikat, namun, harga saham-saham syarikat-syarikat ini tidak mempunyai kepentingan yang sama dalam nilai indeks. Syarikat yang mempunyai market cap yang lebih tinggi akan menerima weighting yang lebih tinggi dalam indeks. Oleh itu, dalam cap weighted index, prestasi syarikat yang mempunyai midcap sederhana atau kecil akan memberi kesan yang kurang ke atas nilai keseluruhan indeks.

Price weighted

Dalam price-weighted stock index, setiap saham syarikat ditimbang dengan harga sesahamnya, dan indeks ialah purata harga saham semua syarikat. Price-weighted index memberikan ‘weight’ yang lebih besar kepada saham dengan harga yang lebih tinggi, jadi syarikat yang mempunyai saham yang lebih mahal mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap nilai indeks saham.

Equal-weight

Equal weight bertentangan dengan ‘weighting’ berdasarkan market cap, yang lebih biasa digunakan oleh indeks dan dana. Equal weight ialah suatu ukuran berkadar yang memberikan kepentingan yang sama kepada setiap saham dalam sebuah portfolio atau dana indeks, tanpa mengira saiz atau harga saham syarikat tersebut.

Cara untuk berdagang index

Indeks saham itu sendiri bukanlah aset dagangan. Oleh itu, derivatif kewangan lain seperti kontrak futures atau option, digunakan untuk berdagang indeks. Ini adalah semata-mata settlement financial instrument dan tidak termasuk hak penghantaran, seperti energy index futures. Oleh itu, selepas pembelian index futures, tiada hak untuk mendapat bahagian dalam pemilikan syarikat-syarikat yang termasuk dalam indeks tersebut.

Satu lagi cara perdagangan index futures adalah dengan membeli saham ETF. Dana indeks sedemikian ialah mutual fund, sebuah syarikat awam yang membeli sekuriti indeks pasaran saham popular dan menerbitkan saham yang disokong oleh aset-aset ini.

Seseorang boleh berdagang sekuriti ETF melalui broker, melaburkan jumlah wang yang agak kecil. Dalam pelaburan dana atau perdagangan ETF, trader boleh menggunakan mana-mana strategi dagangan, daripada scalping kepada swing trading.

Berdagang Index pada MT4

Ikuti beberapa langkah mudah untuk berdagang indeks pasaran pada platform MT4 atau MT5:

Langkah 1. Buka akaun.

LiteFinance: Langkah 1. Buka akaun.

Mula-mula, anda perlu log masuk ke akaun di laman web www.litefinance.org. Klik pada butang Pendaftaran/Registration dan ikut arahan. Ia akan mengambil masa beberapa minit untuk membuka akaun.

Langkah 2. Tambah nilai deposit anda.

LiteFinance: Langkah 2. Tambah nilai deposit anda.

Apabila anda telah mendaftar, log masuk dengan nama anda dan klik pada tab KEWANGAN/FINANCE di sebelah kiri.

Dalam tetingkap yang terbuka, dalam bahagian "Deposit", pilih sistem pembayaran, masukkan mata wang dan jumlah deposit, dan kemudian klik pada butang "Teruskan/Continue". Jumlah deposit minimum ialah 10 USD. LiteFinance membenarkan pemindahan bank (bank transfer), sistem pembayaran elektronik, serta transaksi mata wang kripto. Seterusnya, anda perlu mengesahkan pembayaran dan tunggu dana dikreditkan. Ia biasanya berlaku dengan segera.

Langkah 3. Muat turun terminal

LiteFinance: Langkah 3. Muat turun terminal

Pilih tab METATRADER dan klik pada butang MUAT TURUN TERMINAL/DOWNLOAD TEMINAL. Selepas terminal dimuat turun, install MT4 dan sambungkannya ke akaun dagangan anda.

Langkah 4. Buka pasaran indeks

LiteFinance: Langkah 4. Buka pasaran indeks

Lancarkan MetaTrader dan sambungkan akaun indeks dagangan kepadanya. Untuk melakukan ini, masukkan log masuk dan kata laluan trader dan pilih pelayan yang sesuai. Selepas anda membuka akaun dagangan anda, semua maklumat mengenainya datang ke e-mel anda. Selain itu, anda boleh melihat maklumat ini di bahagian METATRADER di laman web LiteFinance.

LiteFinance: Langkah 4. Buka pasaran indeks

Pilih tab Lihat/View di menu atas dan pilih Simbol/Symbols.

