Walaupun Fed mengekalkan kadar faedah tidak berubah, Donald Trump melemahkan dolar AS, manakala Scott Bessent berusaha mengekalkannya. Faktor politik kini mengatasi faktor ekonomi. Mari kita bincangkan isu ini dan sediakan pelan dagangan untuk pasangan EUR/USD.

Artikel ini merangkumi subjek berikut:


Perkara Utama

  • Kecenderungan hawkish Fed gagal menyokong pengukuhan dolar AS.
  • Terdapat dua undian tidak sehaluan dalam mesyuarat FOMC.
  • AS terus berpegang kepada dasar dolar yang kukuh.
  • Dagangan belian boleh dipertimbangkan selagi pasangan EUR/USD kekal di atas paras 1.193.

Ramalan Fundamental Mingguan Dolar AS

Menurut Jerome Powell, ekonomi AS kekal kukuh, pasaran buruh semakin stabil, dan hakikat bahawa inflasi didorong terutamanya oleh tarif merupakan berita baik. Keadaannya akan menjadi lebih buruk sekiranya pertumbuhan harga dipacu oleh permintaan domestik. Retorik sedemikian mungkin menandakan tempoh pause yang panjang dalam kitaran pengembangan dasar monetari, yang secara asasnya positif untuk dolar AS. Namun begitu, hakikat bahawa nasib dolar lebih banyak ditentukan oleh kenyataan pegawai kerajaan AS berbanding data statistik makroekonomi.

Pada mulanya, Donald Trump mencetuskan kegelisahan pasaran melalui tindak-tanduknya, kemudian, Setiausaha Perbendaharaan menenangkan pelabur. Scott Bessent menegaskan bahawa AS tidak campur tangan dalam pasaran mata wang untuk menjual dolar berbanding yen. Washington secara konsisten berpegang kepada dasar dolar yang kukuh. Indeks USD berpotensi meningkat dalam jangka masa panjang seiring kerana ketidakseimbangan dalam perdagangan asing dihapuskan.

Kadar Pengangguran dan KDNK AS

LiteFinance: Kadar Pengangguran dan KDNK AS

Sumber: Bloomberg.

Dalam konteks ini, pendirian hawkish Jerome Powell, yang memberi penekanan luar biasa kepada hakikat bahawa inflasi masih belum benar-benar ditundukkan, sepatutnya boleh menyokong tekanan jualan ke atas pasangan EUR/USD. Namun, pasaran beranggapan bahawa Rizab Persekutuan akan meneruskan tempoh pause sehingga pengerusi baharu dilantik, dan pelabur pula menangkap nada dovish dalam ucapan Powell. Antaranya ialah penegasan bahawa keutamaan diberikan kepada pasaran buruh berbanding prestasi ekonomi keseluruhan. Menurut Pengerusi Fed itu, indikator pasaran buruh adalah lebih mudah untuk ditafsir.

Tekanan terhadap dolar AS turut berpunca daripada bantahan mengejut Christopher Waller. Tiada siapa meragui bahawa calon lantikan Trump, Stephen Miran, akan mengundi untuk pemotongan kadar faedah. Namun, situasi Waller berbeza. Pasaran hangat dengan spekulasi bahawa beliau begitu berminat untuk menjadi pengerusi Fed yang baharu sehingga sanggup mengambil langkah tersebut. Hakikatnya, peluang Gabenor FOMC itu kini dilihat meningkat dengan ketara.

Peluang Calon untuk Jawatan Pengerusi Fed

LiteFinance: Peluang Calon untuk Jawatan Pengerusi Fed

Sumber: Bloomberg.

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pengukuhan euro dalam persekitaran dolar AS yang semakin lemah bukanlah sebahagian daripada perancangan Bank Pusat Eropah (ECB). Pada 2025, Naib Presiden ECB, Luis de Guindos, menyatakan bahawa zon euro akan berdepan cabaran besar sekiranya kadar pertukaran EUR/USD melepasi paras 1.2. Dalam situasi sedemikian, ECB berisiko gagal mencapai unjuran inflasinya dan mungkin terpaksa kembali kepada dasar monetari yang lebih longgar. Gabenor Bank of France, François Villeroy de Galhau, turut menegaskan bahawa pengawal selia akan mengambil kira perkembangan di pasaran Forex apabila membuat keputusan berkaitan kadar faedah.

Namun begitu, apabila keyakinan terhadap dolar AS semakin terhakis, hampir mustahil bagi ECB untuk menghalang pelabur daripada terus menjual dolar AS serta keseluruhan kelas aset Amerika Syarikat.

Rancangan Dagangan EURUSD Mingguan

Dalam keadaan sebegini, strategi sebelum ini iaitu membeli pasangan EUR/USD ketika berlaku pullback kekal relevan selagi euro didagangkan di atas paras support 1.193.


Ramalan ini adalah berdasarkan analisis faktor fundamental, termasuk kenyataan rasmi daripada institusi kewangan dan pengawal selia, pelbagai perkembangan geopolitik dan ekonomi, serta data statistik. Data pasaran sejarah turut diambil kira.

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Dolar AS Melemah Walaupun Fed Pause. Ramalan setakat 29.01.2026

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi broker LiteFinance. Bahan yang diterbitkan di halaman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan Arahan 2014/65/EU.
Menurut undang-undang hak cipta, artikel ini dianggap sebagai harta intelek, termasuk larangan menyalin dan mengedarkannya tanpa kebenaran.

Rate artikel ini:
{{value}} ( {{count}} {{title}} )
Mula berdagang
Ikuti kami dalam rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklumbalas
Live Chat