LiteFinance: Langkah 4. Buka pasaran indeks

Di sana, anda akan melihat semua instrumen dagangan yang tersedia. Namun, kebanyakannya tidak aktif. Untuk berdagang indeks saham, buka tab Indeks Utama/Major Indices dan klik pada simbol instrumen yang diperlukan. Simbol menjadi kuning apabila instrumen aktif. Setelah anda enable semua instrumen yang diperlukan, tutup tetingkap dengan mengklik pada butang Tutup/Close.

LiteFinance: Langkah 4. Buka pasaran indeks

Sekarang, anda boleh melihat indeks dalam tab Market Watch dan anda boleh membuka carta dagangan untuk mana-mana instrumen.

Langkah 5. Trading

LiteFinance: Langkah 5. Trading

Untuk membuka carta instrumen yang diperlukan, klik kanan pada simbolnya dalam tetingkap Market Watch dan pilih item Chart Window daripada menu konteks. Dalam menu yang sama, terdapat item Pesanan Baru/New Order. Jika anda mengklik padanya, akan muncul tetingkap untuk membuat pesanan dengan tetapan lanjutan (advanced setting).

LiteFinance: Langkah 5. Trading

Terdapat butang Beli/Buy dan Jual/Sell di sudut kiri atas untuk membuka dagangan belian dan jualan dengan segera. Di bawah ini, saya akan menulis tentang beberapa strategi popular untuk berdagang indeks saham.

Strategi Perdagangan Index Yang Popular

Baiklah, sekarang setelah anda memahami underlying market index, sudah tiba masanya untuk berlatih. Semua instrumen bursa melakar corak analisis teknikal dalam carta dan tertakluk kepada faktor fundamental. Jadi, indeks dagangan adalah serupa dengan perdagangan aset Forex yang lain.

Seterusnya, saya akan menerangkan beberapa strategi dagangan indeks yang berjaya untuk memasuki dagangan. Penting untuk mempertimbangkan waktu kerja bursa saham. Indeks saham agak responsif terhadap persekitaran berita. Seseorang tidak seharusnya berdagang dalam setengah jam selepas bursa mula beroperasi dan setengah jam sebelum ia ditutup. Juga dinasihatkan untuk menutup semua posisi dagangan pada penghujung hari.

Teknikal pattern trading

Strategi ini berfungsi dalam mana-mana timeframe dan gaya perdagangan. Perdagangan stock chat pattern bermaksud mengesan corak harga dalam carta, seperti Flag, Pennant, Head dan Shoulder, dan lain-lain. Senarai price chart pattern yang paling lengkap terdapat dalam artikel “Forex pattern yang paling efisyen: panduan lengkap”. Isyarat entry ialah apabila harga menembusi corak sedemikian, dan isyarat exit ialah apabila harga mencapai paras support atau resistance utama.

LiteFinance: Teknikal pattern trading

Pattern Double Bottom ditanda dengan garisan ungu dalam carta FDAX. Apabila corak ini terbentuk, iaitu apabila harga naik melebihi bahagian atas corak, seseorang harus memasuki dagangan belian. Entry-level ditandakan dengan garis biru dalam carta. Stop loss ditetapkan lebih rendah sedikit daripada titik terendah lokal terkini dan trailing stop diaktifkan.

Sasaran terdekat pergerakan menaik ialah zon resistance 13900-14100 USD, yang mungkin sukar ditembusi oleh harga. Take-profit berada di sempadan bawah zon ini. Apabila take profit dicapai, posisi akan ditutup secara automatik dengan keuntungan.

Mula berdagang dengan broker yang boleh dipercayai

Pendaftaran

Support dan Resistance Trading

Seorang trader harus melakar dua garisan horizontal level pada akhir setiap hari dagangan. Support diplot di sekitar daily low, resistance - daily high.

Ini adalah strategi intraday trading breakout. Anda memasuki dagangan apabila harga menembusi salah satu paras dan candlestick 15 minit atau 30 minit ditutup melepasi paras tersebut. Paras Take-Profit dikira mengikut formula berikut:

Harga breakout "+" (untuk Buy trade) atau "-" (untuk Sell futures trade) jarak ATR/3.

Stop loss ditetapkan lebih rendah/lebih tinggi sedikit daripada candlestick breakout dan dipindahkan ke paras break-even pada peluang pertama.

LiteFinance: Support dan Resistance Trading

Mari kita lihat carta di atas. Pada 11 April, harga membuat paras terendah 14096 dan tertinggi 14058. Paras support dan resistance digaris bersama dengan titik-titik ini, garisan ungu.

Pada 4:00 pada 12 April, candlestick merah ditutup di bawah paras support. Oleh itu, pada harga pembukaan candlestick yang seterusnya, kita masuk dagangan jualan. ATR adalah kira-kira 40 poin pada masa itu. Mari kita kira paras take-profit:

40/3=13.3 poin.

Dengan mengambil kira bahawa 1 poin adalah 10 tick dengan broker, paras take-profit adalah

14058-13.3*10=13925.

Paras ini ditanda dengan garis hijau dalam carta. Stop loss pada mulanya ditetapkan lebih tinggi sedikit daripada candlestick breakout merah. Ia ditanda dengan garisan merah dalam carta. Apabila harga turun, stop loss dipindahkan ke titik pulang modal (breakeven). Anda juga boleh mengaktifkan trailing stop.

Swing trading

Ini adalah strategi perdagangan indeks intraday yang sangat mudah. Untuk memulakan dagangan indeks dengan cara ini, ia tidak memerlukan mempertimbangkan faktor fundamental atau isyarat teknikal yang banyak.

Perdagangan adalah berdasarkan isyarat reversal yang dihantar oleh indikator teknikal. Sebagai contoh, isyarat reversal MACD ialah persilangan garis-garis tersebut. Perdagangan ditutup apabila terdapat tanda-tanda kelesuan trend. Di samping itu, paras support/resistance boleh digunakan. Strategi ini bermaksud memasuki sebanyak mungkin dagangan dalam sehari.

LiteFinance: Swing trading

Dalam carta di atas, titik entry ditandakan dengan bulatan biru. Dagangan dibuka apabila garisan MACD bersilang. Bulatan hijau menandakan titik exit. Di titik exit, terdapat tanda-tanda bahawa trend sudah mula melemah - histogram MACD bergerak flat atau menunjukkan arah yang bertentangan dan sentimen pasaran.

Kelebihan dan Kekurangan Stock Index

Indeks saham, seperti mana-mana instrumen dagangan lain, mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dalam jadual di bawah, saya merumuskan semua kelebihan dan kekurangan utama perdagangan indeks yang perlu anda ambil kira.

Kelebihan

Kekurangan

Mudah untuk diperolehi. Anda boleh membeli futures atau jenis derivatif kewangan lain untuk indeks terbesar dunia melalui banyak broker Forex. Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula berdagang.

Kos tambahan. Broker membayar perkhidmatan depositari dalam pasaran kewangan, yang menyebabkan spread menjadi lebih besar.

Diversifikasi. Jika anda melabur dalam saham individu syarikat tertentu, anda boleh mengalami kerugian disebabkan masalah syarikat tersebut. Perdagangan indeks mengurangkan risiko kerugian yang tinggi daripada akaun pelabur runcit anda.

Waktu dagangan adalah terhad. Anda boleh berdagang hanya semasa waktu operasi bursa saham, di mana indeks diniagakan.

Kecairan. Anda boleh membeli dan menjual indeks saham pada hampir bila-bila masa.

Apabila anda berdagang futures indeks, anda tidak memiliki dividen syarikat-syarikat yang termasuk dalam indeks tersebut dan anda bukan pemegang saham syarikat, kerana anda berdagang CFD, ETF atau instrumen kompleks lain.

Relevan. Pasaran saham ini sangat popular. Ini bermakna anda mungkin tidak akan menghadapi penurunan dalam permintaan untuk ETF, sekurang-kurangnya, dalam masa terdekat.

 

Volatility. Trend dalam indeks saham lebih mudah diramalkan daripada pergerakan harga saham sebuah syarikat.

 

Kesimpulan

Indeks saham bukan hanya indikator prestasi syarikat atau industri besar. Ia adalah instrumen perdagangan yang boleh anda dagangkan sama seperti saham atau pasangan mata wang. Untuk membuat keuntungan daripada stock indeks trading, anda perlu mengkaji sejarah perdagangan, mengaplikasi analisis teknikal dan fundamental, memantau isyarat indikator, membangunkan serta menguji strategi perdagangan yang menguntungkan.

Soalan Lazim Index Trading

Apabila anda trading index futures, anda tidak menuntut hasil dividen daripada syarikat-syarikat yang tersenarai dalam indeks tersebut dan anda bukanlah pemegang saham syarikat itu, kerana anda berdagang CFD, ETF atau instrumen kompleks lain.

Menurut definisi indeks saham, indeks ialah indikator nilai saham sekumpulan syarikat, yang diambilkira mengikut metodologi tertentu, yang disatukan oleh ciri atau kumpulan ciri tertentu. Dalam dunia kewangan, indeks adalah indikator prestasi industri, sektor dan keseluruhan ekonomi. Anda boleh berdagang indeks dengan perdagangan CFD. Ini adalah derivatif yang membolehkan trader membuat spekulasi mengenai pergerakan harga underlying asset, seperti indeks saham, tanpa benar-benar memiliki aset tersebut. Walau bagaimanapun, CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage, risiko volatility yang tinggi di pasaran, dan sebagainya.

Indeks membantu menilai prestasi sebuah industri atau beberapa industri secara keseluruhan. Dengan menggunakan indeks, seseorang dapat menentukan trend pasaran secara umum dalam sesebuah ekonomi, mengenal pasti industri yang berprestasi terbaik, melihat korelasi perdagangan saham individu dengan indeks saham dan membuat keputusan perdagangan. Walau bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa seperti mana-mana jenis perdagangan ia melibatkan risiko dan boleh menyebabkan akaun pelabur runcit anda mengalami kerugian.

Secara umumnya, terdapat indeks price-weighted, market-capitalization-weighted, atau equally-weighted. Mereka mempunyai formula pengiraan yang berbeza dan menambah ‘weight’ yang lebih besar pada elemen mereka, berdasarkan parameter yang berbeza. Sebelum melabur, didik diri anda dan dapatkan pengalaman supaya akaun pelabur runcit anda tidak mengalami kerugian.

Buka akaun dengan LiteFinance dan tambahkannya ke MetaTrader. Dalam bahagian Simbol/Symbols, hidupkan paparan indeks saham, pilih pilihan yang diperlukan dan mulakan perdagangan.

Agak mustahil untuk anda membeli NIFTY 50, benchmark Indian stock index, melalui broker. Indeks ini boleh dibeli di bursa saham untuk kegunaan fizikal atau untuk tujuan spekulasi.

Apabila anda mula trading indeks, anda perlu memahami bahawa berdagang indeks kewangan, sama seperti mana-mana instrumen kewangan lain, boleh memberi keuntungan atau membawa risiko kehilangan wang yang tinggi. Untuk meningkatkan jumlah dagangan yang berjaya, terokailah strategi perdagangan, serta kaedah analisis fundamental dan teknikal untuk mengkaji trend indeks saham yang ingin anda dagangkan.

Ya. Sebagai contoh, pegangan Warren Buffett memperoleh sejumlah sekuriti S&P 500 pada 2019. Pelabur terkenal ini juga mengesyorkan kepada semua pelabur baru untuk melabur dalam indeks kerana lebih mudah untuk meramalkan perubahan trend di sana berbanding instrumen dagangan lain.

Pada masa dulu, melabur dalam indeks saham memerlukan pembelian sekuriti di bursa saham fizikal, tetapi pada hari ini, sesiapa sahaja boleh berdagang indeks dengan mudah. Untuk memulakan pelaburan indeks, anda hanya perlu membuka akaun dengan LiteFinance, menambah deposit, dan anda boleh membeli ETF indeks terbesar di dunia.

Apabila anda mula berdagang indeks, anda perlu tahu bahawa tiga indeks saham yang paling popular adalah:

  • Dow Jones Industrial Average merangkumi 30 syarikat AS dengan permodalan terbesar.
  • S&P 500 ialah indeks yang lebih luas, ia meliputi 500 syarikat AS.
  • NASDAQ: Komposit ialah satu lagi indeks pasaran saham Amerika, termasuk saham lebih daripada 2500 syarikat yang didagangkan di Bursa Saham New York.

Trader profesional mengesyorkan trader baru untuk membeli indeks global yang paling popular, S&P 500 dan NASDAQ. Anda boleh mencari banyak informasi analitikal dan ramalan tentang prestasi pasaran serta nilai pasaran mereka. Tambahan pula, indeks ini menampilkan kecairan yang tinggi dan pergerakan harga yang boleh diramal. Walau bagaimanapun, ia masih melibatkan risiko kehilangan wang yang besar.

Apa itu indeks saham dan bagaimana cara untuk berdagang Indeks

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat